
[Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) dijadualkan mengadakan lawatan kerjanya ke Kuantan hari ini. Program beliau yang pertama ialah Ramah Mesra Bersama Jentera Pilihanraya PAS Cawangan Sungai Ular (Parlimen Indera Mahkota) dan penyokong pakatan rakyat di Markas PAS Sg.Ular pada jam 4.30 petang (lepas Asar). Beliau kemudiannya akan bersama dalam program minum petang bersama masyarakat dan penduduk setempat di Restoran M Double Eight (M88) berhadapan dengan stesen minyak Petronas Jalan Air Putih pada jam 6.00 petang. Selepas itu beliau dijangka merasmikan Balai Tarbiyah Salahuddin Al-Ayubi (BATAS) di Sungai Karang Pantai (berhadapan Masjid Sg.Karang Pantai) pada jam 7.30 malam iaitu selepas solat Maghrib. Program terakhir beliau ialah ceramah di Markas PAS Kg.Penor 9.00 malam ini. Orang ramai dijemput hadir].





