script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah: Kes Stephanie Foray, Jurufoto PDRM Berang Apabila 'Di Asak Oleh Peguam' Tertuduh !

KUANTAN, 31 Mei - Akibat sering memberi jawapan "tidak pasti", seorang jurugambar Polis Di Raja Malaysia (PDRM), yang menjadi saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray (foto) di Pulau Tioman tahun lepas, berang selepas berulang kali diasak peguam tertuduh. Perkara itu berlaku apabila peguam Mohd Hisham Abdul Rahim, yang mewakili sini Omar, 37, tidak berpuas hati dengan jawapan Koperal Rozlan Mohamed Yusof yang ditugaskan mengambil gambar barang kes di bilik mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Ogos 2011. Ketika disoal Mohamad Hisham sama ada Rozlan mengambil gambar dari bilik itu yang tertera perkataan 'liputan akhbar berkenaan kes pembunuhan Stephanie Foray,' saksi berkata beliau tidak tahu kerana hanya diarahkan datang untuk merakam gambar barang kes. Rozlan juga bersetuju dengan cadangan Mohamad Hisham bahawa barang kes itu disusun terlebih dahulu oleh Inspektor Shuhada Salim sebelum beliau mengambil gambar. Bagaimanapun, saksi itu sekali lagi memberikan jawapan 'tidak pasti' apabila disoal Mohamad Hisham sama ada beliau mengetahui dari mana barang kes itu dikeluarkan untuk dirakam gambarnya. "Kalau kamu kata Inspektor Shuhada yang menyusun barang-barang itu, mesti kamu tahu dari mana ia diambil," kata Mohamad Hisham. "Barang-Barang ini telah berada di dalam bilik. Saya tak tahu ia diambil dari mana. Bila ia dah siap disusun, saya ambil gambarnya sahaja. Itu sahaja yang saya tahu," kata Rozlan. Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, saksi itu berkata tidak ada pihak lain selain Inspektor Shuhada yang menyusun barang kes tersebut. Beliau memberi keterangan pada hari ketujuh kes perbicaraan Asni yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas. Terdahulu, Rozlan yang bertugas di cawangan foto IPK Pahang, berkata pada hari sama, beliau ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bersama pegawai penyiasat ASP Mohd Razali Razak dan seorang pakar patologi untuk ambil gambar barang kes "menyerupai gelung getah".

[Turut memberi keterangan pada prosiding Rabu ialah tiga lagi jurufoto PDRM iaitu Koperal Amran Salim, Lans Koperal Meor Fadhirul Marzuki dan Lans Koperal Norsham Ismail. Amran, yang bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, berkata beliau ditugaskan mengambil gambar bedah siasat dalam kes itu di bilik mayat HTAA pada 9 Ogos 2011. Meor Fadhirul, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pula berkata beliau diarahkan ASP Mohamad Razali untuk melakukan tugasan sama pada 12 Ogos 2011. Menjawab soalan Nor Azizah, kedua-dua saksi berkata mereka merakam gambar bedah siasat 'tengkorak' yang ditemui dalam kes pembunuhan itu. Sementara itu, mahkamah melepaskan saksi ketiga pendakwaan iaitu ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang tidak mampu memberi keterangan hari ini akibat 'kehilangan suara'. Prosiding perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya akan bersambung esok].

Share:

Hotel City Times Wujud Di Atas Perjanjian Sewaan Tapak Berkenaan Dengan Pihak MPK Sebenarnya

KUANTAN, 31 Mei - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan isu Cadangan "Bangunan Asrama" Komplek Sukan Tiba-Tiba Jadi Hotel Di Wisma Belia Indera Mahkota, "YDP MPK" Di Gesa Berikan Penjelasan! yang disiarkan pada 15 Mei yang lalu, maka berbagai pihak telah menghubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut tentang isu berkenaan. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah dihubungi untuk mendapatkan info berkaitan. Daripada maklumat yang diterima ternyata tapak bangunan berkenaan telah disewakan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunakan sebagai sebuah hotel. Ia dibuat secara sah antara pihak MPK dengan pihak terbabit, dengan tempoh perjanjian pajakan selama 30 tahun bermula pada tahun 2004. Maka itu, tidak timbul soal pembinaan terbabit dibina tanpa kebenaran sebenarnya. Malah, difahamkan bangunan terbabit didirikan selepas sekian lama ia tersadai begitu saja tanpa ada apa-apa kegunaan. Dulunya tapak itu ialah sebuah Amphitheater, namun ia semakin usang akibat tidak pernah digunakan sejak Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 1996 di Kuantan dulu. Kini tapak tersebut didirikan sebuah hotel yang dapat memberi kemudahan kepada ramai pihak yang mempunyai urusan dengan jabatan kerajaan atau swasta di sekitar kawasan tersebut (Indera Mahkota). Walau pun bangunan hotel telah didirikan, namun tapak Amphitheater terbabit masih terus dikekalkan hingga sekarang. Menurut pihak berkenaan, MPK menyewakan bangunan itu bagi membolehkan ia digunakan secara lebih efektif lagi.


Keadaan asal tapak Amphitheater berkenaan yang di ambil tahun 2004

Pandangan dari tapak Amphitheater ke arah Wisma Belia Indera Mahkota

Tambahan pula menjelangnya Sukan Malaysia 2012 pada bulan Julai nanti, maka hotel berkenaan boleh digunakan untuk menampung kekurangan tempat penginapan bagi pegawai sukan. Maka itu, tidak timbul soal pembaziran akibat pembinaan hotel tersebut memandangkan ia memberikan pulangan dana yang setimpal kepada pihak MPK untuk satu jangkamasa panjang. Dengan terbinanya banyak bangunan kerajaan di sekitar kawasan terbabit seperti Mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Terminal Bas Ekspres, Jabatan Pelajaran, Komplek Tun Razak dan sebagainya maka hotel tersebut menjadi destinasi terbaik untuk orang ramai yang berurusan. Tambahan pula ia berhadapan dengan kawasan institusi pengajian seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Shahputra, Kolej Komuniti, Institut Kemajuan Ikhtisas Negeri Pahang (IKIP) dan sebagainya, maka ia boleh menjadi pemangkin kepada industri perhotelan di kawasan terbabit. Adalah lebih elok kawasan itu digunakan daripada ia terbiar usang sejak sekian lama, kata sumber terbabit.

