KUANTAN, 5 Mei - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan perselisihan faham antara kumpulan wartawan (Kelab Media Pahang) dengan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semasa program Majlis Santapan Bersama Tengku Mahkota Pahang di Hotel MS Garden dekat sini pada 25 April lalu maka ramai pihak yang telah menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan info lanjut. Kami juga mendapat komen ikhlas daripada pegawai terbabit yang dimaksudkan iaitu Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin (foto) berkenaan dengan isu ini. Dalam komentar yang dibuat terhadap perkara ini beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas segala teguran yang baik yang bertujuan untuk meneyedarkan dirinya, "Saya ustaz Nor Hamizi yang kalian perkatakan dalam berita dan komen saudara-saudara sekalian. Terima kasih atas teguran-teguran kalian yang baik dan bertujuan untuk menyedarkan kesilapan daripada pihak diri saya. Terima kasih juga atas sebahagian perkara yang berupa fitnah dan cerita yang separuh jalan yang tak habis serta kutukan yang dilemparkan kepada saya. Saya tahu siapa yang tulis berita ini serta siapa yang komen. Memang ada sebahagian perkara daripada kesilapan dan kelemahan diri saya. Saya akui dan mohon maaf kepada pihak yang terlibat. Saya rasa tak rugi memohon kemaafan atas kesilapan, yang penting persaudaraan dan ukhuwah islam kita molek kembali. Saya anggap perselisihan yang berlaku umpama sengketa adik beradik yang pasti berdamai kembali", katanya. "Saya kenal Abg Nik (pengerusi Kelab Media) sebelum ini dalam beberapa program. Insya Allah saya akan berjumpa dengan dia untuk jernihkan suasana. Saya pun bukan maksum dan bukan wali. Manusia biasa yang adakalanya terlupa dan terlalai. Tak perlulah saya bela diri saya di sini, nanti saya aibkan orang lain pula semata-mata nak jaga maruah sendiri. Sampai bila takkan selesai. Kepada yang mengulas dgn komen-komen yang baik, jazakallahu khaira. Kepada yang beri komen yang guna bahasa dan tuduhan yang tak baik, saya maafkan kerana bimbang nanti kita bertemu Allah dalam keadaan pikul dosa dengan manusia yang tak sempat kita pohon maaf", tambahnya.
[PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin atas keikhlasan beliau memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang berkenaan. Semoga sillaturahim antara pihak Media Pahang dengan JAIP dapat dipulihkan kembali selepas insiden ini selesai. Malah, kami difahamkan kesilapan sebenar bukan terletak pada bahu beliau seorang. Ia mungkin berpunca kehadiran saudara baru dikalangan masyarakat orang asli yang lebih ramai dari jumlah yang sepatutnya. Ini menyebabkan meja khas dan ruangan yang disediakan untuk para wartawan akhirnya tidak mencukupi. Namun, mereka telah diberi pilihan untuk duduk secara berasingan di mana-mana ruangan kosong yang masih ada. Itu sahaja isu yang timbul sebenanrya. Cuma ia berlarutan apabila ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan layanan terhadap mereka. Apapun, dengan permohonan maaf oleh beliau ini, maka diharapkan isu tersebut selesai dan hubungan baik antara pihak JAIP dengan Media dapat pulih kembali nanti].