script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Timbalan Menteri Pendidikan, Campur Tangan Lepas Papan Tanda SJK(C) Tiada Tulisan Cina !


KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon campur tangan selepas beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan beraliran Cina di Pekan, Pahang menerima papan tanda nama sekolah baru tanpa aksara Cina.

Sinchew Daily baru-baru ini melaporkan Jabatan Pendidikan Pahang membekalkan papan tanda sedemikian kepada dua sekolah – SJK(C) Yoke Hwa dan SJK(C) Kee Wha – pada awal November.

Papan tanda itu mengandungi nama sekolah SJK(C) dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina.

Lima sekolah SJK(C) di Kuantan juga dikatakan akan diberikan papan tanda oleh lembaga tersebut.

Lima sekolah yang dilaporkan itu ialah SJK(C) Puay Chai, SJK(C) Kong Min, SJK(C) Semambu, SJK(C) Chung Ching 2 dan SJK(C) Yoke Shian.

Isu berkenaan mencetuskan kebimbangan di kalangan kumpulan pendidik dan parti politik, dengan pemimpin DAP mengkritik tindakan tersebut sebagai penghinaan terhadp kepelbagaian budaya.

Sebagai maklum balas, Mah (di atas) telah mengarahkan jabatan pendidikan negeri membina papan tanda baru yang mengandungi aksara Cina dan Tamil manakala papan tanda nama sekolah sedia ada tidak perlu diturunkan.

Bercakap kepada akhbar harian berbahasa Cina itu, Mah menjelaskan perkara berkenaan berpunca daripada dasar kerajaan Pahang di mana papan tanda agensi kerajaan perlu mengandungi tulisan Jawi.

Selepas itu, jabatan pendidikan negeri mula membekalkan semua sekolah awam dengan papan tanda patuh.

Kontraktor yang sama dilaporkan mengeluarkan papan tanda ‘seragam’ untuk semua sekolah SK, SJK(T) dan SJK(C).

Mah, yang juga timbalan presiden MCA, berkata dia telah mengarahkan supaya aksara Cina dan Tamil dimasukkan pada papan tanda ini untuk sekolah masing-masing.

“Pengarah bersetuju (dengan cadangan saya) dan juga bersetuju membenarkan kontraktor mengeluarkan papan tanda baru dengan nama Cina dan Tamil untuk sekolah Cina dan Tamil.

“Jabatan pendidikan akan memasangnya selepas papan tanda baru siap,” katanya dipetik sebagai berkata.

Mah berkata jabatan itu telah mengambil “tindakan segera” mengenai perkara itu, sambil menambah bahawa papan tanda nama sekolah sedia ada boleh dikekalkan.

Menyiarkan mengenai isu berkenaan di laman Facebooknya, timbalan menteri itu mengulangi dia telah “segera” menghubungi pihak berkaitan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Sebelum Mah campur tangan, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Pahang (Dong Lian Hui) telah menggesa jabatan pendidikan negeri untuk menambah aksara Cina bagi nama sekolah-sekolah pada papan tanda ini.

“Kami tidak fikir ini adalah isu pendidikan yang sensitif.

“Sebagai Dong Lian Hui, sudah tentu kami berharap jabatan pendidikan memberi perhatian kepada perkara ini.

“Apa salahnya menambah nama sekolah Cina pada papan tanda sekolah rendah Cina,” soal Pengerusi Dong Lian Hui Pahang, Lim Chin Chee memberitahu Sinchew.

Persatuan Dong Lian Hui Pahang membentuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong). #sumber
Share:

Jabatan Meteorologi Beri 'Amaran' Ribut Petir Di Perak, Pahang Dan Sabah Pada Malam Ini !

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak, Pahang dan Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 8 malam ini.

”Di Perak, kawasan yang bakal mengalami cuaca buruk berserta ribut petir ialah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Pahang melibatkan kawasan Jerantut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan di Sandakan (Kinabatangan). #sumber

Share:

PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang

 


KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang berhasrat untuk bertanding di semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beberapa siri pertemuan tidak rasmi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan Pahang telah diadakan termasuk rundingan awal berkaitan agihan kerusi.

