
Sudah pasti ramai yang terkejut apabila pendakwah terkenal tanahair
Ustaz Azhar Idrus, (foto) menyatakan bahawa beliau bukanlah ahli
Parti Islam SeMalaysia (PAS). Selama ini ramai yang menyangka beliau adalah ahli parti itu, bila mana melihat dia sering hadir dalam program-program anjuran PAS malah gemar menempelak UMNO BN dalam ceramah atau kuliah yang disampaikannya di seluruh negara. Ustaz Azhar menjawab kontroversi itu baru-baru ini bagi menafikan dia akan menjadi calon PAS untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.
“Saya bukan ahli PAS. Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli PAS. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” kata beliau ketika ditanya wartawan.
“Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon PAS pada pilihan raya akan datang. Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” tambah beliau. Kini tersebar desas-desus hangat di Terengganu mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Ladang pada PRU itu nanti. Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada mana-mana kelompok politik termasuk PAS meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu. Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran PAS. “
Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah PAS atau siapa. UMNO pula kurang jemput saya ceramah,” katanya. Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.
“Bukan PAS saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” kata beliau lagi.
Poster program kuliah terbaru Ustaz Azhar di Kuantan [Kenyataan terbaru Ustaz Azhar Idrus ini pasti membuatkan ramai pihak terutamanya penyokong PAS terkedu. Apatah lagi dalam setiap kali kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar selama ini, majoriti mereka yang hadir mendengarnya ialah ahli-ahli dan penyokong PAS. Persoalannya, kenapa Ustaz Azhar sendiri tidak berada dalam jemaah atau saf kepimpinan PAS terutamanya di negeri kelahiran beliau Terengganu Darul Iman?. Apapun, kemungkinan pengakuan beliau ini penuh dengan kontroversi. Tambahan pula Ustaz Azhar dipercayai kerap hadir di sebelah pihak PAS pada hari pencalonan mana-mana Pilihanraya Kecil di negara kita selama ini. Jika benar dia bukan ahli PAS, kenapa UMNO begitu takut untuk mengundang beliau membuat kuliah dan tazkirahnya di seluruh negara. Semoga apa yang diperjuangkan oleh Ustaz Azhar akan diterima oleh semua pihak selepas ini. Tidak timbul lagi soal ada yang melabelkan beliau adalah ahli PAS semata-mata kerana dia sering menyebut "JKKK" sebagai bahan gurauan sinis ketika beliau menyampaikan kuliah-kuliahnya selama ini].
BETUL KATA UST ZAHAR TU..
BalasPadamSBB PENYOKONG PAS SAJA BANYAK YG JEMPUT, PENYOKONG UMNO (PEMERINTAH) TAKUT JEMPUT, TAKUT KENA BATANG HIDUNG YG BENGKOK TUH..!!
UST ZAHAR.. CUMA KABOR BENDA2 YG TAK BETUL BUAT JE.. TAPI, KEBETULAN PULAK TERKENA..
"TEMBAK SEKOR BURUNG JE, TAPI JATUH 2 EKOR.. RUPA2NYA ADA YG NUSUK (SEMBUNYI) KAT BELAKANG DIA.. hehehe
TOKSOH KE NAK JEMPUT, NAK DENGAR UST ZAHAR NGAJAR PUN TAKUT. TAKUT PADA PUAK2 SENDIRI..!! NANTI TAK DAPAT "TEA" FREE!!
betul ke kenyataan u azha tu.kalau gitu.......tak perlu ahli Pas sibuk urus tazkirah Maghrib di masjid dan surau.U azaha dah terkenal dan mempunyai ramai pengikut......apakah manusia sudah glamour tup...tup.. buat kenyataan begitu!!!!
BalasPadamPAdan muka ngan CMK. PAS pun taknak terima dia jd ahli. Suka sangat buat fitnah.
BalasPadamSaya setuju Ust Azhar kekal sebagaimana sekarang. Sungguhpun tak jadi ahli PAS, sekurang2nya le ni pun dia sanggup turut serta dalam program PAS secara terbuka di Ganu. Sebaliknya di Phg ni, ramai mana ahli PAS takut ke depan secara terang-terangan. Syabas Ust Azhar.
BalasPadamapa apa pun Ustaz Azhar mmg beh boh...
BalasPadamhttp://medan-info-kita.blogspot.com/2012/02/gempaarr-dari-batam-gambar-gambar-panas.html
BalasPadamKaki lompat parti....pas pn tak mahu awk CMK...kaki fitnah sapa nak..try umno plak...kot dapat, kot dia nak org cam ni..
BalasPadamBetul tu....CMK buat lh parti sendiri,,, boleh jadi presiden parti nanti....tubuh parti MELINGKUP. Tabik kat pas kerana tak ambik org camni...buat malu parti je..
BalasPadamPASAL DUIT ZAKAT MUIP YG DI SELEWENG TU APE CITER SELANJUTNYEEEEE......
BalasPadam