[Dengan perkembangan terbaru ini, maka diharapkan tidak ada lagi pihak-pihak tertentu yang membuat tuduhan melulu terhadap premis berkenaan. Mungkin pada awalnya, ramai yang terkejut dengan apa yang mereka saksikan. Namun, rupanya kewujudan hotel berkenaan lebih indah dipandang daripada membiarkan tapak terbabit (Amphitheater) usang sejak sekian lama. Pada masa ini jelas dapat dilihat hotel berkenaan mendapat sambutan hangat dikalangan para pelancong yang berkunjung ke bandar ini. Semoga dengan kewujudan hotel ini juga ia memberi keselesaan kepada para atlet yang boleh membuat pilihan untuk tinggal di asrama atau pun hotel berkenaan sekiranya mereka mempunyai acara sukan di komplek berkenaan pada masa yang akan datang ini hendaknya].

Share:

Panas: "UMNO Temerloh" Bergolak, Usaha Pancas Dato' Saifuddin Kini Makin Hangat Di Perkatakan!

TEMERLOH, 31 Mei - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah (foto) berkemungkinan besar tidak lagi akan bergelar Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ia berikutan terdapat desas-desus yang cukup jelas daripada UMNO Bahagian Temerloh untuk menggantikan beliau dengan calon lain. Jika ini berlaku, maka kemungkinan besar Parlimen Temerloh akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kali ini. Ramai dikalangan penyokong Saifuddin mahu pemimpin terbabit dikekalkan sebagai calon kerana beliau dilihat lebih disenangi oleh kawan mahu pun lawan. Malah, imejnya yang cukup bersih serta berketerampilan itu amat dihormati oleh rakyat di kawasan ini. Namun, kini wujud usaha dalaman UMNO Temerloh sendiri yang mahu mematikan karier politik Saifuddin. Gerakan menjatuhkan Saifuddin kini bukan lagi rahsia, malah turut diketahui oleh penyokong pembangkang sendiri. Saifuddin yang pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) satu ketika dulu amat tidak disenangi oleh kepimpinan UMNO Temerloh. Usaha untuk "memancas" Saifuddin kini sudah dilakukan secara terbuka. Pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu, Saifuddin menang di parlimen itu menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti undi sekitar 2,441 undi sahaja. Beliau mendapat 21,381 undi, manakala Ahmad Nizam mendapat 18,940 undi. Melihat kepada "swing" rakyat terutamanya kaum Cina sekarang ini, maka kemungkinan besar parlimen itu akan tumbang kali ini. Ramai yang berpendapat, jika Saifuddin dikekalkan maka kebarangkalian itu tidak terserlah. Namun, jika namanya tidak disenaraikan kali ini, maka UMNO BN bakal berhadapan dengan laluan sukar di parlimen itu. Mahu atau tidak, pemimpin yang lantang dan bersikap neutral seperti Saifuddin wajar dikekalkan jika BN mahu terus menang di situ. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kehilangan kerusi parlimen Temerloh berserta DUN-DUN lain yang berada dalam parlimen tersebut. Harus diingat, salah satu DUN dalam parlimen itu kini diwakili oleh PAS iaitu DUN Kuala Semantan. Maka itu, tidak mustahil parlimen tersebut juga akan tumbang kali ini.

[Ramai yang berpendapat, jika usaha yang dilakukan oleh UMNO Temerloh untuk menjatuhkan Dato' Saifuddin ini berjaya maka ia memudahkan lagi Pakatan Rakyat menakluki parlimen itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana, ramai penyokong pakatan yang menganggap Saifuddin adalah seorang ahli politik dan tokoh yang berwibawa dalam UMNO. Malah, sikap beliau yang lebih neutral terhadap berbagai isu yang berkaitan dengan mahasiswa amat disenangi oleh generasi muda. Namun, dalam UMNO pemimpin sebegini tidak digemari oleh sesetengah pihak. Malah, imej Saifuddin yang bersih itu amat tidak disenangi oleh musuh politiknya. UMNO gemar menyimpan pemimpin yang ada banyak masalah agar mudah untuk mereka memerangkap pemimpin terbabit. Namun, Saifuddin dilihat lebih berkarisma daripada yang lain. Apapun, UMNO harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Jika tidak pasti buruk padahnya bila kerusi parlimen itu tumbang pada Pilihanraya Umum nanti].
Share:

Panas: Umi Hafilda Pula Dedah Salinan Dokumen Aset Bernilai 'RM30 Juta' Milik Azmin Dan Isteri !!

