script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zaid Ibrahim Dakwa Nasib "Parti KITA", Bakal Di Tentukan Selepas Mesyuarat Pada 25 Februari Ini

PETALING JAYA, 10 Feb - Kepimpinan Pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan mengadakan mesyuarat pada 25 Februari ini bagi membincangkan cadangan Ketuanya, Datuk Zaid Ibrahim (foto) sama ada ia perlu dibubarkan atau sebaliknya. KITA ditubuhkan lebih setahun lalu dan kini mempunyai sekitar 3,000 ahli. Zaid berkata, beliau tidak takut untuk berundur daripada parti itu sekiranya mendapati sokongan tidak berpihak terhadap kepimpinan beliau. "Sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai hala tuju parti, ia memerlukan sokongan 75 peratus ahli. Sebab itulah kita akan adakan mesyuarat (jawatankuasa eksekutif pusat) terlebih dahulu bagi mendapatkan kata sepakat. "Sekiranya ramai yang setuju ia dibubarkan, maka kita akan bubarkan, sebaliknya sekiranya masih setuju ia dikekalkan, kita akan kekalkan," katanya. Zaid berkata, beliau berasa kesal kerana cadangannya supaya KITA dibubarkan dieksploitasi pihak dalaman parti sehingga mewujudkan satu polemik. "Saya hanya memberi pandangan sekiranya masih ada yang tidak memahami asas utama penubuhan KITA, lebih baik parti ini dibubarkan. "Saya tidak sangka pandangan saya ini mendapat kritikan sehingga ada yang melaporkan terus kepada media (mengeluarkan kenyataan) tanpa berbincang dahulu dengan saya. Apa salahnya kita adakan perbincangan untuk mendapatkan persefahaman," katanya. Bagaimanapun, Zaid berkata, sekiranya beliau mendapat sokongan ramai pihak, beliau tidak akan berundur. Sebaliknya jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, jika ada yang vokal menentangnya, beliau perlu berundur dan akan menghormati kehendak mereka. "Sekiranya ramai yang tidak sokong saya, saya yang terpaksa berundur, tetapi, kalau ramai yang sokong saya, orang itu yang kena berundur dari parti KITA," kata beliau lagi.


Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa pihaknya tidak berpihak kepada pembangkang, terutama terhadap beberapa anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang yang secara terbuka kritik Pakatan Rakyat (PR). Zaid mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu bahawa KITA akan dibubar menerusi satu mesyuarat agung luar biasa, yang akan ditentukan tarikh kemudian. Perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat, yang keanggotaannya seramai 25 orang itu.

Share:

1 ulasan:

  1. KALAU DAH BUAT STATMENT "MEDIA" DAH BUBAR... APA DIA NI MASIH KETUA KE.??
    TAK MALU BETUL LAH, PEMIMPIN MACAM NIE..!!
    PAS TU, AHLI2 LAGI BONGOK.. TERIMA LAGI..?? KASI HALAU LA..!! DIA ORG DAH CERAIKAN PARTI TU..!!
    INI JILAT "JUBOR" SENDIRI, KATA ORG GANU..!!! AHLI2 TU, MUNTAH LA SIKIT KAT MUKA DIA, BARU PADAN...!!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.