KUANTAN, 2 Mei - Selepas sekian lama tertangguh, akhirnya perbicaraan kes "Blogger Cucumatkilau Saman Utusan Malaysia" bakal didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini. Beliau akan diwakili Peguam Mohd Harris Abdullah dari Tetuan The Law Office Of Mohd Harris iaitu peguam PAS yang sering mewakili peneroka dalam isu saman terhadap Felda. Blogger terbabit menyaman Utusan Malaysia dan lainya atas kesalahan menyiarkan laporan palsu berunsur fitnah dalam artikel bertarikh 27 November 2010 atas tajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR" dan turut mendakwa "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Menipu Diri Sendiri" yang ditulis oleh wartawan veteran Utusan iaitu Tarmizi Abdul Rahim. Dalam kenyataannya blogger yang lebih popular dengan gelaran CMK itu mendakwa wartawan berkenaan dan akhbar terbabit sengaja memain isu berkenaan untuk menjatuhkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan kongres mereka pada tarikh berkenaan. Kerataan artikel berkenaan juga disiarkan pada muka depan akhbar berkenaan yang secara jelas mengelirukan orang ramai terutamanya pada kenyataan beliau mencium Anwar. Susulan penyiaran artikel dan kenyataan terbabit, maka beliau telah diserang bertalu-talu oleh blogger-blogger UMNO. Malah gambar-gambar kononnya beliau membuat ciuman berahi terhadap Anwar telah disebarkan. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menuduh beliau adalah "mangsa liwat ketiga" pemimpin pembangkang itu selepas Saiful Bukhari Azlan. "Gara-gara kenyataan Utusan itu, saya difitnah dengan berbagai-bagai tuduhan. Permohonan saya untuk sertai parti-parti politik juga telah ditolak gara-gara laporan dan gambar-gambar yang disebarkan. Malah, harapan untuk saya bertanding pada PRU13 kali ini atas platform parti politik juga berkecai kerana masing-masing tidak percaya dan yakin dengan saya lagi. Justeru itulah, saman ini terpaksa diteruskan bagi membersihkan semula imej dan maruah saya. Saya bersumpah, gambar-gambar yang dipaparkan itu bukanlah saya sebenarnya. Malah saya difahamkan individu terbabit kini masih wujud dan tinggal di Lembah Kelang. Sokongan semua amatlah saya harapkan demi mengajar Utusan Malaysia supaya lebih berintegriti dan berhati-hati dalam melaporkan berita selepas ini", kata beliau.
Peguam Hariss Tawar Khidmat Guaman Percuma

Sementara itu peguam beliau Mohd Harris Abdullah (foto) mendakwa, saman dikemukakan terhadap beberapa perkara yang menyebabkan "masa depan" anak guamannya terjejas susulan penyiaran artikel berkenaan. Difahamkan, peguam berkenaan juga telah menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada blogger terbabit untuk prosiding kes ini. "Saya terpanggil untuk menawarkan khidmat guaman percuma setelah melihat komitmennya terhadap perjuangan membela rakyat selama ini. Malah, saya dapati dalam kes ini ada asas kukuh untuk mengambil tindakan saman berkenaan memandangkan akibat kejadian itu beliau kini tidak diterima untuk sertai mana-mana parti politik atas masalah moral kononnya. Lantaran itulah, kita mempunyai hujjah yang kukuh untuk memastikan beliau memenangi kes ini demi masa depan karier politiknya", kata Mohd Harris. Difahamkan Blogger Cucumatkilau kini sudah tidak dapat bertanding lagi dibawah mana-mana parti politik pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau sebelum ini (PRU-12) bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Parlimen Bera. Kini, gara-gara kes berkenaan dia tidak lagi diberi ruang oleh mana-mana parti untuk bertanding membawa logo parti masing-masing. "Maka itu, dia punyai hak untuk menyaman pihak Utusan gara-gara penyiaran artikel palsu itu. Malah saman yang difailkan juga kini mencecah RM30 juta atas beberapa fakta itu", katanya.
[Tindakan saman wajar dikemukakan terhadap Utusan Malaysia gara-gara laporan yang tidak berasas dan memandai-mandai itu. Malah tindakan wartawan vateran akhbar berkenaan yang menyiarkan artikel tanpa merujuk kepada individu terbabit jelas sekali membukti bahawa wartawan berkenaan sebenarnya telah melanggar etika kewartawanan. Selama ini memang sudah banyak kes Utusan menyiarkan berita palsu yang berunsur fitnah terutamanya dalam isu perkauman dan agama. Namun dek kerana akhbar itu dinaungi oleh UMNO BN maka mereka terlepas daripada sebarang hukuman yang sepatutnya. Lantaran itulah, tindakan saman terpaksa dilakukan bagi memberi kesedaran kepada wartawan akhbar terbabit agar tidak terus memesongkan minda rakyat terutamanya dikala Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian menjelang tiba tidak lama lagi. Orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat digesa hadir beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuantan bermula jam 9.00 pagi ini untuk memberi sokongan kepada blogger terbabit dalam kes yang cukup sensasi ini. Semoga ia menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada Utusan Malaysia agar berhati-hati dalam pernyiaran sesuatu artikel berkenaan. Jadilah akhbar yang mencerna minda bukan merosakkan minda rakyat Malaysia seperti apa yang berlaku sekarang ini hendaknya. Lakukan perubahan sekarang !].