Menurutnya, perbincangan itu masih di peringkat terlalu awal dan ketiga-tiga parti bersetuju menghantar dua wakil untuk berbincang sebelum ia dibawa ke peringkat jawatankuasa PN Pahang.

"Kumpulan ini akan berbincang 'dari hati ke hati' untuk kita melihat apakah formula terbaik dalam pengagihan kerusi yang bakal ditandingi PN Pahang pada PRU-15.

"Dalam perbincangan tidak rasmi sebelum ini kita nampak ada kesefahaman tentang jumlah kerusi yang akan ditandingi.

"Rangka kasarnya sudah nampak namun setiap parti kena rujuk kepada jawatankuasa pusat parti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota sini pada malam Sabtu.

Saifuddin yang dilantik menerajui Bersatu Bahagian Indera Mahkota pada persidangan itu berkata, ketiga-tiga parti bersetuju harus ada formula untuk memulakan perbincangan berkaitan agihan kerusi.

"Buat permulaan kita hantar dua wakil setiap parti dulu untuk bincang secara 'adik beradik' mungkin sebelum hujung tahun ini.
"Rundingan kerusi perlu ambil masa dan tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa.Kita kena tengok kekuatan parti sebab kita bertanding untuk menang," katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Bersatu bahagian Indera Mahkota menyasarkan sekurang-kurang 24 cawangan dapat ditubuhkan sebelum PRU-15.

Menurutnya, ketika ini terdapat 10 cawangan berdaftar di bahagian Indera Mahkota namun hanya lima cawangan yang dibenarkan mengadakan mesyuarat.

"Kita akan hidupkan lima cawangan itu dan menambah 14 cawangan lagi untuk mencapai sasaran tersebut.

"Penubuhan cawangan baharu itu boleh dilaksanakan memandangkan senarai nama ahli sudah ada dalam rekod.

"Cuma ia perlu disusun semula berdasarkan perlembagaan parti termasuk keanggotaan mereka sudah cukup tempoh sebagai ahli atau sebaliknya," katanya.

Tambah beliau, Bersatu di bahagian lain juga diharap dapat menambah bilangan cawangan dan ahli.dengan jumlah minimum mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) bahagian masing-masing.

"Kita juga sedang menyiapkan jentera pilihan raya utk berhadapan PRU-15.

"Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang akan bermesyuarat segera sebelum hujung tahun ini untuk menilai kerja-kerja penubuhan cawangan di setiap bahagian di Pahang dan persiapan untuk jentera.

"Sebenaranya mesyuarat tentang jentera pilihan raya sudah diadakan beberapa bulan lalu tetapi pada mesyuarat kali ini kita hendak melihat sejauh mana ia telah bermula," katanya. #sumber

Share:

Najib Buat Laporan Polis, Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1MDB Dan SRC !

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu turut memohon PDRM menjalankan siasatan terperinci berkaitan beberapa pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa beliau, sengaja menyembunyikan bukti berkaitan 1MDB.

Najib turut mengakui kekecewaannya apabila beliau dan pasukan guamannya tidak dimaklumkan mengenai hubung kait atau urus niaga antara ahli keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Dakwa Najib, tindakan pihak tertentu menyembunyikan fakta dan bukti tersebut menjejaskan usaha pembelaan beliau dalam kes mahkamah.

"Kebanyakan rakyat Malaysia terkejut dengan pengesahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) minggu lepas bahawa baki RM65 juta daripada dana dilaporkan dikaitkan dengan Jho Low dan 1MDB di bank akaun yang dikaitkan dengan keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikembalikan ke Malaysia oleh pihak berkuasa Singapura.

"Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2007 hingga tahun 2013.

