Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi (PAS) menegaskan bahawa berpegang kepada prinsip kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan anggota SPR supaya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa. "Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi dengan ini menuntut dan mendesak kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi intitusi SPR itu sendiri. "Langkah ini adalah jalan terbaik untuk mereka menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi PRU-13 akan datang," tambah beliau lagi. Sementara itu, memorandum yang diserahkan beliau diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabri Said. Turut hadir waktu penyerahan memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mohd Sany Hamzan dari Dewan Pemuda PAS Pusat.
[Sudah tiba masanya Bersih 4.0 disegerakan mulai sekarang. Tempoh sebulan yang diberikan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR amatlah wajar bila mana rakyat melihat sudah tiada lagi ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya di negara ini. Sikap SPR yang gemar mengamalkan sikap "double standard" dalam tindakan mereka menyebabkan rakyat menjadi benci dan marah kepada badan yang sepatutnya bebas itu. Tambah memalukan bilamana SPR dengan jelas telah merencana satu "pelan jahat" untuk memastikan BN menang besar pada Pilihanraya Umum kali ini, dengan membenarkan warga asing yang diberikan IC untuk mengundi. SPR tidak boleh berbohong lagi kepada rakyat Malaysia kerana segala info dan maklumat diperolehi daripada "orang dalam" yang sudah bosan dengan sikap mereka selama ini. Justeru, demi sebuah negara yang berdaulat maka kita perlu halang tindakan SPR yang jelas keterlaluan mutakhir ini. Pilihanraya biarlah adil dan telus, kenapa perlu kotor?. Tindakan mendesak orang kuat SPR letak jawatan adalah satu hasrat yang murni demi menyuburkan semula amalan demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini. Marilah lakukan perubahan!].






lawak mat sabu yg bodo...ni la jdinye ble da pndek akal...hahhahhaha
BalasPadamlawak dia bodo bodo pun puluh puluh ribu org ikut, lawak najib, wabillah hitaufiq pun tak boleh nak sebut. Allah bayar tunai atas segala keceluparan mulut, olih itu jaga lah mulut anda nanti Allah bagi strok mulut pun tak boleh nak kata apa.
BalasPadamIni fakta.. Dalam PRN10 Sarawak lepas, apabila Anwar/PAS buat siri ceramah, ribuan orang hadir sampai tak muat satu padang bola sepak. Ini jauh beza apabila BN buat ceramah, satu gelanggang bola keranjang pun payah nak penuh. Namun apa keputusan PRN10 Sarawak? Jangankan nak menumbangkan BN, nak menafikan majoriti 2/3 pun jauh panggang dari api! Sebenarnya kepetahan berpidato bukan lagi menjadi ukuran mutlak seorang pemimpin itu boleh diterima pengundi. Lihat apa keputusan dalam siri beberapa PRK Galas, Tenang, Kerdau, Hulu Selangor dan Batu Sapi. Sayangnya penyokomg2 fanatik PR telah dididik untuk hanya mampu 'SYOK SENDIRI. sambil terus mendewakan makhluk2 yang dianggap sebagai pemimpin agung kononnya.
BalasPadamUmno-BN kalau nak buat ceramah kena bayar pada rakyat RM10-50 baru mereka datang..kaau tak bayar kosonglah ceramah2 BN...memang da tak ada sokongan...
BalasPadamSekira Pengerusi dan Timb Pengerusi SPR tidak juga meletak jawatan setelah didesak oleh PR, tiada pilihan lain lagi, Bersih 4 perlu di buat segera sebelum PRU13, Tempat yang paling sesuai diadakan kali ini ialah di Putrajaya
BalasPadamCadangan:
BalasPadamBersih 4 bergabung dengan Lynas di Putrajaya
Bagai senjata makan tuan atau umpama menggali kubur sendiri. Hanya itu ungkapan yang dapat disimpulkan apabila kita secara jujur dan ikhlas, terbuka, tanpa terikat kepada emosi dan bebas daripasa sentiment menyokong mana-mana pihak, berhubung perhimpunan BERSI 3.0 yang baru lepas. Mungkin sukar diterima, apatah lagi untuk ditelan bahawa persimpunan BERSIH 3.0 lebih banyak merugikan pakatan pembangkang lebih-lebih dalam keadaan PRU13 semakin hamper. Tinjauan secara bebas terbaru menunjukkan bahawa lebih 60 peratus responden tidak menyokong penganjuran BERSIH 3.0 dan mereka percaya bahawa tujuan sebenar perhimpunan itu adalah lebih menjurus kepada kepentingan dan agenda politik pihak tertentu. Lebih daripada 70 peratus responden pula percaya bahawa polis telah bertindak sesuai dengan keperluan dan situasi. Mungkin tak dapat dinafikan bahawa akhbar arus perdana ada yang membuat laporan yang kurang tepat, tidak seimbang atau tidak adil. Namun terdapat bukti-bukti daripada pemerhati bebas termasuk rakaman video yang jelas menunjukkan bahawa polis tidak boleh dipersalahkan secara total apa lagi secara sembrono.
