PETALING JAYA, 14 Feb - Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan? Ketika menimbulkan persoalan ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (foto) berkata, mengharapkan kredibiliti dan profesionalisme Liow untuk memantau projek Lynas sama seperti menaruh kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina stadium di Kuala Terengganu yang lambat laun bumbungnya runtuh. Guan Eng memberi komen demikian dalam satu kenyataan media hari ini berikutan MCA Pahang mengumumkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Liow untuk memantau operasi LAMP yang mendapat Lesen Kendali Sementara (TOL) selama dua tahun oleh kerajaan BN. Menurutnya, Liow jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak bertanggungjawab kerana menafikan tindakan pasukan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. “Apabila dibuktikan bahawa polis memang telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, barulah Liow terpaksa memohon maaf secara terbuka. “Namun demikian, tidak ada tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang cuba menutup isu ini dan memberi laporan palsu,” jelas Guan Eng lagi.
Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Beri Lesen TOL
Beliau menegaskan bahawa pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. “Ini kerana projek Lynas membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan,’ tegas beliau. Ujar beliau, dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas. “Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu. “Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa. Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan? Berhubung masalah bahan sisa ini, Guan Eng menyoal “siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak? “Adalah jelas bahawa MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak -pihak yang mempunyai kepentingan dengan benarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas,” jelas beliau lagi.
[Kerajaan sebenarnya harus akur dengan kehendak rakyat dan tidak boleh mendabik dada atas kejayaan membawa masuk kilang berisiko itu. Sudah banyak kejadian yang berlaku dalam negara kita, walau dipantau dan mendapat kajian oleh pakar-pakar namun ia tetap berlaku seperti stadium di Terengganu. Malah, di Stadium SUKPA Kuantan sendiri pernah berlaku kejadian bumbung runtuh itu sebelum ini. Di kawasan MB Pahang dekat Bentong, MRSM sampai sekarang terbiar akibat tanah runtuh. Walhal kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar yang berkenaan. Maka, apakah rakyat boleh percaya dengan kajian oleh pakar terhadap Lynas. Semua ini menjurus ke arah memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata. Mereka akan mendapat hasilnya, tetapi rakyat dibiarkan hidup dalam risiko untuk tempoh yang lama. Maka itu. usahlah bersandiwara untuk memantau dan memberi lima syarat untuk kerajaan keluarkan TOL. Padahal, lima syarat itu adalah bukti kukuh Lynas tidak harus dibenarkan beroperasi di negara kita sebenarnya. Maka, fikirkanlah].
Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Beri Lesen TOL
Beliau menegaskan bahawa pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. “Ini kerana projek Lynas membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan,’ tegas beliau. Ujar beliau, dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas. “Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu. “Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa. Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan? Berhubung masalah bahan sisa ini, Guan Eng menyoal “siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak? “Adalah jelas bahawa MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak -pihak yang mempunyai kepentingan dengan benarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas,” jelas beliau lagi.[Kerajaan sebenarnya harus akur dengan kehendak rakyat dan tidak boleh mendabik dada atas kejayaan membawa masuk kilang berisiko itu. Sudah banyak kejadian yang berlaku dalam negara kita, walau dipantau dan mendapat kajian oleh pakar-pakar namun ia tetap berlaku seperti stadium di Terengganu. Malah, di Stadium SUKPA Kuantan sendiri pernah berlaku kejadian bumbung runtuh itu sebelum ini. Di kawasan MB Pahang dekat Bentong, MRSM sampai sekarang terbiar akibat tanah runtuh. Walhal kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar yang berkenaan. Maka, apakah rakyat boleh percaya dengan kajian oleh pakar terhadap Lynas. Semua ini menjurus ke arah memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata. Mereka akan mendapat hasilnya, tetapi rakyat dibiarkan hidup dalam risiko untuk tempoh yang lama. Maka itu. usahlah bersandiwara untuk memantau dan memberi lima syarat untuk kerajaan keluarkan TOL. Padahal, lima syarat itu adalah bukti kukuh Lynas tidak harus dibenarkan beroperasi di negara kita sebenarnya. Maka, fikirkanlah].






Apa la bahalolnya LGE ni. Kalau dgr selau cerita dongeng pembangkang ni kita ni boleh jadi miong.
BalasPadamBETOI JUGAK "LGE" NI CAKAP, SAMA IDEA DGN. "KOME" LA... SBB TU "KOME" NI MENGKAJI SELALU/SESUATU di m'sia ini..
BalasPadamBAB2 BAHAYA RUNTUH/TSUNAMI/ CRACKING/BOCOR/EXPLODE "LTL" BUKAN TAHU SANGAT!!
SOAL ORANG BERANAK SONSANG/NURSE LAMBAT PANTAU, TERSEDAK SUSU PUN TAKLEH SELESAI LAGI.. NI PULAK NAK JAGA "TIME BOMB"... kahkahkah!!!
PAHANG NIE NAK JUGAK HASIL RM 5billion/year ni, KOT2 NAK BAYAR HUTANG BALAK (ARAHAN MAHKAMAH) 65juta TU?? .
PASTU NAK AMBIK BALIK KILANG "SIMEN PAHANG" yang YTL BELI, NAK AMBIK SEMUALA "KUANTAN PORT", KURNIA dan MACAM2 LAGI YG TERGADAI...
MANA TAHU.. ITU SATU PERANCANGAN YG AMAT BESAR UNTUK RAKYAT??? SUPAYA RAKYAR SENANG DAN BAHAGIA??
Menteri2 lantikan BN kebanyakannya tak berkelayakan dalam bidang yg mereka ketuai. Jadi rakyat nak percaya ka?
BalasPadamJangan haraplah....Mengabiskan beras jadi....
Kalau Tanah TOL ngapa siap bangunan kekal.....ngok....buat lah rumah kayu....ini siap pailling sekali....!tipu...tipu...!
BalasPadam