script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

British Lebih "Berhemah" Tangani Perhimpunan Aman Daripada Kerajaan UMNO BN Pada Hari Ini



[Foto di atas adalah senario himpunan BERSIH sebelum Malaya merdeka. Himpunan ini adalah untuk memBERSIHkan Malaya daripada Malayan Union. Justeru pemimpin UMNO dan Kerajaan Malaysia digesa agar janganlah terlalu JUMUD sangat sehingga sejarah orang Melayu terdahulu buat perhimpunan di negara ini pun merek tidak ambil tahu. Cuma, bezanya ketika zaman penjajah pihak Inggeris pada waktu itu tidak menggunakan polis FRU, tidak guna bom asap dan water canon untuk menyuraikan himpunan berkenaan. Soalnya, kenapa ia berlaku sekarang malah ia lebih dasyat daripada apa yang disangkakan. Masalahnya, majoriti anggota polis yang menyerang peserta Bersih 3.0 adalah terdiri daripada muka-muka Melayu. Tergamak mereka melakukan sedemikian rupa, sedangkan orang putih (bangsa Inggeris) zaman dahulu pun tidak tergamak melakukan kezaliman sedemikian. Justeru, ambilla ikhtibar di atas apa yang telah terjadi. Polis perlu menjaga keselamatan rakyat bukannya menjadi rakyat sebagai musuh mereka. Himpunan aman termaktub dalam perlembagaan, makanya kenapa rakyat boleh diperlakukan sesuka hati tanpa belas kasihan dan ehsan daripada mereka].
Share:

12 ulasan:

  1. Salam sahabat, awak ibaratkan sya tumbuk mula awak sekarang ni, awak tak dapat elak, awak balas balik tak, fikirlah sahabat, nak kebenaran buat prhimpunan orang bagi, buat la baik2, sahabat cerita dulu punya hal, dulu perhimpunan tu baik punya bersih...betul2 aman, mana ada rosak sana rosak ni, saya generasi kedua sahabat malu la dengan apa yang jadi, saya tumbuk awak kemudian awak nak tumbuk saya balik, BANGSA LAIN teput tangan la sahabat, TAK SEDAR LAGI KE ini yang mereka nak...subhanallahh...

    BalasPadam
  2. Adakah sebahgian dari kita yang masih tidor?
    Kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa - Tolong lah jangan aibkan diri sendiri dan jangan nampakkan sangat `memihak'

    BalasPadam
  3. orang yg tak boleh terima kenyataan, lihat dan belajar dari pegalaman, dulu kita nak MERDEKA, tetapi skrg kekotoran amat menjelikkan, maka sekarang perlu kita lakukan sesuatu,bersama lah kita memBERSIHkan perasuah,pengadudomba, pemfitnah,dan politik umporno yang menjijikkan, Bangsa lain bertepuk tangan kpd kekotoran dan lebih memahami dari ANON 1.20, Mereka pun jijik dgn perangai org kita yang Perasuah dan penipu, mari kita cuci umporno yg sdg mereput.

    BalasPadam
  4. Faktanya PKR dan PAS adalah sampah. Dan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah manifestasi kepada amalan dan hasrat KOTOR yang mendasari PAKATAN PEMBANGKANG. Nilai dan status PKR dan PAS di mata orang yang waras dan siuman, tidak lebih, diulang TIDAK LEBIH daripada onggokan sampah sarap, diulang SAMPAH SARAP yang hanya menunggu saat dan ketika untuk dibuang, diulang DIBUANG ke tapak pelupusan sampah. Majoriti pengundi tak sabar lagi nak menunggu PRU13!

    BalasPadam
  5. OLITIK
    Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
    Azmin tidak sahut nasihat Wan Azizah

    KUALA LUMPUR 7 Mei - Nasihat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail agar Azmin Ali pulang melawat ibunya yang uzur, Che Tom Yahaya bukan sahaja tidak disambut sebaliknya, Timbalan Presiden PKR itu dilihat berterusan bermain politik.

    Azmin dalam reaksinya ketika ditanya rakan-rakan Twitter berhubung nasihat itu berkata, penjelasan terhadap kenyataan Dr. Wan Azizah itu perlu dibuat dengan cermat kerana bimbang beliau akan terdedah kepada persepsi yang kurang baik.

    Semalam, Dr. Wan Azizah ketika ditanya mengenai luahan hati Che Tom yang kecewa dengan sikap Azmin kerana tidak menjenguknya sejak Syawal tahun lalu berkata, sebagai anak, Ahli Parlimen Gombak itu perlu menziarahi ibunya kerana ia adalah satu tanggungjawab.

    Kelmarin, Che Tom secara terbuka mengakui sebagai ibu, hatinya hancur luluh dengan sikap Azmin yang jauh berubah sejak bersekutu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup membuang keluarganya sendiri demi kepentingan politik.

    Malah sepanjang wawancara tersebut ibu tua itu tidak henti-henti menangis mengenang sikap Azmin sehingga berkata: "Saya mati pun janganlah tengok. Tiada maknanya. Saya hidup lagi pun dia tidak mahu tengok, jadi dah mati baru nak tengok, tak payahlah,".

