
KUANTAN, 8 Mei - Susulan kejadian Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang diceroboh. Difahamkan dua laporan polis telah pun di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada pukul 12.00 tengah malam dan 6.30 pagi semalam. Laporan dipercayai telah dibuat oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang iaitu Adnan Abu, Kamarul Hatta Md Ali (Ketua SAMM Pahang) dan Kamarzaman Md Yunus (Timbalan Setiausaha PKR Pahang). Apa yang mengejutkan, rupa-rupanya penceroboh terbabit sudah pun ditangkap oleh beberapa orang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuantan dan Indera Mahkota sekitar jam 4.30 pagi itu. Operasi mencari penceroboh telah dilakukan sebaik sahaja laporan diterima oleh mereka. Penceroboh yang berusia sekitar 48 tahun itu dipercayai berasal dari Kemaman dan kini menetap di Balok. Penceroboh terbabit kini dipercayai telah ditahan di IPD Kuantan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan insiden ini Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam laman sembang sosial facebooknya berkata "Melihat cara pejabat PKR Phg dimusnah, sah bagi saya ia BUKAN curi biasa. Kemusnahan kpd semua alatan pejabat. Khianat tertinggi atau kecurian?". Sememangnya ramai yang melihat kejadian ini pasti ada dalangnya. Penceroboh yang ditangkap (foto bawah) sebenarnya hanyalah "kambing hitam" yang dibayar untuk melakukan kerja-kerja jahat ini. Mana mungkin penceroboh seperti ini mahu mengambil dokumen penting sesebuah parti politik andai dia benar-benar mahu mencuri dan menjualnya. Maka itu, adalah diharapkan agar pihak polis dapat menjalankan tugas dengan profesional untuk menyiasat kes ini. Jika dalan tiga kes terdahulu berkaitan isu pencerobohan yang sama, polis masig gagal mengesan penjenayah terbabit. Kini, mereka lebih mudah untuk bertindak kerana penjenayah sudah ditahan oleh pihak PKR sendiri dan polis hanya perlu menjalankan soal siasat dengan telus tentang siapakah pihak yang telah "arahkan" beliau menceroboh itu sebenarnya.

Inilah wajah penceroboh yang telah pun berjaya ditangkap oleh ahli AMK itu

Angkatan Muda Keadilan Kuantan dan Indera Mahkota bergambar selepas
berjaya menangkap penceroboh terbabit sekitar jam 4.30 pagi semalam

Inilah wajah penceroboh yang telah pun berjaya ditangkap oleh ahli AMK itu

Angkatan Muda Keadilan Kuantan dan Indera Mahkota bergambar selepas
berjaya menangkap penceroboh terbabit sekitar jam 4.30 pagi semalam
[Sifir mudahnya, dalam kes ini sudah pasti ada Sutradara yang mengarahkan penjenayah terbabit. Anak-anak muda PKR nampaknya telah memudahkan kerja-kerja pihak polis dengan tertangkapnya penjenayah terbabit. Mungkin dek kerana pihak polis masih sibuk dengan Bersih 3.0 maka kes seperti ini agak lambat untuk di selesaikan. Malah, dua kes yang melibatkan pejabat Dato' Fauzi dulu pun masih gagal diselesaikan oleh pihak polis sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan insiden yang berlaku pada November tahun lalu. Semuanya menyebabkan kehilangan dokumen dan maklumat penting parti berkenaan. Apakah penjenayah yang sama terlibat atau sebaliknya. Harapan kita agar pihak polis dapat lakukan tugasan mereka dengan penuh semangat dan dedikasi untuk menghuraikan kesimpulan kes ini. Tidak mungkin penjenayah terbabit menceroboh tanpa arahan, kerana apa guna beliau merosakkan semua talian elektrik, alat penghawa dingin serta merosakkan komputer dan dokumen berkaitan. Pejabat PKR itu bukanlah bank yang mempunyai banyak wang untuk dirompak. Inilah yang banyak menimbulkan kemusykilan itu sebenarnya].






mmg, kalau tengok muka pun, jenis yg makan upah dgn Umno
BalasPadamFaktanya PKR dan PAS adalah sampah. Dan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah manifestasi kepada amalan dan hasrat KOTOR yang mendasari PAKATAN PEMBANGKANG. Nilai dan status PKR dan PAS di mata orang yang waras dan siuman, tidak lebih, diulang TIDAK LEBIH daripada onggokan sampah sarap, diulang SAMPAH SARAP yang hanya menunggu saat dan ketika untuk dibuang, diulang DIBUANG ke tapak pelupusan sampah. Majoriti pengundi tak sabar lagi nak menunggu PRU13!
BalasPadamFakta??? meh kit citer pasal fakta.
BalasPadamUMNO= LEMBU..itu fakta
heheh..sebab politk kita gaduh..betoi ker..1 malaysia,1 agama,1 kalimah, tp politik berbeza kita hilang pertimbangan.1 family pun boleh gaduh.
BalasPadamsyabas Angkatan Muda... binjak bertindak.. kalau pakcik muda akan joint kamu jugak. pasti kan Pahang tumbang ..paling tidak separuh kerusi ADUN untuk Pakatan Rakyat. kerja kuat PR nak menang
BalasPadamalahai....kata tak caya kt polis..aleh2 report gak kt polis...pastu syak bukan2...
BalasPadam