[Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UUMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli Anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks berkenaan di Shah Alam malam tadi. Video yang dipaparkan ini adalah ehsan wangolds.com. Semoga dengan paparan ini dapat memberi peluang kepada semua pihak yang tidak dapat menyaksikan debat ini secara langsung menerusi Saluran 501, Astro Awani. Apa yang pasti debat ini dapat berjalan lancar seperti dijadualkan dan ia membuktikan bahawa politik Malaysia kini melangkah ke era baru menerusi acara debat seperti ini. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang untuk memberi peluang kepada rakyat menilai dan memahami setiap hujjah dan agenda yang mahu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak andainya mereka diberi peluang untuk berkuasa pada masa akan datang. Suburkan amalan demokrasi sekarang].
Sabah, Sarawak boleh jadi ‘king maker’, kata Ewon
-
Presiden Upko Ewon Benedick berkata dalam konteks lebih besar, persekutuan
Malaysia tidak akan wujud tanpa Sabah dan Sarawak.
6 jam yang lalu






Pas perlu tampil jawab kenyataan Karpal
BalasPadamKUALA LUMPUR 22 Mei - Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.
Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.
Sebaliknya, NGO-NGO berkenaan melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil untuk menjawab persoalan tersebut.
"Sanggupkah mereka menerima kenyataan tersebut dalam keadaan umat Melayu Islam sekarang berpecah-belah akibat dolak-dalik yang dibuat oleh pemimpin Islam Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star hari ini, Karpal seterusnya menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi perdana menteri.
Menurut Mohd. Jurit, Pas pada hari ini sudah dilihat oleh umat Islam sebagai kuda tunggangan DAP, malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bersedia menjadi kuda tunggangan DAP, justeru kenyataan Karpal itu bukanlah suatu mainan.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga mencabar pemimpin tertinggi Pas untuk menjawab kenyataan Karpal itu secara terbuka.
"Apa yang diucapkan oleh Karpal itu bukan perkara mustahil dan kita mahu parti sekutu DAP iaitu Pas untuk menjawab sama ada setuju atau tidak kerana kita tengok sejak kebelakangan ini Pas meletakkan kepentingan yang pelik-pelik dalam partinya," katanya.
Kata beliau, Pas perlu sedar bahawa mereka sepatutnya menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang, bukan membiarkan DAP menjadikannya sebagai kuda tunggangan yang sekali gus akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.
biar apapun..nyah kamu umngok
BalasPadamBiar apa pun... NYAH la Anwar/Nik Aziz/Mat Sabu dari PKR/PAS barulah PKR/PAS!
BalasPadamarpal perjuangkan PM bukan Melayu -
BalasPadamKarpal Singh
KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.
"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
"Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti," jelasnya.
Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan turut senada dengan Karpal yang mahu melihat bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.
Kata beliau, tidak ada salahnya mana-mana kaum di negara ini menyandang jawatan tersebut.
More Sharing Services 11
TAJU
Anwar pemimpin 'tanpa wajah'
BalasPadamKUALA LUMPUR 23 Mei - Seorang penulis Barat, Jonathan Smith, mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.
Malah Smith yang juga seorang bekas perisik berkata, sikap tersebut sudah diketahui badan perisikan antarabangsa seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), agensi perisikan Rusia (KGB) dan agensi perisikan Britian (MI-6) lebih awal sebelum Anwar dibawa menyertai UMNO.
Dalam bukunya bertajuk The ''I'' Files, Smith mengakui beliau sudah lebih tiga dekad mengumpul maklumat mengenai Anwar untuk disalurkan kepada 'ketuanya' dan mendakwa, buku berkenaan juga hasil susunan maklumat perisik-perisik Barat yang lain.
"Ketua-ketua badan risikan CIA, MI-6, dan KGB mahu tahu dari mana Anwar datang dan di mana kesetiaannya itu? Dengan UMNO, Pas atau Arab Saudi? Anwar sebenarnya manusia tanpa wajah yang boleh menjadi sesiapa sahaja mengikut arus, persekitaran dan hatinya.
anon 1.01, anda masih percaya PENULIS APCO,dan sasaran nya anwar, sah lah yg membesarkan berita yg tak jelas ni adalah pencacai umporno, dan anda adalah salah seorang yg percaya pembohongan buku tulisan yahudi ini..nak d guanakan umporno.
BalasPadamkau ingat melayu tu bagus sangat ke ?Dunia Islam lain takda pun melayu jadi PM kecuali Brunai je... mangkuk hayun betul lah kamu ni....
BalasPadamHebat juga Anwar sampai CIA, FBI, GRU, Spetnaz..semua dok folo Anwar. Itu pasal Osama lambat ditangkap...
BalasPadam