script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: "Moderator" Dr.Mazlee Gamatkan Hadirin Bila Cabar Najib Berdebat Dengan Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 23 Mei - Debat Sinar Harian yang disiarkan di Saluran 501 Astro Awani malam tadi antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik (foto), mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRU-13. Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat. "Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian malam tadi. Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang. Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh tentang "Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi".

[Secara keseluruhannya debat antara Khairy dan Rafizi malam tadi telah berjaya menyuburkan amalan demokrasi di negara kita. Persoalannya, kenapa PM Najib Razak tidak sanggup menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk berdebat?. Bukankah dengan berdebat, rakyat seluruhnya dapat menilai apa yang kita lakukan dan mereka akan fikirkan untuk membuat pilihan. Kenapa gusar? sedangkan pemimpin dunia seperti Presiden Amerika, Barrack Obama dan yang ainnya pun sanggup berdebat. Apa hebatnya mereka, hingga kita terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan?. Syabas dan tahniah kepada Rafizi dan terutamanya Khairy kerana berani dan membuktikan politik Malaysia boleh disuburkan semula akhirnya. Tahniah juga kepada Sinar Harian, Astro dan yang lain kerana menjayakan program ini Khairy sebenarnya memang lebih hebat dari lain-lain pemimpin UMNO. Walau pun hujjahnya mungkin tidak diterima kita namun keberanian beliau harus dipuji kerana dia sanggup berhujjah secara anak jantan dalam program itu].

Share:

9 ulasan:

  1. Badut dan selebriti murahan tak layak debat dengan PM. Berdepan dengan seorang pompuan (Umi Hafilda) pun sudah kecut buka langkah seribu, inikan pula nak debat dengan PM. Kalau setakat naik pentas nak MEMBADUT, baik pegi ambil cermin besar, cermin diri sendiri.

    BalasPadam
  2. Najib jgn ngaku org pahang klu takut nak debat dgn anwar

    BalasPadam
  3. Debat dengan manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim umpama berdebat dengan angin dan api, tiada faedah dan tiada kesudahannya. Anwar tidak akan mampu berhujah dengan berhemah dan beretika, juga tidak akan mampu mengutarakan fakta yang lojik. Anwar (dan penyokong2 taksubnya) hanya mahu berdebat untuk mencanangkan bahawa Anwar adalah yang terbaik, maha sempurna dan suci bersih selaku penerima gelaran 'insan istimewa anugerah tuhan'

    Tak begitu?

    BalasPadam
  4. jgn membadutkan org, kawal diri kita muhasabah diri kita, Allah beri fikiran, jangan kerana angkuh dan sombong kita mengganggap org lain semua bodoh,dan badut itu akhir nya akan kembali kpd kita. apa yg anwar buat kpd awak? Anon 12.50.?

    BalasPadam
  5. kalau nak berdebat, sediakan diri dgn kawalan emosi tahap terbaik serta ada kredibeliti seorg pemimpin contoh. antara kedua2 pemimpin yg dicabar berdebat, siapa yg ada kedua2 prasyarat itu? siapa yg menunjukkan emosi tidak terkawal bila disoal wartawan? tidak tahu tugas wartawan? pertanyaan wartawan sebahagiannya adalah berbentuk provokasi. kena tahan asakan. jangan tanya balik "awak wartawan mana? saya tak bercakap dgn perkakas bla bla bla".

    BalasPadam
  6. Hanya manusia super badut yang buat mcam tu apabila berdepan dengan wartawan.
    Siapa orang itu?
    Lu fikir la sendiri...
    Apa pun kita patur berbesar hati kerana Malaysia mampu melahirkan seorang badut terbilang seperti Anwar.

    BalasPadam
  7. Hello anon 10:04:00 AM

    Wartawan cari orang untuk buat berita tapi kalau orang yang nak dijadikan berita itu tak mahu bagi kerjasama... apa masaalahnya ? Hebat sangat ke kerja wartawan zaman sekarang eehingga mesti jawab segala persoalan yang dikemukan ?

    Kalau bagus kerja wartawan zaman sekarang, pasti orang ramai akan beli dan baca akhbar utusan, berita harian... mereka semua ajar rakyat berfikiran ikut lubang jubur. Haramjadah !

    Kalau anda wartawan... jangan berlagak anda anak emas pemimpin UMNO Baru.... nanti kena belasah dengan polis gila merusuh.

    BalasPadam
  8. aNON Wednesday, May 23, 2012 7:34:00 AM...
    Anda sepatutnya tanya diri anda sendiri, APA ONAR YANG ANWAR TELAH BUAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA? Jika tidak, anda sebaiknya memohon untuk mendapatkan rawatan DR pakar sakit mental!

    BalasPadam
  9. DEBAT BOLEH MAJUKAN NEGARA KE? KLU BENTANG CADANGAN NAK MAJUKAN NEGARA KE, BINCANG EKONOMI KE, PERPADUAN KE, SYIAR ISLAM KE ADA JUGA BAIKNYE...NI DEBAT CUMA NAK MENANG CAKAP JE..PASTU KERJE TAK BUAT...ASYIK AJAK ORG DEMONTRASI JE..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.