PEKAN, 11 Feb - Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri. Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang. Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib ‘penduduk import’ orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang. “Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan. “Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.“Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan UMNO dan BN selama ini,” katanya. Tinjauan ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada. Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971. Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka. Difahamkan, pernah UMNO menjalankan program ‘Gempur Kemiskinan’ dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa. Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi. Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial juga teruk dengan penagihan dadah dan juga gejala anak luar nikah.

Kemisikinan yang melanda rakyat Pekan terutamanya di Kuala Pahang
begitu jelas dengan deretan rumah usang yang berhimpit-himpit

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini majoriti pelajarnya keturunan Melayu
“Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah,” katanya. Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob. Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim. Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Manakala Najib pula hanya menang tipis pada tahun itu dengan majoriti 241 undi. “Sekarang ini Najib dan pemimpin UMNO lain berjanji di negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah selesai. Kami minta selesaikan dulu masalah di Kuala Pahang ini,” tegas Ustaz Abu Kassim Manaf. sumber

Kemisikinan yang melanda rakyat Pekan terutamanya di Kuala Pahang
begitu jelas dengan deretan rumah usang yang berhimpit-himpit

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini majoriti pelajarnya keturunan Melayu






Tak kan nak tabur janji 16 September kot...
BalasPadamNajib tak percaya dah orang Pekan akan sokong dia. Sebab tu dia bawa pengundi import dari Kmeboja, Myan mar dan Kedah.
BalasPadamDitambah lagi separuh Kuantan masuk dalam kawasan parlimen dia.
Sebab tu Najib tak kisah, orang Pekan nak mampus pun dia peduli apa?
Yang si ustad ni kecoh2 buat apa? Dah tau ada orang miskin pegi le beri bantuan.....kata nak tubuh negara berkebajikan.....najib gamaknye memang tak berapa minat nak bantu orang kuale....pasal orang kuale tu ramai sokong pas......kalu setakat orang kuale tak sokong najib.....tak jadi kudis....ramai lagi orang kemboja ngan orang burma akan sokong dia.......pigi la ustad...........
BalasPadamTUNGGU LE "TERMINAL MINYAK/GAS" SIAP DITANJUNG AGAS NANTI, SEMUA ORANG PEKAN JUAL TANAH .. MEREKA AKAN JADI "JUTAWAN" SEMUA!!
BalasPadamDAN TAK SUSAH LAGI.. INSYAALLAH!!
HARAP MEREKA BERSABOR JE, KETIKA INI.
TOKEY2, SUSAH SEDIA MENUNGGU ANDA!! JANGAN BIMBANG..
orang melayu memang pemalas, semua harapkan bantuan, nasib baik yang memerintah ni Melayu, kalau bangsa lain aku rasa bukan setakat Kuala Pahang je ramai orang miskin, mungkin juga diseluruh Malaysia ni orang Melayu x kan mampu nak beli motor pun, cuba la kau orang kalau ada wang dan masa pergi melawat negara jiran Indonesia, Thailand tengok cm ne susahnya rakyat diaorang..bersyukur la apa yang ada skrg ni, bukan senang nak jd pemerintah ni, cakap boleh la, tapi kalau nak laksanakan rasanya....Lagipun kalau x de org miskin cm ne orang kaya nak bayar zakat????
BalasPadamMUIP KAN ADA. KAT PEKAN LAK TU. BOLEH SANGAT NAK BANTU ORANG MISKIN DENGAN KERJASAMA KERAJAAN...KES SELEWENG DUIT ZAKAT, APE CITER??????
BalasPadamMUIP dah abih duit...tak leh tolong. Nak beli bende lain palk..kerajaan jugalh kena tolong fakir miskin...
BalasPadam