"Tiada siapa yang boleh lebih kecewa daripada saya kerana tiada agensi penyiasatan yang pernah mendedahkan kepada saya tentang kaitan keluarga bekas Gabenor (tersebut) kepada Jho Low atau urusan mereka kerana saya telah mempercayainya (Zeti) sepenuhnya semasa saya menjadi Perdana Menteri," jelasnya.

Najib berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan kekecewaannya apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengesahkan sedar akan urus niaga tersebut ketika masih memegang jawatan.

"Lebih mengecewakan lagi, pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dua hari lalu itu (bahawa) dia sedar tentang urus niaga tersebut ketika beliau memegang jawatan seperti dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar di Parlimen Isnin lalu.

"Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021," dakwa Najib lagi.

Tambah Najib, maklumat terbabit tidak pernah dimaklumkan kepada beliau dan pasukan undang-undangnya untuk digunakan dalam pembelaannya di mahkamah berhubung kes 1MDB dan SRC International.

"Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC saya juga telah menerima lebih daripada RM85 juta dana yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan sekali lagi saya dan pasukan undang-undang saya tidak diberitahu tentang perkara ini walaupun individu memainkan peranan penting dalam kes SRC.

"Oleh itu, saya membuat laporan untuk meminta polis menyiasat jika terdapat percubaan yang disengajakan untuk disembunyikan bukti material daripada saya dan semua rakyat Malaysia oleh individu penting di Pejabat Peguam Negara dan SPRM yang dilantik semasa pentadbiran Pakatan Harapan," jelasnya lagi. #sumber

Share:

Kerajaan Kelantan Terkejut Kenyataan Menteri Kewangan, Berkaitan Isu Royalti Petronas !

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan melahirkan perasaan terkejut terhadap kenyataan Menteri Kewangan, di mana Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung.

Tinbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu cukup mengejutkan.

“Saya secara peribadi terkejut dengan kenyataan terbabit memandangkan kerajaan negeri mengharapkan bayaran royalti petroleum daripada kerajaan Persekutuan.

“Kita amat mengharapkan kerajaan Pusat memberi royalti petroleum kepada Kelantan selari dengan perjanjian 1975,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini hari ini.

Pada jawapan di Parlimen pada 24 November lepas Tengku Zafrul berkata, tiada bayaran tunai (royalti) dibuat oleh Petronas, khususnya bagi pengeluaran petroleum kepada mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Kelantan.

Menurutnya keadaan itu disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi di luar perairan negeri Kelantan.

“Memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan,” katanya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan R Kelantan (Royalti) Nazri Deraman berkata, seluruh rakyat Kelantan amat terkejut, marah dan kecewa dengan kenyataan tersebut.

Katanya atas dasar kepercayaan dan harapan terhadap Kerajaan Persekutuan perjanjian yang dinamakan Perjanjian Royalti ditandatangani pada 9 Mei 1975.

“Kelantan bersama seluruh negeri di Malaysia bersetuju menyerahkan hak pembangunan petroleum kepada Petronas dan sebagai balasan perjanjian tersebut memperuntukkan bayaran sebanyak 5 peratus daripada jumlah pengeluaran petroleum kepada Kelantan.

“Selama tempoh hampir setengah abad perjanjian ditangani tidak ada pun bayaran tunai dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Petronas dan Kerajaan Persekutuan wajib menghormati perjanjian tersebut, katanya di ini.

Menurutnya juga pelbagai usaha dilakukan rakyat dan kerajaan Kelantan, namun hasilnya masih tidak ada berikutan sikap tidak profesional Kerajaan Persekutuan. #sumber

Share:

ADUN Pembangkang Di Selangor Akan Dapat Peruntukan Setara Dengan ADUN Kerajaan !

 

SHAH ALAM - Selangor mengumumkan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Selangor akan dinaikkan sehingga RM400,000 tahun depan berbanding RM150,000 pada ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata peruntukan kepada ADUN pembangkang Selangor itu diberikan dengan mengambil kira semangat 'Kita Selangor'.