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali (foto) buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta. Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994. Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut. Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan. sumber

Share:

Azmin: PKR Sedia Menjalinkan Kerjasama Politik Dengan Parti Baru Pimpinan Kadir Sheikh Fadzir

PETALING JAYA, 31 Mei - Belum pun sempat dilancarkan secara rasmi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan minat untuk menjalin kerjasama dengan parti baru yang diasaskan oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (foto) berkata, parti itu sedia membuka pintu kepada bekas pemimpin senior UMNO berkenaan terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. "Kalau itu hasratnya (tubuh parti baru), saya menghormati. Kita boleh bincang untuk melihat apakah bentuk kerjasama yang boleh kita jalin pada masa akan datang. "Bagi saya yang penting ialah prinsip penyuburan demokrasi dalam sistem dua parti harus dipertahankan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini semalam. Beliau mengulas mengenai pengumuman Abdul Kadir meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) untuk membentuk parti baru yang bakal dikenali sebagai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Penubuhan Ikatan dijangka akan dibuat secara rasmi pada 7 Jun ini. Abdul Kadir yang sebelum ini berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan selama 30 tahun mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mac lalu. Beliau kemudiannya dilihat hadir dalam beberapa siri ceramah pakatan pembangkang. Sementara itu ditanya sama beliau terkejut dengan keputusan Abdul Kadir menubuhkan parti baru tanpa menyertai mana-mana komponen pembangkang, Mohamed Azmin berkata: "Itu adalah hak beliau berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. "Cuma kita berharap penubuhan parti baru ini dapat mendokong hasrat rakyat untuk mempertahankan sistem dua parti," katanya. Dalam pada itu Mohamed Azmin turut mengakui pernah mengadakan pertemuan secara peribadi dengan Abdul Kadir bagi membincangkan mengenai bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan. "Kami ada beberapa siri perbincangan dengan beliau. Pastinya dengan pengalaman yang beliau ada boleh membantu Pakatan Rakyat. "Namun keputusan untuk menyertai mana-mana parti adalah pilihannya. Saya tak boleh cakap bagi pihak pakatan, tapi dalam konteks PKR, kami bincang tentang pelbagai isu. "Tapi kami tak bincang khusus untuk beliau sertai PKR," kata Ahli Parlimen Gombak itu. sumber

Share:

Muzakarah: Mufti Pahang Senada Dengan Tan Sri Harussani Yang UMNO PAS Perlu Kerap Bertemu !

KUANTAN, 30 Mei - Pertemuan dan perjumpaan (muzakarah) antara UMNO dan PAS perlu kerap diadakan untuk kepentingan umat Islam di negara ini selain dapat merapatkan jurang antara kedua-dua pihak. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (foto) berkata, beliau turut senada dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang kecewa dengan tindakan PAS mengenakan syarat melampau untuk bermuzakarah dengan UMNO. Abdul Rahman berkata, muzakarah adalah satu tindakan digalakkan dalam agama kerana ia dapat menjelaskan perbezaan yang wujud. “Bukan mudah muzakarah dapat dilakukan dan kalau direalisasikan, ia dapat memberikan manfaat kepada umat Islam,” katanya. Sebelum itu, beliau pernah menyifatkan permintaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah adalah pelik kerana mengenakan dua syarat iaitu tukar dasar kebangsaan dan UMNO perlu menerima pakatan pembangkang. Menurutnya, kedua-dua pihak tanpa mengira parti perlu memikirkan kepentingan ummah dan agama, bukan matlamat kepartian. Malah harus duduk semeja serta mengetepikan ideologi politik. sumber

[Kenyataan Mufti Pahang ini tidak merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh PAS sendiri sebenarnya. Bukankah, Presiden dan Mursyidul Am PAS sudah sebulat suara tidak akan bermuzakarah dengan UMNO sebelum ini. Malah, keputusan itu sudah pun dihebahkan oleh media arus perdana sendiri. Maka, kenapa Mufti Pahang ini masih beriya-iya benar mahu muzakarah diadakan?. Apakah beliau cuba untuk mengalih pandangan rakyat bahawa bermuzakarah itu adalah sesuatu yang wajib dilakukan sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Justeru, beliau sepatutnya tidak terus memainkan isu ini kerana ia sudah muktamad dan PAS sudah menolak cadangan tersebut. Kenapa dia masih terus berbunyi?].
Share:

Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama !



[Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?].
Share:

Sensasi: Seramai 200 Orang Peniaga Serta Penjaja Jalan Chow Kit 'Serahkan Borang' Menyertai PAS !



[Dalam keghairahan kerajaan UMNO BN menerusi NGO mereka memainkan isu para peniaga di Jalan Tunku Abd Rahman (TAR) dan sekitar ibu negara mengalami kerugian jutaan ringgit gara-gara terjejas akibat penganjuran Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, kini dikejutkan dengan berita 200 peniaga dan penjaja di Jalan Chow Kit menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) semalam (29 Mei). Difahamkan, satu majlis penyerahan borang telah dilakukan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang. Paling menarik, turut bersama dalam program berkenaan ialah pendakwah agama terkenal Ustaz Azhar Idrus. Dengan senario terkini ini, maka ia membuktikan dakwaan kononnya para peniaga mengalami kerugian akihat Bersih 3.0 serta menolak Pakatan Rakyat meleset sama sekali. Apa yang pasti, perniagaan mereka dipaksa tutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri. Kerugian adalah sandiwara kerajaan sebenarnya].
Share:

Panas: "Ibrahim Ali Hina Nik Aziz", Dakwa Projek Lebuh Raya Rakyat Hanya Sandiwara Politik PAS

SHAH ALAM, 29 Mei - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) . Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion. “Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada. “Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan. “Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat,” katanya. Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak. Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 lagi diberikan secara tunai.

