script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anwar: Pakatan Rakyat 'Sokong' Himpunan Hijau 2.0, Ramai Pemimpin Akan Turun 26 Februari Ini!

PETALING JAYA 15 Feb - Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong penganjuran Himpunan Hijau pada 26 Februari sebagai usaha menterjemahkan gesaan memberhentikan projek nadir bumi oleh Syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sebagai mewakili pimpinan Pakatan dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini kelmarin. "Gerakan membantah Lynas diteruskan. Pada 26 Februari ini akan diadakan himpunan hijau, menentang Lynas di Kuantan. "Pemimpin parti akan turun bagi menyatakan sokongan kepada penganjuran itu," kata Anwar. Projek yang diusahakan oleh firma Australia, Lynas dijangka akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Pembinaan loji kontroversi ini menjadi titik pertembungan antara UMNO-BN dan Pakatan disamping menyaksikan kemarahan awam terus memuncak. Tentangan terhadap loji itu berhubung kebimbangan terhadap keracunan radiasi terhadap masyarakat dan persekitaran. Rakyat juga kelihatan kurang yakin dan percaya terhadap jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN dan Lynas bahawa operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah. Mengulas lanjut perkara ini, Anwar bekata Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek itu. "Jawatankuasa itu akan mempersiapkan tindakan undang-undang bagi semakan kehakiman diadakan dalam masa yang segera dan diharapkan dapat dikemuka sebelum 26 Februari ini," kata Anwar Ibrahim.
Share:

8 ulasan:

  1. israel punya orang..
    memang cakap bolok..

    BalasPadam
  2. MELAYU YG BERMAIN PENYAPU (KHIR TOYO)- TELAH DISAPU BERSIH HINGGA KE-SPRM..
    MELAYU YG BERMAIN TONG SAMPAH (AHMAD MASLAN)- AKAN DITONG SAMPAHKAN HINGGA KE RIWAYAT..
    INSYAALLAH,( TULLAH ) ORANG MELAYU.

    BalasPadam
  3. dulu kawan saya join Hijau 1.0 dapat "upah" RM 150.. kata dia lah.. saya ingat nak join gak Hijau 2.0 ni.. kat sapa ye nak mintak "upah" tu? SMSL ke?

    BalasPadam
  4. aku pun nak join jugak. Kalu ada bayarlah

    BalasPadam
  5. Aku yang duk kat sini takde dengar kecoh apapun.

    BalasPadam
  6. Takde apalah. Rakyat kat sini rileks je. PKR je yang buat kecoh.

    BalasPadam
  7. Diharapkan pihak MPK atau polis dapat arahkan perhimpunan ni diadakan ditempat lain. Jangan buat dekat padang MPK1 didepan masjid.

    BalasPadam
  8. Kenapa perlu berhimpun di padang hadapan masjid..banyak lagi padang MPK..kat stadium ada, kemunting ada..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ECRL: Sultan Pahang Bertitah Jangan Sekadar Hanya Membina Stesen, Perlulah Dimanfaatkan Sebagai Hab Pertumbuhan Ekonomi Setempat

KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diharap menjadi titik perubahan kepada landskap pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur, s...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.