KUANTAN, 24 Feb - Polis hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 pada Ahad ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusof (foto), berkata, pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat. "Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami telah menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam,” katanya hari ini. Selain itu, beliau berkata, tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja. Menerusi perjumpaan itu juga katanya, penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan. Mengenai perubahan tempat, Jasmani berkata, MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia. "Polis telah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4, Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur terbabit,” katanya.
[Keputusan untuk mengubah lokasi Perhimpunan Hijau 2.0 dari Padang MPK1 ke Padang MPK4 di Kemunting itu dilihat sebagai satu tindakan terbaik dalam memastikan program ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Akhirnya, pihak kerajaan sedia untuk memberi ruang kepada rakyat menyatakan isi hati mereka tentang isu Lynas. Syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuantan atas usaha beliau untuk memastikan satu situasi yang "win win situation" kepada semua pihak. Jika tidak, sudah pasti kejadian yang lebik mendukacita akan berlaku anda lokasi asal dikekalkan. Tambahan pula selepas pihak MPK membenarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi terbabit. Kini terpulang kepada rakyat untuk hadir atau tidak. Jika mereka menyokong bantahan ini maka eloklah hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Sila klik foto untuk besarkan imej].







Taniah Tuan Jasmani selama ni org kata tuan ni best...mmg sah tuan mmg best aku tabik....
BalasPadamok TUAN.....buat baik orang sayang....buat Jahat orang Benci....kata mak aku....TQVM-Tuan....!
BalasPadamTQ TUAN JAS..
BalasPadamYOU R SPORTING/SUPPORTING GUY...!!!
KUANTAN.. SEJARAH AMAT BAIK, APA SAJA UNTUK PERHIMPUNAN.. SPORTING.. CUMA JGN ADA PHAK KE-3 NIE, BUAT KACAU...!! CAREFULL...!!!
JOM JALAN2, SANTAI2, CARI FAKTA2 SEBENAR & BAWA FAMILY SEKALI SAMBIL BERHIBUR & BELI-BELAH KAT GERAI2 SEGERA...!!!
...INDAHNYA HIJAU-KUANTAN 2.0... TAHNIAH KAK G, & PIKAK2 PENGANJUR!!!