[Kenyataan terbaru Ibrahim Ali ini pasti melukakan dan mengecewakan majoriti rakyat Kelantan sebenarnya. Malah, sudah pasti mereka yang mengundi beliau yang bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu lebih lagi kecewa. Ibrahim Perkasa ini sepatutnya mencari jalan untuk membantu kerajaan pusat membayar royalti minyak Kelantan jika benar dia mahu membela rakyat. Mungkin dengan cara itu, wang tersebut boleh digunakan untuk menampung pembinaan lebuhraya terbabit. Malah, beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan UMNO BN agar meneruskan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terus hingga ke Kelantan dan bukannya tamat setakat di Terengganu sahaja. Jika benar dia membela rakyat, maka dia sepatutnya lantang bersuara isu ini di parlimen. Tambahan pula dia begitu akrab dengan kepimpinan UMNO BN sekarang ini. Namun, dia memilih untuk terus menghentam Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Beliau lupa, riwayat politiknya masih bernyawa kerana ehsan Nik Aziz membenarkan dia bertanding atas tiket PAS di Parlimen Mas pada PRU-12 lalu. Namun kini, Ibrahim bagai "kacang lupakan kulit". Baginya hanya UMNO BN yang betul dan PAS itu tetap salah. Sedangkan UMNO memecat beliau dan PAS menerima beliau bertanding atas tiket parti itu sebenarnya. Mungkinkah Ibrahim Ali akan tingggal sejarah selepas PRU13 agaknya?].
Share:

Panas: Raja Petra Dakwa Ada 'Fail Sulit' Azmin Ali Ketika Beliau Jadi 'Setiausaha Sulit' Anwar Dulu !

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin (foto) mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu. RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih lagi dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

[Ramai yang tidak terkejut sebenarnya dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Blogger terkenal seperti Raja Petra Kamaruddin ini. Beliau kini, sedang bersedia untuk mendedahkan segala macam fail yang melibatkan pemimpin PKR terutamanya yang melibatkan kepimpinan tertinggi. Anehnya, segala fail yang ada padanya tentang keborokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN selama ini seolah-olah sudah ditutup oleh beliau sendiri. Maka itulah rakyat tidak hairan dengan kelibat RPK sekarang. Kini, tumpuan beliau lebih terarah kepada pihak lawan PM Najib Razak. Mungkinkah RPK sememangnya telah pun dibeli atau menjual harga dirinya sekarang ini?].
Share:

Eksklusif: TV Makmur, Ceramah Anwar Di Maran !


Share:

Pengarah Urusan "Proton" Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir "Sah" Letak Jawatan!

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setelah sekian lama kedudukannya sebagai Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton) diperkatakan sejak pembuat kereta nasional berkenaan diambil alih oleh DRB-Hicom, akhirnya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (foto) mengundurkan diri. Sementara itu, Proton mengesahkan perletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa 4 Julai ini. "Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat. "Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata satu kenyataan pengeluar kereta nasional itu hari ini. Syarikat itu juga umumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai. "Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah, seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan juga Iran.

[Dengan pengesahan ini maka kontroversi yang melanda selama ini akhirnya terbukti jua. Spekulasi dan khabar angin mengenai perletakan jawatan beliau sememangnya telah lama disebarkan sebelum ini. Kini, segalanya terbukti dan apa yang difikirkan oleh rakyat akhirnya menjadi kenyataan. Nampaknya, kini ramai pihak yang tercari-cari apakah punca sebenar yang menyebabkan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir terpaksa mengundur diri. Apakah beliau juga menerima tekanan demi tekanan daripada pihak yang berkenaan agaknya. Harus diingat bahawa mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad masih berkuasa terhadap Proton. Apakah beliau memainkan peranan terhadap kontroversi ini agaknya?. Kini, siapa pun penganti sudah pasti mereka perlulah mencari individu yang sanggup mengikut arahan dan tidak berani membantah apa saja tindakan yang dilakukan oleh syarikat itu. Soalnya, siapakah yang paling layak dan berani menerima jawatan itu selepas ini?].

Share:

Panas: MCA Cuba Ganggu, Tapi 'Ahli Parlimen' BN Sendiri Di Lihat Hadiri Ceramah Anwar Di Maran !

MARAN, 29 Mei - Orang ramai yang telah hadir ke program ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) Ahad lalu kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Maran membenarkan satu program karaoke anjuran parti MCA diadakan berhampiran Pejabat PAS Kawasan Maran dekat sini. Mereka hairan, bagaimana majlis tempatan terbabit membenarkan acara itu diadakan, sedangkan mereka tahu PAS akan menganjurkan ceramah umum pada malam tersebut. Pertandingan karaoke lagu-lagu mandarin, dengan sistem pembesar suara yang canggih itu kemungkinan besar diadakan bertujuan untuk menganggu kelancaran program berkenaan. Anwar yang hadir sekitar jam 11.00 malam itu bagaimana pun berjaya menyampaikan ceramah beliau tanpa gangguan atau provokasi oleh mana-mana pihak. Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah beliau malam itu. Sebelum itu, Anwar khabarnya telah bersama dalam satu lagi program ceramah anjuran PKR di hadapan tapak pasar malam dan hentian bas pekan Sg.Jerik. Kehadiran Anwar ke Maran malam itu juga telah disambut oleh kehadiran begitu ramai penyokong UMNO BN termasuk Ahli Parlimen Maran dari Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu Dato' Hj. Ismail Mutalib dan beberapa orang kanannya. Beliau dipercayai telah mendengar ceramah Anwar sejak dari awal hingga ke akhirnya. Kehadiran beliau tidak disedari oleh orang ramai kerana dia berpakaian tidak formal pada malam itu. Dalam ceramahnya, Anwar berkali-kali mengulangi janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan PTPTN, memansuhkan tol dan banyak lagi. Beliau turut berharap dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu maka pakatan rakyat akan berjaya merampas parlimen Maran daripada BN pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Anwar turut meluahkan perasaan kecewa atas kebiadapan MCA mengadakan program karaoke di kawasan berhampiran (kira-kira 100 meter) dari kawasan tapak ceramah malam itu. Sementera itu, disekitar bandar Maran kelihatan begitu banyak bendera UMNO BN yang dipasang termasuk kain rentang mengutuk Anwar dan sticker "TIBAI" yang dilekatkan pada dinding dan pokok. Semua itu, bagi menyatakan perasaan tidak puas hati penyokong UMNO terhadap kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu di kawasan mereka.