BalasPadamAdalah satu kesilapan besar sekiranya ada lagi pihak yang bercadang untuk meneruskan BERSIH 4.0. Penganjur perhimpunan sibuk merekrut dan menghasut orang untuk berdema, sedangkan BN secara tersusun semakin siap siaga dan bijak memenfaatkan setiap ruang yang ada. Isu BERSIH sebaliknya telah lebih banyak menyumbang kepada ‘kekebalan’ BN lebih daripada keadaan sejurus sebelum PRU12 berlangsung.
Saya petik respon daripada beberapa responden . Saya tidak akan sentuh respon daripada peniaga-peniaga yang telah terjejas dengan BERSIH 3.0 sebab kita semua memang sudah sedia maklum apa kata mereka. Saya hanya memetik sedikit antara komen dan respon yang agak ‘nakal’
Respon 1. Saya memang ingin melihat satu pilihanraya yang adil dan bersih. Tapi saya tidak sanggup jadi sampah yang bakal dibuang ke tapak pelupusan sampah!
Respon 2. Dulu saya fikir pembangkang itu betul. Tapi sekarang saya sudah Nampak ‘aurat’ mereka, sebab mereka tidak tahu malu untuk ‘telanjang’.
Respon 3. Saya lebih suka menilai sendiri sesuatu itu daripada dengar apa yang BERSIH cakap. Sayapun ada akal juga.
Respon 4. Saya pun hairan kenapa orang selalu cakap ini kerajaan banyak jahat. Tapi saya tengok ada orang dalam pembangkang lagi banyak kotor. Saya tidak mahu cakap la fasal itu orang BERSIH cakap dia orang semua bersih.
Respon 5. Kalau saya tahu ada anak saya yang ikut BERSIH 3.0, saya tidak mahu bagi dia balik rumah!
Respon 6. Isu dan alasan penganjuran BERSIH itu sudah jadi tidak penting sekarang. Saya mahu bagi tahu semua orang jangan undi BERSIH!
Respon 7. Saya rasa ibanyak orang yang ikut demo itu pun akan undi BN juga. Mereka dibayar untuk ikut demo. Itu duit punya fasal la. Bn tak perlu demo sebab orang boleh tengok dan nilai. Itu BERSIH mau cari senang, pakai orang. Tapi orang lain yang dapat susah, dia orang apa peduli?
Responden yg kamu letakan disni adalah responden:
BalasPadam1. Responden orng orang amno sendiri.
2. Responden hayalan dan rekaan penulis sendiri.
3. Responden dari Jin dan Beragas.
4. Responden Pencacai.
Biasalah... kalau statement amno kalau tak menipu bukan lah amno.
Responden atas jalan raya hari itu kamu tak nak tanya. Dari lebih 300,000 org yg berarak hari itu 2000 responden yg kamu mahu pasti ada..gerenti ada, responden inilah tengahari dia terajang anggota polis trafik jam 4 ptg dia sepak dan tangkap peserta bersih, nak bukti semak dlm u tube cari link sendiri usaha sikit, gerenti jumpa.
Hah lagi satu responden... Respon juga dah diduga... Mudah saja, cakap 'Eh itu bukan saya la'...habis perkara! Memang dah tipikal makhluk otak beku. Apa tidaknya, pakai serban labuh kat kepala, tapi sekadar tempat sorok telur buruk dan busuk. Atau umpama ayam jantan yang kokoknya berderai tapi ekor penuh beregelumang tahi!
BalasPadam