"Mamak Mahathir makin celupar dan makin kurang ajar", itulah istilah yang paling sesuai untuk kita berikan kepada mantan Perdana Menteri itu. Ini berikutan kenyataan terbaru beliau bahawa sekiranya dia berkuasa (masih pegang kerajaan) maka dia tetap akan meluluskan lesen judi. Kononnya, lesen judi itu khas untuk orang bukan Islam. Dengan menyamakan kes
"babi" yang kononnya haram bagi orang Islam tapi tidak bagi orang Cina (bukan Islam).
"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah", katanya kepada media di Putrajaya hari ini. Malah, beliau turut menegaskan bahawa lesen judi diberikan kepada orang Cina maka kenapa ramai yang melenting.
"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram Buat apa kita nak sekat dia. Apa pasal kita nak larang?" katanya lagi. Apa nak jadi dengan Mahathir ini agaknya?. Sesudah 22 tahun berkuasa dan mendapat segala-galanya, kini seolah-olah beliau kembali menajamkan taringnya. Seolah-olah benar telahan ramai pihak sebelum ini bahawa Mahathir memang bercita-cita besar untuk menjadi
"Menteri Kanan" seperti
Lee Kuan Yew di Singapura. Malah, kini saban hari media arus perdana mengeluarkan kenyataannya. Beliau juga sering diundang merasmikan berbagai program baik swasta mahu pun kerajaan di seluruh negara. Apakah dalam usianya yang sebegitu, maka Mahathir kini
"mudah lupa" apa yang telah dilakukannya kepada rakyat selama berkuasa dulu?. Gara-gara dasar perswastaan yang diperkenalkannya menyebabkan rakyat hidup menderita dan sengsara sehingga ke hari ini. Apa tidaknya segalanya kita perlu bayar akibat penswastaan yang berlaku. Kerajaan pula kononnya memberi subsidi untuk mengurangkan bebanan tersebut. Walhal, rakyat terus dirundung masalah ekonomi yang semakin kritikal. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menolak kerajaan yang ada, sinambungan cengkaman
"kuku besi Mahathir Mohamad" itu. Kini kerajaan yang ada adalah legasi kepimpinan Mahathir dulu. Seperti katanya ketika Pak Lah menjadi PM bahawa beliau bukanlah pilihan utamanya. Maka, kini yang menjadi PM adalah pilihan Mahathir dulu iaitu Najib Razak. Maka itulah kita tidak hairan, Mahathir lantang berkata-kata sekarang ini.
Mahathir Merapu Kerana Pertahan Vincent Tan
Mahathir sebenarnya sudah
"merapu dan nyanyok" dalam isu pemberian lesen judi bola ini sebenarnya. Beliau
"meroyan" kerana yang memohon lesen judi itu adalah kroninya iaitu
Vincent Tan, (foto) Berjaya Group. Tokey Judi itu telah banyak berjasa kepada beliau sejak sekian lama, makanya beliau terasa ingin membalas segala jasa Vincent terhadapnya. Oleh itu kita tidak hairan beliau sanggup mengatakan akan meluluskan lesen judi jika beliau jadi kerajaan (PM). Malah, sungguh tergamak Mahathir mengatakan tindakan bantahan isu judi bola oleh pembangkang bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.
"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya. Kenyataan Mahathir ini jelas sekali menggambarkan betapa "sekularnya" beliau. Sanggup mengatakan bantahan judi itu bukannya kerana ajaran agama. Bukankah agama sudah menyatakan bahawa
"judi itu haram", maka kenapa Mahathir tergamak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu?. Apakah hebatnya Mahathir ini agaknya?. Apakah beliau tahu bahawa orang Cina suka berjudi dan ia dihalalkan dalam agama mereka. Pernahkah beliau terfikir bahawa premis judi yang tumbuh bagaikan cendawan di negara kita ini, biarpun dimilik oleh orang bukan Islam namun pengunjung dan pelanggannya majoriti orang Melayu yang kononnya beragama Islam?. Makanya, bila lesen jdui bola itu diluluskan, yang paling ramai berjudi nanti adalah orang Melayu (Islam). Tidakkah Mahathir rasa bersalah jika ditanya oleh Allah diakhirat kelak, kenapa luluskan lesen judi?. Tidakkah beliau terfikir bahawa meluluskan lesen judi samalah dosanya seperti bermain judi, malah mungkin ia lebih besar dari itu. Betapa ceteknya tahap pemikiran Mahathir hingga sanggup meminggirkan agama untuk mengeluarkan kenyataan
"membodek kroninya si Vincent Tan".[Seperkara lagi, Mahathir lupa bahawa bantahan terhadap kelulusan lesen judi bola itu bukan sahaja disuarakan oleh pakatan pembangkang, malah ia turut melibatkan puak UMNO sendiri sebenarnya. Malah, sebelum ini kita mendengar Pemuda UMNO Maran, Pahang menentang perkara tersebut kemudian kita juga mendengar Badan Perhubungan UMNO Johor dan Kedah turut menolak pemberian lesen judi. Terkini Badan Perhubungan UMNO Perak pula mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang kelulusan lesen judi dalam sukan bola. Malah, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bersama lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) turut menyuarakan bantahan yang sama dan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri hari ini. Makanya ini bermakna, judi bola turut ditolak oleh puak-puak UMNO dan NGO sendiri. Apakah ini bermakna ia dipolitikkan?. Dalam hal ini Mahathir harus bertanggungjawab kerana mengguriskan hati dan perasaan umat Islam dengan kenyataan beliau ingin meluluskan lesen judi jika masih memegang tampuk kerajaan. Kita gusar Mahathir akan mendesak PM sekarang Najib Razak supaya akur kepada perintahnya bagi menjaga hati sahabat karibnya Vincent Tan itu].