KUALA LUMPUR, 31 Okt - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan
bahawa dasar "satu calon satu kerusi" yang dicadangkan Pengerusi
Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang. Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP. "Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu
calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk
Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan
Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya. Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya
untuk bertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat
demikian oleh pimpinan tertinggi parti. "Kenyataan (pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak
bertanding lebih daripada satu kerusi ialahkerana DAP kini telah pun
mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya
akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP," katanya. Pada Jumaat lepas, Karpal Singh dipetik sebagai berkata bahawa wakil
rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi
untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP. Cadangan "satu calon satu kerusi" ini juga bukanlah perkara baru
kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata calon DAP akan
hanya bertanding satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 bagi
memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada
kawasannya jikalau mereka memenangi sesuatu kerusi yang ditandingi.
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
15 minit yang lalu























