script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rakyat Kian Semangat, Kempen Himpunan Hijau 2.0 Nampaknya Kini Semakin Meriah Di Sana Sini

KUANTAN, 19 Feb - Tinggal beberapa hari sahaja lagi Himpunan Hijau 2.0 akan diadakan di bandar ini, nampaknya bahang dan semangat rakyat semakin berkobar-kobar untuk membuktikan sokongan mereka terhadap bantahan Lynas. Himpunan terbesar dalam sejarah di Pahang itu, dijangka akan disertai oleh puluhan ribu rakyat berbilang kaum dari seluruh negeri ini, bahkan seluruh negara. Himpunan yang turut disokong oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang di Padang MPK 1 berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I itu dijangka turut menarik perhatian media dari seluruh dunia. Mereka akan datang untuk membuat liputan menyeluruh terhadap himpunan yang tujuan utamanya untuk membantah pembinaan kilang memproses rare-earth Lynas Corporation di Gebeng itu. Berbagai aktiviti dan promosi kini sedang diadakan, antaranya ialah kempen "botak kepala" sebagai nazar untuk menyatakan bantahan mereka. Kempen telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Mereka membotakkan kepala beramai-ramai menjelangnya himpunan tersebut. Sementara itu, kempen turut diadakan di Berjaya Time Square Kuala Lumpur semalam, ketika debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek diadakan. Peserta mengadakan demontrasi aman di hadapan pintu masuk komplek membeli belah itu sebagai tanda bantahan dan mahu masalah mereka didengar oleh ketua masyarakat Cina dari parti MCA itu. Secara keseluruhannya, kempen Perhimpunan Hijau 2.0 kini semakin agreasif diadakan di sana sini. Ternyata, rakyat tidak sabar untuk turun menyatakan bantahan mereka terhadap projek berisiko itu. Oleh itu, orang ramai dijemput hadir untuk buktikan mereka juga tidak mahu kilang itu berada di negara ini.


Kempen "Botak Kepala" sempena Perhimpunan Hijau 2.0 dapat sambutan


Kempen Perhimpunan Hijau membantah Lynas di Berjaya Times Square

[Nampaknya, rakyat kini semakin bersemangat untuk bersama-sama sertai Perhimpunan Hijau 2.0 yang akan menjadi sejarah kepada negeri Pahang tidak lama lagi. Sokongan kini semakin bertambah terutamanya dari kalangan NGO yang berkaitan. Malah, khabarnya sokongan padu dari rakyat di seluruh negara juga kian meningkat dan mereka akan sama-sama sertai perhimpunan ini nanti. Justeru, warga Kuantan dan Pahang amnya wajarlah hadir beramai-ramai pada 26 Februari 2012 ini untuk sama-sama memberikan sokongan mereka. Rakyat harus membuktikan bahawa mereka memang tidak mahu projek berisiko berada di negeri ini. Bangkitlah! dan nyatakan bantahan anda. Usah gusar dengan apa jua provokasi yang akan dilakukan oleh pihak berkenaan kerana ini saja cara yang paling sesuai dan termaktub dalam perlembagaan wajar dilaksanakan. Teruskan sokongan membantah Lynas hingga ia dibatalkan].
Share:

8 ulasan:

  1. hehehe.. ada masyuk.. ada jalan2 cari makan.. sapa yg tak nak datang.. peluang melancong ke kuantan..

    BalasPadam
  2. Tahniah...Yang tak dapat pergi jgn bersedih...(macam aku lah)

    Tak perlu kita bersedih...kerana yg penting PRU 13 nanti kita sama2 HANCURKAN UMNO/BN....jgn undi UMNO/BN...

    InsyaAllah bumi Malaysia akan aman...selagi ada SYAITAN bernama UMNO/BN kita tdk akan selamat...

    BalasPadam
  3. Sejak bila pulak UMNO BN jadi setan?? Setahu aku PKR DAP PAS yang jadi setan..kan setan tidak suka orang Islam bersatu..jadi betullah korang semua SETAN..!!

    BalasPadam
  4. 2:29

    Sebab tu PR ingin menyingkirkan SETAN jelmaan UMNO ni PRU 13...

    Jgn tunggu lama2...UMNO setan mesti dihapuskan PRU 13..kalu tak slps PRU 13 UMNO akan jadi JIN pulak menghaisap darah rakyat..semua BARANG NAIK (BN) slps PRU 13 jika JIN ini menang, sebab UMNO dah byk melabur dan tersekat utk menaikkan itu ini.....kalu nak susah undilah SETAN JELMAAN ini PRU 13...Mereka akan jadi JIN nanti..

    BalasPadam
  5. gua sokong Lynas....lu nak cakap apa?. Lu nak parang gua ke?. Tapi gua sokong Lynas di buat di ostolia....hahaha...bkn kat sini bkn di tanahair gua yg tercinta ini. hahaha

    BalasPadam
  6. PDO tlg citer saper berok PAS(Parti Anal dan Seks) dpt kontrak Lynas ni??...atau ko nak aku yg citerkan...heheheh...
    Korg meroyan macam anjing kutuk2 macam tapi pemimpin ko makan sedap..bodoh punya berok...

    BalasPadam
  7. SEMUA PELAJAR2 IPT SELURUH KUANTAN, DIMINTA HADIR..
    ANDA AKAN MENDAPAT PENERANGAN/RISIKO SEBENAR DARI SMSL NANTI.. ANDA AKAN TAHU, BAIK-BURUKNYA KILANG "LYNAS" INI..
    JANGAN CUMA DENGAR SATU PIHAK SAJA YG BUAT PENERANGAN. ANDA BISNES MISTI CAKAP YG BEST2 SAJA.. BETUL TAK?? TAPI PELANGGAN AKAN KOMEN ANDA..!!
    JANGAN JADI PAK TURUT.. TAPI MEREKA BELANJA, ANDA MAKAN..KENYANG!! OK, DATANG JGN TAK DATANG!!

    BalasPadam
  8. Lepas ni si rafizi akan kasi RM200.00 sorg sbagai imbuhan....macam dia kasi masa kes keputusan anwar meliwat tue....kah...kah..kah..kah...wooooiiii berok PDO...ko dpt x??...kah..kah..kah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.