KUALA LUMPUR, 24 Mei - Walaupun pada awalnya menolak cadangan pembinaan sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa akhirnya menyokong cadangan itu. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon (foto) dalam satu kenyataannya hari ini, Muhyidin telah menyelesaikan isu itu dengan MCA. "MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini. Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu. Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik. Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu. Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian. Dua resolusi diluluskan di perhimpunan itu sokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas di Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.

Warga Tionghua Kuantan bersatu tuntut bina sekolah Cina Persendirian

Warga Tionghua Kuantan bersatu tuntut bina sekolah Cina Persendirian
[Seperti dijangka, sememangnya kerajaan akan membenarkan pembinaan sekolah terbabit sebenarnya. Tambahan pula kerajaan UMNO BN ketika ini amat memerlukan sokongan pengundi kaum tersebut pada pilihanraya umum akan datang. Jika mereka tersilap langkah, pasti majoriti kaum Cina akan terus menolak BN nanti. Justeru, tidak hairan Muhyiddin terpaksa membenarkan permintaan ini. Isu Lynas menyebabkan lebih 80% masyarakrat Cina terutamanya di Kuantan kini sudah tidak yakin untuk menyokong kerajaan UMNO BN lagi. Mereka kini sememangnya mahukan perubahan. Maka tidak hairanlah mereka perlu akur dengan permintaan ini demi masa depan parti itu menjelang pilihanraya umum nanti sebenarnya].






akhirnya mengalah juga dgn Cina Mat Sembab ni?
BalasPadamKalau tengok dan dgr ucapannya bukan main lagi hebatnya berjuamh Melayu!
Perkasa pimpinan binatang dua alam tak mau demo bantah ke???
Melayu kita ni masih lagi bangang. Sepatutnya masa ni la kalau nak minta apa2 untuk kebaikan pelajar atau masyarakat. BN akan ikut saja apa yang rakyat minta. Biasa la nak pancing undi katakan.
BalasPadamMalapetaka jika Anwar jadi PM
BalasPadamKUALA LUMPUR 24 Mei - Negara akan dilanda malapetaka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.
Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Hamidzun Khairudin berkata, ini kerana pembangkang bercita-cita menjadikan negara ini sebagai sebuah republik.
Bagaimanapun, ujarnya, hasrat pembangkang itu hanya dapat dicapai dengan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
“Kemungkinan besar perkara-perkara yang berkaitan institusi diraja dan hak-hak istimewa Melayu serta bumiputera akan dipinda.
“Sekiranya pindaan itu diluluskan, negara ini akhirnya akan dikuasai oleh golongan cauvinis yang diketuai DAP," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan seorang penulis Barat, Jonathan Smith bahawa Anwar adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.
Hamidzun menambah, masa depan negara akan menjadi kucar-kacir apabila golongan majoriti terpaksa tunduk kepada kehendak puak minoriti.
Kata beliau, senario berkenaan bukan sesuatu yang mustahil kerana Anwar dikenali sebagai seorang individu yang bersifat oportunis.
“Kita dapat melihat bagaimana Anwar mempergunakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan UMNO untuk melonjakkan kerjaya politiknya.
“Kini, Anwar sedang melakukan perkara serupa terhadap Pas sehingga mengakibatkan kerosakan dalam parti itu," ujarnya.
Bagaimanapun, Hamidzun memberitahu, Anwar sedang berdepan kesukaran mencapai cita-citanya itu setelah rakyat dapat melihat tembelang sebenarnya semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.