Bukti, kacau ganggu pertandingan karaoke yang dianjur oleh MCA Maran


Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong ke program ceramah malam itu

Orang ramai tidak berganjak walau pun gangguan dibuat oleh pihakMCA

Sokongan rakyat makin meningkat dan mereka nyata mahukan perubahan

Turut hadir mendengar ceramah Anwar ialah Ahli Parlimen Maran sendiri

[Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah, tindakan MCA mengadakan program karaoke bagi tujuan untuk menganggu ceramah Anwar pada malam itu jelas sekali sesuatu yang sia-sia sebenarnya. Ini kerana, ramai penonton mereka sendiri dilihat telah pergi ke tapak ceramah Anwar dan hanya kembali ke khemah depan pentas yang disediakan selepas ceramah tamat. itu pun mereka hanya mahu menunggu keputusan cabutan bertuah yang turut diadakan, Malah, pengacara majlis beberapa kali mengulangi nombor bertuah berkenaan kerana ada dikalangan mereka yang terus balik selepas ceramah Anwar berakhir. Kaum Tionghua majoritinya telah menolak BN, maka itu tindakan MCA dilihat telah memakan diri sendiri. Turut berceramah pada malam itu ialah beberapa orang pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Hj. Md Baqi Othman (YDP PAS Maran) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Secara keseluruhannya program telah berjaya dan mendapat sambutan. Namun, jika tiada gangguan dari MCA kemungkinan besar lebih ramai hadir mendengarnya].
Share:

Rafizi Ramli: Senarai Ke Bursa Saham, Felda Akan Melenyapkan '105,382 Ekar' Tanah Rezab Melayu !

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Apabila Felda Global Venture Holdings (FGVH) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGVH untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGVH ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli (foto), Pengarah Strategi PKR. "PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. "Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGVH boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya. Bagi Rafizi, kedudukan FGVH selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. "Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," katanya.


Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa
yang di kuasai oleh sebuah keluarga Yahudi terkenal dari negara Perancis


Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan di pasaran saham? "Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya. PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. "Kami menunggu maklum balas Perdana Menteri dan Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," tambahnya. sumber

[Nampaknya warga Felda akan kehilangan aset mereka apabila berlaku masalah terhadap saham-saham FGVH satu hari nanti. Peneroka membuat kesilapan yang cukup besar apabila membenarkan orang seperti Tan Sri Isa Samad yang sudah terpalit dengan rasuah itu menguruskan wang mereka. Bayangkan, kemasukan Isa Samad itu sendiri telah menyebabkan ramai kakitanga Felda yang dikenakan tindakan kerana menghalang kehendak beliau, inikan pula nasib para peneroka sebenarnya. Tindakan untuk mencari untung atas kudrat orang lain dengan berkerjasaman dengan syarikat yang dinaungi oleh Yahudi akan menyebabkan tamah-tanah Felda itu tergadai akhirnya. Justeru, beruntunglah kepada peneroka yang tidka mahu terlibat dengan isu ini. Selamatkan masa depan Felda !!].
Share:

Eksklusif: Video Panas, Dua Mangsa Cedera Parah Dalam Kemalangan "Drag Race" Hari Belia Negara


[Jika di Bersih 3.0 baru-baru ini, peserta dikatakan bertindak ganas sehingga menyebabkan sebuah kereta peronda polis merempuh orang ramai di hadapan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman. Dalam kejadian itu kereta polis terbabit kononnya diterbalikkan oleh peserta yang merusuh. Namun, hakikatnya hanya mereka yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian itu sahaja lebih mengetahuinya. Seorang mangsa dikatakan maut dan beberapa lagi yang lain cedera akibat kejadian itu. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena berlaku semasa Himpunan Hari Belia Negara 2012 di Bukit Jalil, bila mana dua mangsa cedera parah akibat kereta "Drag Race" terbabas dan merempuh mereka. Persoalannya, apakah kejadian ini juga boleh dikaitkan dengan peserta merusuh?. Sedangkan ia berlaku dalam keadaan yang aman. Ini bermakna malang tidak berbau dan kejadian sukar dielakkan dalam keadaan tidak terkawal. Justeru, kejadian kereta polis melanggar orang ramai di Bersih 3.0 juga mungkin tidak berlaku jika pemandu terbabit tidak membawa kenderaan secara melulu di kawasan yang padat dengan orang ramai. Apakah kejadian di Hari Belia ini satu hikmah bagi membuktikan jika tiada provokasi pun apa saja boleh berlaku jika membawa kenderaan di kawasan yang dipenuhi orang ramai. Tidak timbul soal rusuhan atau pun sebagainya. Maka itu, renungkanlah].
Share:

Panas: Konsert 500 Artis Mesej Pengisian Rohani Remaja, Ramai 'Terkilan' Laporan Harian Metro!

[Laporan media arus perdana Harian Metro yang mengatakan "500 artis hibur belia: Konsert sempena Hari Belia bawa mesej pengisian rohani remaja" amatlah memalukan sekali sebenarnya. Minda remaja terus dipesongkan agar menerima hiburan itu sebagai pengisian rohani untuk jiwa-jiwa mereka yang telah rosak. Malah, selain konsert turut diadakan di lokasi ialah program Jom Heboh TV3 yang jelas satu program yang berjaya menyuburkan lebih banyak gejala sosial di negara kita akibat percampuran bebas lelaki dan wanita. Justeru, wartawan media harus berhati-hati dengan kenyataan mereka agar tidak menyinggung umat Islam. Pengisian rohani harus disulami dengan amalan zikir, takzirah, tahajud, kuliah agama dan sebagainya. Bukannya disajikan dengan hiburan melalaikan seperti dangdut, hip hop, rock, R&B dan banyak lagi. Justeru, sudah tiba masanya rakyat membuat perubahan jika tidak mahu generasi akan datang terus rosak akhlak mereka akibat dimomokkan dengan hiburan demi hiburan yang akhirnya menjauhkan diri mereka dari agama. Mungkin ini yang diinginkan oleh kerajaan memerintah sekarang agaknya].
Share:

Video Terkini Isu-Isu Semasa Rakyat Malaysia !!






