
KUANTAN, 1 Mei - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Cawangan Paya Besar membuat laporan polis, semalam berikutan terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menggantung sepanduk berunsur fitnah menggunakan nama persatuan tersebut. Mohd Fauzi Abdul Hamid (foto) berkata, sepanduk berbaur fitnah yang hanya disedarinya sebelum itu, telah digantung di beberapa tempat seperti di Felda Bukit Sagu, Bukit Goh dan Bukit Kuantan dipercayai untuk memburuk-burukkan Anak. Antara lain sepanduk tersebut bertulis: “Kami Tidak Teringinkan Durian Runtuh! Para Peneroka Felda Jangan Terima Durian Runtuh Kerana Kita Ada Maruah Dan Harga Diri Najib Penipu Peneroka! Hidup Pakatan Rakyat”. Menurut Fauzi, pihak Anak tidak pernah membuat dan menggantung sepanduk seperti itu kerana perjuangan Anak bukanlah untuk menghalang peneroka memperolehi wang mereka. “Selama ini kami tidak pernah menghalang peneroka menerima wang daripada Felda atas apa juga namanya kerana yakin semua wang tersebut adalah milik peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang memajukan ladang Felda. “Apa yang kami perjuangkan ialah mengembalikan hak-hak peneroka secara adil. Anak secara jelas juga menentang penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) kerana percaya hanya akan menyebabkan pihak lain yang akhirnya akan menguasai aset-aset Felda. “Yang terbaru Anak menentang cara paksaan terhadap peneroka supaya menandatangani borang hutang bank untuk beli saham yang tidak difahami peneroka kerana dalam bahasa Inggeris,” tegasnya. Tambah Fauzi, dengan itu pihak Anak tidak pernah sama sekali menentang peneroka terima durian runtuh seperti dijanji beberapa kali oleh Perdana Menteri.
Sementara itu Naib Presiden ANAK, Aris Faizul Ismail ketika dihubungi berkata, sepanduk yang serupa turut digantung di beberapa tempat strategik di sekitar Jengka. Berdasarkan sepanduk yang serupa beliau mengsyaki telah dibuat atau ditaja oleh pihak yang sama kerana memerlukan peruntukan kewangan. “Ada pihak, mungkin dalam Felda sendiri merasa tergugat dengan penerangan dan informasi yang diberikan Anak selama ini sehingga menyedarkan ramai peneroka seluruh negara. “Bagi membendung pengaruh Anak yang semakin diterima di tanah-tanah rancangan, pihak yang menyebarkan fitnah itu main taktik kotor iaitu menggunakan nama Anak supaya dibenci peneroka kerana halang terima durian runtuh,” jelasnya. Justeru beliau mahu pihak polis menyiasat siapakah dalang di sebalik kerja-kerja jahat itu supaya fitnah yang boleh timbulkan permusuhan seperti itu tidak berleluasa lagi pada masa yang akan datang. Khairil






Sah kerja berok2 pakatan haram. Kalau dah terdesak macam2 cara digunakan. Jangan kata berbohong atau menipu, 'persetubuhan haram' dengan kafir pun boleh jadi halal!
BalasPadamada pemimpin UmnoApcoPorno rampas bini org buat jadi bini sendiri, lepas tu ceraikan bini sendiri kata berpenyakit gila babi.
BalasPadamLepas tu buntingkan pulak pompuan Monggolia sampai beranak. Ok lah tu tambah zuriat, tapi arahkan pulak bunuh dan bom c-4!
Pemimpin pujaan hati anda lagi hebat. Konon penerima 'anugerah' INSAN ISTIMEWA ANUGERAH TUHAN. Namun hakikatnya INSAN LAKNAT ANUGERAH IBLIS.
BalasPadamKah...kah....kah
BalasPadam