script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Rosmah Pecah Rekod Isteri PM Terdahulu, Berjaya Perolehi Dua Anugerah Dalam Satu Masa!

Ramai rakyat Malaysia pasti terkejut apabila mengetahui Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu program makan malam Majlis Anugerah Industri Sukan Negara di Menara Kuala Lumpur malam tadi. Mungkin dek kerana Rosmah penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) maka beliau diberi anugerah itu. Tambahan pula beliau adalah tetamu yang merasmikan majlis tersebut. Persoalannya sekarang, apakah Rosmah Mansor layak untuk menerima anugerah sehebat itu?. Sedangkan beliau baru saja terlibat dengan industri terbabit kira-kira beberapa tahun lalu selepas suaminya Najib Razak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Apapun, itulah Rosmah. Sesiapa saja yang mempelawa beliau menjadi tetamu jemputan rasmi untuk sesuatu majlis maka mereka perlu memberi anugerah yang sesuai untuknya. Jika tidak, Rosmah pasti tidak akan hadir ke majlis tersebut agaknya. Namun, dari risikan yang diterima memang begitulah fenomenannya. Rosmah nampaknya kian berkuasa di Malaysia, mengalahkan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam. Ini bermakna Rosmah berjaya memecahkan rekod kerana berjaya mendapat dua anugerah dalam satu masa. Ia sesuatu yang sungguh menakjubkan!.


Tokoh Industri Sukan Negara 2o12, Rosmah badminton sambil disaksikan oleh
suaminya Najib Razak dan lain-lain pemimpin di UMP Pahang baru-baru ini

[Dengan kejayaan ini, makanya Rosmah Mansor berjaya mendapat dua pengikhtirafan yang besar pada hari semalam. Ijazah Kehormat dan Tokoh Industri Sukan 2012, sesuatu yang jarang berlaku kepada mana-mana isteri pemimpin negara terdahulu. Soalnya, sekarang apakah rakyat bersetuju dengan anugerah yang diterima oleh Rosmah Mansor itu agaknya, Ramai yang melihat beliau sebenarnya belum layak untuk menerima anugerah terbabit. Cuma, mungkin dek kerana melihat sikapnya sebegitu maka ramai pihak cuba mencari jalan untuk mendekati dan meraih populariti dengan Rosmah Mansor. Maka itulah kemungkinan besar selepas ini akan banyak lagi anugerah baru bakal diperkenalkan dan dihadiahkan kepadanya. Apapun, rakyat masih tertunggu-tunggu bilakah Najib akan anugerahkan gelaran Senator kepada Rosmah untuk membolehkan beliau ambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini dipangku oleh suaminya, Najib Razak].
Share:

7 ulasan:

  1. cuba PDO dedah sikit bahawa banyak peruntukan jabatan terpaksa ditarik untuk tampung program bini2 menteri kat kuantan ni. kita orang difahamkan banyak program jabatan terpaksa ditangguh atau dibatalkan gara2 peruntukan ditarik. jalan mana yang dah dapat kelulusan je. yang baru nak mintak kelulusan kewangan kena KIV dulu. apa citer ni bro? nak wat keja dah tak de mod. melayan kerenah bodoh MB Pahang dengan program bini2 Menteri yang tak habis2 mengabiskan duit rakyat. DEDAH JANGAN TAK DEDAH

    BalasPadam
  2. Faktanya PKR dan PAS adalah sampah. Dan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah manifestasi kepada amalan dan hasrat KOTOR yang mendasari PAKATAN PEMBANGKANG. Nilai dan status PKR dan PAS di mata orang yang waras dan siuman, tidak lebih, diulang TIDAK LEBIH daripada onggokan sampah sarap, diulang SAMPAH SARAP yang hanya menunggu saat dan ketika untuk dibuang, diulang DIBUANG ke tapak pelupusan sampah. Majoriti pengundi tak sabar lagi nak menunggu PRU13!

    BalasPadam
  3. ksian org yg kate pas n pkr smpah..kene tpu byk kali xsedor2..buat researchlah bro

    BalasPadam
  4. Memang sah pun PKR dan PAS tu sampah yang buat orang MENYAMPAH. Dan makhluk berwajah manusia berminda lembu tipikal anon Tuesday, May 08, 2012 7:43:00 PM pula adalah juga berotak tahap sampah, sebab tu tak pernah kenal sampah.

    BalasPadam
  5. Woi. rosmah gemok gedempol pun bleh dapat anugerah sukan ke.. mmg giler le

    BalasPadam
  6. dah org bagi kt dia...salah ke jika dia terima...bukan dia mintapn.. ko dengki buat pe pdo?

    BalasPadam
  7. setuju...kot esok2 orang cadang bini ko plak terima anugerah....mungkin org lain lak dengki...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

MARAN : Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka me...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.