
KUANTAN, 3 Mei - Seorang mangsa di perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu Mohd Firdaus Azizi (foto) mendakwa beliau terpaksa di hantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari akibat dibelasah teruk oleh pihak polis. Beliau yang ditemuinya di rumahnya dekat Felda Bukit Sagu Tiga di sini berkata beliau dibelasah oleh pihak polis sekitar jam 5.00 petang selepas himpunan sebenarnya sudah selesai dan beliau bersama beberapa orang anggota Unit Amal cuba untuk masuk ke Dataran Merdeka selepas memikirkan pihak polis sudah tidak melakukan operasi mereka lagi. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan beliau telah dibelasah teruk. "Saya ditangkap polis pada pukul 5.30 petang.. dan saya dipukul teruk oleh anggota polis tersebut saya kira seramai lebih daripada 20 orang. Pertamanya, sekumpulan polis lebih kurang lima orang (membelasah).... kemudian dia passing saya kepada group lain (polis) yang ada lebih kurang 10 hingga 15 orang... Saya disepak, saya diterajang .. dan muka saya dipijak oleh seorang anggota polis yang tidak tahu namanya sebab tiada lencana atau pun tiada nombor siri (polis) pada baju berkenaan. Yang pasti saya difahamkan itu adalah polis" kata Firdaus ketika di temui pada Majlis Tahlil dekat rumahnya malam tadi. Majlis yang turut disertai oleh Cikgu Sulaiman Md Derus (Naib Yang Di Pertua PAS Kuantan) dan Hj.Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar) itu adalah sebagai tanda kesyukuran keluarga mangsa kerana beliau terselamat akibat tragedi tersebut.
[Apa yang berlaku terhadap mangsa ini adalah sebahagia daripada rentetan peristiwa kezaliman yang berlaku terhadapa para peserta Himpunan Bersih 3.0 sebenarnya. Banyak lagi mangsa yang tidak berani mendedahkan apa yang berlaku terhadap diri masing-masing. Malah mereka juga gagal untuk membuat laporan polis susulan kad pengenalan (IC) mereka telah diambil lebih awal oleh pihak polis bagi menghalan hasrat tersebut. Apapun, ramai yang berpendapat tindakan polis pada hari itu sungguh mengejutkan dan amat memalukan. Malah, mereka juga hairan Polis Trafik juga boleh membelasah orang sedangkan selama ini mereka tidak berbuat demikian. Justeru, kini ramai yang menantikan bilakah Bersih 4.0 akan dijalankan. Mereka tidak sabar untuk berhimpun lagi, untuk menegakkan kebenaran].






Kezaliman kepala toya....
BalasPadamSendiri cari pasal
tak pa firdaus kau berserah kepada Allah buat sembahyang hajat tiap2 malam bermunajat.semoga POLIS DAN ORANG YANG MENZALIMI ANDA DI BERI HIDAYAH. aNON 5.49, BERADAB SIKIT NAK MENEGUR CUBA BACA, DIA MENJANGKA KAN SUDAH PUKUL 5, TENTU DAH TIADA APA2 TINDAKAN LAGI, ANDA DGN KEPALA TOYA ANDA.
BalasPadamAnon 5.49, puak2 Bodo lg banggang cam ko ni yalak supe anjing je berani...kalaula takdir negara kena serang korang yang lari tak dak batu awal2...berani kerana salah guna kuasa bole la bro...tarak otak punya....
BalasPadamPatutnya buat 3 barisan satu barisan lelaki....untuk berlengan dengan polis lelaki....barisan 2....Perempuan.....untuk berlengan ngan polis perempuan....barisan 3 Kanak2(campur) untuk berlengan ngan anak2 polis....apamacam bolih.....Bukit Aman bin Bukit Durjana...?
BalasPadamterserlah berbagai bagai lakonan PDRM,Asuhan drp MUSA hassan Ingat lah Allah nampak semua perbuatan anda.hari ini kita aniaya org esok lusa tidak kita, anak cucu kita akan teraniaya, Nauzzubillah minta di jauhi. kuasa yg di kurniakan kpd kita bukan untuk menzalimi org. fikir fikirkan lah.
BalasPadamRamai ahli PKR mula hilang kepercayaan - Mohd. Isa
BalasPadamKUALA LUMPUR 3 Mei - Semakin ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula mempersoalkan mengapa Timbalan Presiden mereka, Azmin Ali enggan tampil membersihkan namanya daripada dakwaan melibatkan dirinya dan keluarga.
Ia termasuk dakwaan mengenai hubungan sulit isterinya, Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terbaru pendedahan gambar aksi panas mengaitkan Azmin dengan seorang wanita oleh beberapa blog kelmarin.
Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, ahli parti itu kini telah mula hilang kepercayaan terhadap Azmin apabila beliau dilihat banyak berdolak-dalih daripada membuat penjelasan berhubung kontroversi yang melandanya itu.
“Walaupun ahli masih percaya dengan perjuangan parti tetapi apabila pemimpin sendiri yang membuat rosak, maka ahli sudah pasti akan hilang kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin mereka.
HANG MANGKOK AYON
BalasPadamDOK P BUAT PAAAA
BUAT RUSUHAN TUUUU
DAH TAUU DAH KERJA YANG X BERFAEDAH
DAN BERDOSA
ITU LAA BALASAN TUHAN
Dok kat rumah mcm aku kan bagus...dh tau bahaya pegi jugak...nabi pun suruh elak tempat2 yg merbahaya...tp x pe leh jadi hero...
BalasPadammana ada... nabi pun pergi tempat laagi bahaya... perang badar, perang uhud, perang khandak...
BalasPadam