    Sementara itu, Azmin dalam kenyataannya hari ini menafikan beliau seorang anak yang derhaka, sebaliknya, sentiasa kasih dan sayang kepada kedua ibu bapanya serta akan tetap mendoakan ibunya agar sentiasa berada dalam lindungan Allah.

    Bagaimanapun, beliau tidak pula memberitahu sama ada akan pulang menjenguk ibunya yang diserang pelbagai komplikasi atau tidak, sebaliknya mengarahkan media agar tidak menganggu Che Tom, selain turut menyalahkan UMNO dalam perkara itu.

    "Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya. Janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik UMNO yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahtera dan bukannya diaib di dada media.

    "Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida (Shamsidar Taharin) yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan murni ini," katanya.

    BalasPadam
  6. kerana melebarkan sayap "bersih 3.0" sampai ke tanah suci mekah dan madinah, maka kerajaan arab saudi mungkin akan mengenakan syarat ketat utk kemasukan jemaah dari malaysia. yg aku panas hati, hujung bulan ini ramai famili aku akan ke sana. walaupun famili aku totok pas, tapi mereka realistik. politik tidak dicampur aduk dgn ibadah. namun kerana bodohnya tindakan jemaah sebelum ini, sesuatu yg tak pernah berlaku kpd jemaah dari malaysia akan berlaku. apa kaitan "bersih" dgn ibadat umrah? bodoh kerana meletakkan sesuatu bukan ditempatnya.

    BalasPadam
  7. usin anda tertipu dgn mainan umporno, sebenarnya tak ada tindakan apa apa drpd arab saudi tapi nak menunjukkan bahawa bersih itu bahaya maka umporno pun membodek arab saudi maka dikatakan BERSIH bahaya, sebenar nya puak puak Arab pun terkejut betapa PAS dan PR boleh mengumpulkan ribuan manusia hanya sekadar nk memperbetulkan 8 perkara, di mekah madinah mereka berkumpul bagaikan keluarga dan begitu sopan sekali. tetapi umporno bila dah ada bantahan macam tu mula ketar kepala. tapi jemaah yg faham Islam mereka istiqamah dgn pimpinan Ulamak Islam Malaysia.(PAS).

    BalasPadam
  8. Anon Tuesday, May 08, 2012 9:34:00 PM...
    Pandai celik pula mata orang macam anda nampak konon orang lain kena tipu. Sayangnya anda buta mata hati dan mata kepala untuk melihat orang-orang macam anda kena tipu mentah2 dan hidup2 sampai sanggup menjadi lembu penjilat dan pelahap kangkang ambiga dan kahal pekat anwar bin ibrahim.

    BalasPadam
  9. anon 9:34pm.
    maknanya aku tertipulah! kesiannya aku!!! setahu aku untuk bersih 3.0, apa yg dijanjikan oleh ambiga & pak samad said ialah duduk bantah. mcmana pulak sambil duduk boleh terjah hadangan polis, terajang polis, belasah polis, terbalikkan kereta polis & mcm2 perlakuan pelik yg org duduk boleh buat. tanya kata hati ko, kalau rasa panas hati ko masih meluap2, maknanya fikiran ko tak waras dan ko tak layak bercakap pasal politik. politik adalah seni membentuk pemerintahan. kalau seni dijalankan dgn emosi tak terkawal, hancurlah masa depan. nak contoh? sejahterakah kehidupan di negara2 yg rakyatnya membuat bantahan jalanan baru2 ini? bertukar pemerintahan secara kekerasan tidak akan menyenangkan rakyat sebenarnya. dlm situasi malaysia, daripada 27 juta rakyat, adakah 100% menyokong pakatan? kalau berlaku rampasan kuasa, adakah pihak satu lg akan berdiam diri? pakai otak. pru13 nanti kita tentukan.

    BalasPadam
  10. kalau tiada provokasi tak kan berlaku, banyak tempat BERSIH berkumpul tetapi tiada provokasi tak ada apa pun berlaku, kerana ada tangan tangan ghaib menggerakkan emosi demonstran maka apa yg kita nampak itu lah yg terjadi. ya kita tungguuuuu PRU 13, BN/Umno Akan kecundang. InsyaAllah.

    BalasPadam
  11. Polis Malaysia masih 100 kali jauh lebih LEMBUT, BAIK HATI dan BERHEMAH berbanding polis di negara luar. Cubalah sedikit buka mata untuk melihat apa yang pernah berlaku di Thailand, Indonesia, China, Libya dan negara-negara lain yang pernah mengalami krisis. Jangan biarkan minda terperuk beku di bawah tempurung ketaksuban kepada kumpulan dan individu yang gila dan kemaruk nak berkuasa.

    BalasPadam
  12. Sebab otak bagus sangatlh tu...maka berhimpunlah bersih 3 kat mekah dan madinah....tak pakai otak ke??? nak menyokong sape tu???

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

MARAN : Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka me...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.