Share:

Saman Fitnah: "Anwar Dan Wee Ka Siong" Setuju Kes Antara Mereka Di Selesaikan Luar Mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Kedua-dua pihak dalam kes saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong (foto) telah mencapai persetujuan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam yang mewakili Anwar, J.Leela, dan Datuk Ben Chan yang mewakili Wee. Mengulas perkara itu, Leela berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah, dan dengan itu Anwar telah menarik balik saman itu. "Terma penyelesaian adalah rahsia dan tiada perintah dikeluarkan berkaitan dengan kos," katanya dan menurutnya pihak yang terlibat telah membincangkan mengenai penyelesaian itu sejak beberapa minggu lepas. Mahkamah pada awalnya menetapkan 10-12 Sept untuk mendengar saman itu. Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu mendakwa Wee telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa Timbalan Menteri itu berkempen pada satu ceramah pada pilihan raya kecil Machap pada 2007. Anwar mendakwa kenyataan memfitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Parties at their last leg of campaigning' yang disiarkan dalam portal berita pro Pembangkang. Anwar mendakwa kenyataan berbuar fitnah oleh Wee adalah berniat jahat. Wee, dalam pernyataan balasnya, menafikan keluarkan kenyataan tersebut.

Share:

MB: ICT Sebagai Ruang Berinteraksi Dengan Belia

Share:

Kerajaan Kemungkinan Wajibkan PLKN Kepada Semua Para Pelajar Lepasan Sekolah Menengah !

KUANTAN, 23 Mei - Semua para pelajar lepasan sekolah menengah mungkin akan diwajib untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa akan datang. Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe (foto) berkata perkara itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan dibawa kepada kerajaan bagi mendapat persetujuan. "MLKN juga akan meminta pandangan daripada anggota masyarakat. Sekiranya dipersetujui sekurang-kurangnya 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. "Dan kita akan mengkaji prasarana yang ada untuk menampung pelatih PLKN berkenaan jika perlu ditambah atau diperluas," katanya kepada pemberita ketika melawat Kem PLKN Hijrah, di sini. Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, sambutan daripada ibu bapa serta individu untuk menyertai program berkenaan cukup memberangsangkan. Beliau berkata pandangan negatif yang dilempar sebelum ini telah bertukar baik, dengan permohonan pelatih baru secara sukarela tidak kurang daripada 3,000 bagi setiap pengambilan. Selain itu katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, PLKN banyak memberi kesan positif kepada pelatih. Sebagai contoh, berdasarkan laporan berhubung perhimpunan Bersih di ibu negara baru-baru ini, tiada pelatih PLKN yang terlibat dengan perkara itu, katanya. Beliau berkata program itu juga mungkin disertai ahli politik dari seluruh negara untuk melihat sendiri bagaimana PLKN dapat membantu golongan muda, dan secara tidak langsung memberi gambaran jelas kepada mereka yang terlibat bagi menangkis dakwaan buruk terhadap PLKN.

Share:

Muhyiddin 'Setuju Cadangan' Pindahkan Sekolah Persendirian Cina Bebas Chong Hwa Ke Kuantan !

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Walaupun pada awalnya menolak cadangan pembinaan sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa akhirnya menyokong cadangan itu. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon (foto) dalam satu kenyataannya hari ini, Muhyidin telah menyelesaikan isu itu dengan MCA. "MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini. Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu. Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik. Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu. Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian. Dua resolusi diluluskan di perhimpunan itu sokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas di Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.


Warga Tionghua Kuantan bersatu tuntut bina sekolah Cina Persendirian

[Seperti dijangka, sememangnya kerajaan akan membenarkan pembinaan sekolah terbabit sebenarnya. Tambahan pula kerajaan UMNO BN ketika ini amat memerlukan sokongan pengundi kaum tersebut pada pilihanraya umum akan datang. Jika mereka tersilap langkah, pasti majoriti kaum Cina akan terus menolak BN nanti. Justeru, tidak hairan Muhyiddin terpaksa membenarkan permintaan ini. Isu Lynas menyebabkan lebih 80% masyarakrat Cina terutamanya di Kuantan kini sudah tidak yakin untuk menyokong kerajaan UMNO BN lagi. Mereka kini sememangnya mahukan perubahan. Maka tidak hairanlah mereka perlu akur dengan permintaan ini demi masa depan parti itu menjelang pilihanraya umum nanti sebenarnya].
Share:

Eksklusif: Video, "Debat Sinar" Isu PTPTN Antara Khairy Jamaluddin Dan Rafizi Ramli Malam Tadi!





[Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UUMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli Anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks berkenaan di Shah Alam malam tadi. Video yang dipaparkan ini adalah ehsan wangolds.com. Semoga dengan paparan ini dapat memberi peluang kepada semua pihak yang tidak dapat menyaksikan debat ini secara langsung menerusi Saluran 501, Astro Awani. Apa yang pasti debat ini dapat berjalan lancar seperti dijadualkan dan ia membuktikan bahawa politik Malaysia kini melangkah ke era baru menerusi acara debat seperti ini. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang untuk memberi peluang kepada rakyat menilai dan memahami setiap hujjah dan agenda yang mahu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak andainya mereka diberi peluang untuk berkuasa pada masa akan datang. Suburkan amalan demokrasi sekarang].
Share:

'Sidang DUN Pahang' Berakhir Semalam Luluskan Empat Rang Undang-Undang Dan Enam Lagi Usul



Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang
yang berakhir Selasa meluluskan empat rang undang-undang dan enam usul.
Kesemua rang undang-undang dan usul dipersetujui sebulat suara oleh anggota DUN. Rang Undang-Undang itu adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, Rang Undang-Undang Pelaburan (Pemberian Kuasa) 2012, Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah 2012. Enam usul yang diluluskan pula adalah usul anggaran pembangunan dan perbekalan tambahan 2012, pelantikan ahli-ahli jawatankuasa kira-kira wang negeri Pahang bagi penggal kelima DUN ke-12 dan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang bagi penggal kelima DUN Pahang ke-12. Tiga lagi usul ialah pelantikan ahli-ahli jawatankuasa hak dan kebebasan bagi penggal kelima DUN Pahang ke-12 serta pelantikan dua orang pemimpin parti sebagai anggota Dewan Negara.
Share:

Panas: Debat, Khairy Dakwa Pakatan Tidak Yakin Jana Ekonomi Maka Itu PTPTN Mahu Dihapuskan

SHAH ALAM, 23 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka. "Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian malam tadi. Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang. Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang. Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000. Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu. "Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. "BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," katanya.

[Kenyataan Khairy ini pastinya mengundang kemarahan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat, baik yang berada di dewan mahu pun yang mengikuti debat malam tadi di rumah masing-masing. Namun, Khairy punyai hak untuk keluarkan pendapatnya. Secara tidak langsung beliau berani mengeluarkan hujjah tentang sesuatu isu yang kini sedang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat. Apak yang pasti, hujjah yang dikeluarkan oleh Khairy biar pun tidak dapat diterima oleh penyokong Rafizi, namun ia jelas sekali menggambarkan kematangan Ketua Pemuda UMNO itu dalam mempertahankan sesuatu isu. Kini, hanya rakyat dapat menilai siapa yang patut menjadi pemenang dalam debat itu sebenarnya].
Share:

Ustaz Azhar & Aishah Di Ijtimak Pilihan Raya PAS

Share:

Panas: "Moderator" Dr.Mazlee Gamatkan Hadirin Bila Cabar Najib Berdebat Dengan Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 23 Mei - Debat Sinar Harian yang disiarkan di Saluran 501 Astro Awani malam tadi antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik (foto), mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRU-13. Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat. "Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian malam tadi. Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang. Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh tentang "Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi".

[Secara keseluruhannya debat antara Khairy dan Rafizi malam tadi telah berjaya menyuburkan amalan demokrasi di negara kita. Persoalannya, kenapa PM Najib Razak tidak sanggup menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk berdebat?. Bukankah dengan berdebat, rakyat seluruhnya dapat menilai apa yang kita lakukan dan mereka akan fikirkan untuk membuat pilihan. Kenapa gusar? sedangkan pemimpin dunia seperti Presiden Amerika, Barrack Obama dan yang ainnya pun sanggup berdebat. Apa hebatnya mereka, hingga kita terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan?. Syabas dan tahniah kepada Rafizi dan terutamanya Khairy kerana berani dan membuktikan politik Malaysia boleh disuburkan semula akhirnya. Tahniah juga kepada Sinar Harian, Astro dan yang lain kerana menjayakan program ini Khairy sebenarnya memang lebih hebat dari lain-lain pemimpin UMNO. Walau pun hujjahnya mungkin tidak diterima kita namun keberanian beliau harus dipuji kerana dia sanggup berhujjah secara anak jantan dalam program itu].

Share:

FGVH: Anak Serah Memorandum Pada Suhakam !

Share:

Panas: 'CMK Saman Utusan Malaysia', Mahkamah Tinggi Kuantan Tetapkan Pengurusan Kes 11 Jun !

KUANTAN, 22 Mei - Mahkamah Tinggi Kuantan bakal mendengar pengurusan kes saman Blogger Cucumatkilau (CMK) terhadap Utusan Malaysia pada 11 Jun 2012 ini. Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto), yang mewakili blogger terbabit ketika dihubungi pagi tadi. Menurut Mohd Harris, writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 2 Mei 2012 telah dihantar kepada pihak terbabit dan mereka dikehendaki memasukkan kehadiran dalam tempoh dua belas (12) hari dari tarikh penerima surat salinan writ saman tersebut (17 Mei). Dalam tuntutan tersebut selain Utusan Melayu (M) Berhad, turut disaman ialah wartawan yang berkenaan iaitu Tarmizi Abd Rahim. Menurut Mohd Harris, saman dibuat berhubung tindakan pihak terbabit yang telah mengeluarkan artikel fitnah dan berniat jahat terhadap blogger berkenaan. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri" telah ditulis oleh Tarmizi Abd Rahim dan disiarkan di mukasurat tiga Utusan Malaysia pada 27 November 2010. "Sekiranya pihak berkenaan gagal memasukkan kehadiran pada tarikh yang ditetapkan, klien kami (blogger cucumatkilau) boleh terus untuk mendapatkan penghakiman dan seterusnya melaksanakan penghakiman tersebut terhadap mereka (Utusan dan Tarmizi", katanya. Menurut Mohd Harris lagi melalui surat pada 6 Disember 2010, plaintif (blogger cucumatkilau) telah melalui peguamcaranya pada masa itu menghantar satu notis kepada Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad bagi menuntut gantirugi tersebut. "Namun melalui surat bertarikh 14 Disember 2010, Utusan menyatakan mereka enggan untuk membuat sebarang komitmen terhadap tuntutan ini. Plaintif akan mohon rujuk kedua-dua surat yang dimaksudkan semasa perbicaraan tindakan ini kelak", tambah Mohd Harris lagi.


Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 27 November 2010 berkaitan isu ini


"Akibat daripada berita palsu yang disiarkan oleh Utusan dan telah diulangi secara meluas oleh blogger-blogger UMNO dalam blog masing-masing, anak guaman kami digelar "kaki ampu" yang sanggup berbuat apa saja termasuk mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhalayak ramai untuk mengejar cita-cita politiknya. Susulan dari itu juga rakan-rakan dalam PKR dan Pakatan Rakyat mula menjauhkan diri dari beliau sehingga dia tiada pilihan lain selain mengundur diri dari persada politik kepartian. Maka pada 11 Februari 2011, beliau akhirnya mengumumkan keluar PKR secara rasmi selepas lebih 11 tahun bersama parti itu. Sebelum ini beliau merupakan calon PKR yang bertanding di DUN Kemayan pada pilihanraya umum ke-12 lalu", katanya. Justeru katanya, anak guamannya itu menuntut pihak berkenaan (Utusan dan wartawannya Tarmizi) untuk membayar gantirugi secara berasingan yang kesemuanya berjumlah RM30 juta. Tuntutan tersebut ialah gantirugi am RM5 juta, gantirugi teladan RM5 juta dan gantirugi teruk RM5 juta. Tuntutan juga dibuat terhadap faedah ketiga-tiganya atas kadar yang dibenarkan bermula 27 November 2010 sehingga penyelesaian penuh.

[Kes yang berlaku terhadap blogger terbabit sungguh memalukan sebenarnya. Malah, penyebaran gambar kononnya beliau membuat ciuman berahi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan terancang yang dibuat untuk menjatuhkan imejnya. Memang benar jika mana-mana pihak melihat gambar berkenaan, pasti akan mengatakan ia 100% mirip blogger terbabit. Namun, inilah hakikatnya bahawa mereka telah mencipta satu fitnah melampau sebenarnya. Inilah juga yang berlaku kepada pemimpin pembangkang seperti Anwar sendiri dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini. Justeru, rakyat digesa berhati-hati dalam menerima maklumat terutamanya yang disebarkan oleh media arus perdana termasuk kepalanya Utusan Malaysia. Ternyata media-media inilah yang telah menyebarkan maklumat salah dan sembrono untuk mensensasikan sesuatu isu itu sebenarnya. Semoga dengan kejayaan kes ini akan memberi pengajaran kepada pihak terbabit hendaknya. Media haruslah bersikap profesional dalam membuat sebarang laporan mereka].
Share:

Eksklusif: Video Ceramah Oleh Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hj. Fauzi Shaari Selepas Isytihar Dirinya Masuk PAS!



[Ceramah beliau ini sepatutnya didengari oleh ribuan pegawai polis bawahan yang kini masih "alpa dengan tugas" dan gagal membezakan tanggungjawab mereka kepada rakyat atau terus menjadi alat kerajaan UMNO BN yang kini semakin menuju ke penghujungnya. Pegawai polis yang masih berpendapat bahawa hanya kerajaan UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini perlulah bersikap terbuka dan tidak terus khayal dengan momokan itu selamanya. Mereka harus ingat Allah melihat apa yang mereka kerjakan. Jangan membuat tindakan yang jelas melanggar lunas-lunas agama dan kemanusiaan seperti yang dilakukan sekarang. Mereka perlu sedar bahawa keadilan haruslah ditegakkan di atas bumi Melaysia ini jika mereka mahu melihat generasi akan datang dapat hidup selesa dan aman. Sikap mereka yang terus bersekongkol dengan kerajaan yang zalim wajar ditinggalkan sekarang kerana majoriti rakyat mahu melakukan perubahan dan perlu meletakkan yang hak di tempatnya].
Share:

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Sah Menyertai PAS Di Taiping Malam Tadi!



[Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam tadi dengan rasminya menyertai Pas. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat].
Share:

Ribuan Kaum Tionghua Berhimpun, Untuk Desak Sekolah Menengah Cina Di Wujudkan Di Kuantan

KUANTAN, 20 Mei - Ribuan masyarakat kaum Tionghua menghadiri perhimpunan aman di Padang MPK4 (Kemunting) hari ini bagi tujuan mengadakan kempen mengutip tandatangan bagi mendesak kerajaan menubuhkan sekolah menengah persendirian aliran Cina di bandar ini. Orang ramai yang hadir dilihat memakai pakaian t-Shirt berwarna merah yang tertera tulisan kempen tersebut. Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar ini. Perhimpunan yang diadakan di padang yang sama dengan Himpunan Hijau 2.0 itu juga mendapat kerjasama daripada pihak polis manakala khemah dan kain rentang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik yang terlibat. Antara pimpinan yang berucap ialah Lim Chin Chee (Presiden Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang), Pheng Yin Huah (Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysi) dan Yap Sin Tian (Pengerusi Dong Zong). Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas di Kuantan dan menggesa kerajaan dengar tuntutan rakyat supaya meluluskannya.








[Himpunan aman yang dijalankan hari ini dikawal oleh pihak polis tanpa ada sebarang provokasi. Nampaknya, himpunan akan aman jika kerjasama sebaiknya diberikan oleh anggota keselamatan. Salah juga dengan Himpunan Hijau 2.0 di lokasi yang sama Februari lalu. Ia jauh sekali berbeza dengan Bersih 3.0 yang dikatakan ganas oleh kerajaan. Pasti ada benda yang tidak kena berlaku yang menyebabkan ia berlaku sedemikian rupa. Apa yang menarik dalam himpunan hari ini pimpinan pembangkang dan BN bersama-sama hadir memberikan sokongan. Antara yang kelihatan ialah YB Leong Ngah Ngah ( ADUN DAP Triang), YB Chang Hong Seang (ADUN BN Teruntum), YB Pang Tsu Ming (ADUN BN Semambu), Dato' Ti Lian Ker (Ketua MCA Kuantan) dan ramai lagi. Turut kelihatan hadir beberapa orang pimpinan PAS dan PKR bahagian Kuantan dan Indera Mahkota. Apa yang pasti, himpunan berlaku aman sekiranya pihak polis memberikan kerjasama. Namun, ia sebaliknya jika ada provokasi berlaku].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.