
Datuk Seri Najib Razak (foto) semalam berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan. "Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya semalam. Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. "Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya. Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat. "Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian. "Kita nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," kata beliau.
[Kenyataan Najib ini sebenarnya bukan berlandaskan fakta kesihatan, tapi lebih kepada fakta ekonomi dan kewangan semata-mata. Ini kerana, seluruh dunia mengesahkan projek terbabit memang mempunyai risiko kepada rakyat buat selamanya. Jika benar Najib kata selamat, maka eloklak beliau membina rumahnya berhampiran kilang terbabit. Rakyat Kuantan yang berhadapan dengan risiko Lynas bukannya Najib. Mereka mungkin sudah selesa mendapat habuan masing-maing selepas membawa masuk kilang yang ditolak oleh seluruh dunia itu. Selamat dalam erti kata "untung besar" memanglah tidak dapat dinafikan, tetapi apakah ia benar-benar selamat sedangkan kontraktor utama projek itu sendiri menarik diri gara-gara gusar dengan tahap keselamatan dan juga kesihatan kilang terbabit].






kenapa anjing PDO tlg cut and paste statement dari pakar nuklear PAS tu....dia kata LYNAS x bahaya...cuma sifuziah tu yg bodoh mcm anjing...kah..kah..kah..
BalasPadamSINAR RADIOAKTIF NIE, MUNGKIN SIKIT.. TAPI HARI2 KENA, MAMPOS KITA...
BalasPadamHISAP ROKOK SIKIT JE.. HARI2 HISAP JADI KASER..
GUNA H/P KAT TELINGA.. HARI2, LAMA2JADI PEKAK/SASAU..
SAP KERETA, SIKIT2..LAMA2 ROSAK OZON/ BARAH..
RACUN SERANGGA.. SIKIT2 MAKAN SAYUR, LAMA2 KANSER/BARAH..
TENGOK TV, SIKIT2-TAPI HARI2.. RABUN MATA..
.."RADIOAKTIF".. CAMNA.?? TAK BAHAYA.?? kahkahkah.. statement bodoh, ada jugak!!! ITU LAH KERAJAAN SAYANG RAKYAT!!
ko la yg paling bodoh.....lepas ni ko x payah pakai kereta,pakai hp,tgok tv.....ko dok kat hutan kawan dgn berok2 dan babi hutan...kah..kah..ka..
BalasPadamMakcik Nyonya tu dah merapu. Dia cakap BN tak buat apa ? Tanya Nyonya tu gi Kuantan Naik Apa kereta Lembu ? Sudah tentu guna jalan raya yang kerajaan buat. Anak dia gi sekolah tak ? Sape buat ? Nyonya tu kira dah nyanyuk sedap cakap untuk halwa telinga aje
BalasPadam