KUANTAN, 23 Feb - Menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, lokasi perhimpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula dipagar oleh pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan akhbarnya, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (foto) berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya. “MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri. “Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya. Menurut pemimpin PKR itu, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012. Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa. Fuziah juga diberitahu mereka dibawa dari Temerloh dan masalah penginapan mereka untuk malam ini juga belum diselesaikan oleh pihak yang mengarahkan mereka membina pagar itu.“Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Dato' Sri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang. “Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini,” kata Fuziah Salleh.
Menurut beliau, penangguhan dua hari lagi bagi membina pagar tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang itu dan mengulangi desakan supaya menteri besar mengotakan kata-katanya. “Tidak ada sebarang alasan bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan. “Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan.“Kita selalu menganjurkan (Konsert) Jom Heboh TV3 di padang MPK. Mengapa Himpunan Hijau 2.0 tidak boleh diadakan? Ini adalah untuk perkara yang baik dan paling penting, rakyat sekitar Kuantan mahukannya,” kata beliau lagi.






awok ni doktor menyunat pun tak betul. Pandai yg amat nak mengajor orang Puziah wey. Jgn sibuk mempedooh ke orang , yg menyokong LYNAS lagi ramai dari yg menentang, Puak yg ada pun kafir lahanat DAP . Cina komunis. Itu yg sbuk2 nya sebab dpt duit dari towkey besor negara CHINA. Xpuas hati dah lari buat kilang kat China. datang ke M'sia . Pasal atom ke nuklear ke, kalau takde atom awok pun tak lahir.semua org tak wujud kalau takde atom. Awok Puziah kaki mengencing orang je kejanya, yelah doktor kan? Penipu profesional.
BalasPadamnampok gayanye awok ni bukan mat sukri tapinye mat sekru. berape awok dapat dari celaka denan tu?. awok tau dok apadah doh jadi ngan jepon leni?. nuklear tu kalo dokene gaya bahaya. kalo tak tau apa2 jangan duk merapu. gampangggggg
BalasPadamhoi ahmad syukri ......ALLAH beri otak..untok berfikir,beri telinga...untuk mendengar,beri mata...untuk memandang sekeliling agar tidak terjerat dengan persektaran.Tak usah le kamu nak tunjuk pandai dan mengajar orang ramai.Muh! ambil le nadir bumi tu tanam keliling rumah kamu.....nak tengok juga sisa buangan tu baik atau tak baik untuk kesihatan.
BalasPadamMemerhati dari jauh...
BalasPadamWAHAI PROF Ahmad Shukri Mokhtar,eden tak kisah pun dan akan menyokong penuh sekiranya kilang tersebut dibuat jauh sikit dari kawasan kita ni.pahang ni pun luas lagi.tapi yang masalahnya lokasi tu.hok geng2 ni bantah bukan tak sokong kilang perlaksanaan kilang tu.tapi lokasi dan kesannya kepada kita ni.ni yang paling utama kita perlu fikirkan.saya yakin mereka yang membenarkan lynas dibuka disitu pun tidak akan membeli rumah disitu.tulah pasal benda dah buat tak kan nak angkat pindah kot.sekian
BalasPadammasa pekerja letak kayu kat pdg mpk terkena kepala ahmad sukri pasal otak dia jatuh kat lutut....
BalasPadamAKU NAK NIAGA AIR/ BURGER KAT TAPAK PARKING KAT SITU...
BalasPadamJANGANLAH DOK KACAU..
AKU MELAYU NAK NIAGA... JUGA RAMAI GENG2 NAK NIAGA NIE..
DAH RAMAI ORG DATANG, TENTU NAK MAKAN/MINUM..
NAMPAKNYA REZEKI ADA BANYAK KAT SITU..
CUBA, JANGAN HALANG "PERHIMPUNAN " INI, MENUTUP PELUANG NIAGA AKU DAN RAKAN2 SEMUA..