"Kita dimaklumkan bahawa sejumlah RM400,000 turut akan disalurkan kepada mereka (ADUN pembangkang) oleh Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Persekutuan (ICU JPM).

"Ini menjadikan jumlah peruntukan yang diterima ADUN pembangkang berjumlah RM800,000 iaitu setara dengan jumlah peruntukan yang diterima oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri Kerajaan.

"Sementara untuk ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri akan menerima peningkatan peruntukan sehingga RM500,000 tahun depan.

"Baki peruntukan akan diselaraskan oleh penyelaras yang dilantik oleh kerajaan negeri," katanya dalam pengumuman khas Belanjawan Selangor 2022, petang tadi.

Amirudin berkata, keputusan dibuat selari dengan konsep Iltizam Selangor Penyayang yang mana rakyat adalah keutamaan tidak mengira pandangan politik dan sesuai dengan peranan Selangor sebagai negeri contoh di Malaysia.

"Memandangkan ahli-ahli Parlimen pembangkang di peringkat Persekutuan masing-masing akan menerima peruntukan kawasan dari Kerajaan Persekutuan mulai tahun depan, kerajaan negeri akan menyalurkan RM50,000 tambahan bagi tujuan pengurusan pejabat," katanya.#sumber

Share:

KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan, tidak sesuai untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan yang situasi penularan kes COVID-19 di negara ini, masih membimbangkan, selain berdepan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.

Beliau berkata, lebih membimbangkan adalah kemunculan varian baharu COVID-19 yang amat berbahaya.

"Saya sudah berbincang perkara ini dengan golongan pakar termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah).

"Pandangan KKM ialah PRU sebenarnya boleh dielakkan, berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tidak boleh dielakkan kerana sudah tamat tempoh.

"Manakala PRN Melaka terpaksa diadakan sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan," katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai prosedur operasi standard SOP PRN Sarawak, Khairy berkata, beberapa siri libat urus diadakan antara KKM dan Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Jelasnya, pihak kerajaan negeri sudah mengemukakan beberapa permintaan berhubung pelaksanaan SOP pilihan raya negeri berkenaan.

"Ada beberapa permintaan sedikit berbeza berbanding PRN Melaka, contohnya ada kawasan di Sarawak yang tiada capaian internet dan ia menyukarkan calon berkempen di kawasan terbabit.

"Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang ditugaskan untuk perkara berkaitan SOP dan ia akan dimuktamadkan pada 30 November ini yang kemudiannya akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti," katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju menetapkan harga siling bagi vaksin Sinovac untuk pasaran swasta.

"Kabinet setuju untuk dos penggalak melalui PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) diberi secara percuma tetapi kita juga ada 'private sale' terutama vaksin Sinovac yang dibenarkan digunakan sebagai dos penggalak melalui klinik swasta

"Kabinet memutuskan untuk kita mengawal harga penjualan dos penggalak di sektor swasta ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM akan menetapkan harga siling bagi vaksin ini dan kita akan umumkannya pada minggu depan," katanya. #sumber

Share:

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik Di Jangka Sertai Parti Keadilan Rakyat !

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dijangka menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok.

Menurut sumber daripada PKR Simpang Renggam, penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim.

"Esok Maszlee akan serahkan 500 borang keahlian baru (kepada Anwar). Sebanyak 20 ranting baru (PKR) akan ditubuhkan di Simpang Renggam," kata sumber itu.

Terdahulu, terdapat poster yang memaparkan Anwar dan Maszlee akan menyertai satu program di Simpang Renggam esok.

Dalam poster itu, Maszlee dilihat mengenakan pakaian dengan lambang PKR.

Maszlee sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai Bersatu untuk bertanding dalam PRU-14.

Dia merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH, seterusnya meruntuhkan pentadbiran yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara pemimpin yang lain bersama-sama Mahathir menubuhkan Pejuang, Maszlee ketika itu memutuskan untuk menjadi ahli parlimen bebas.

Pada masa sama, dia turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH).

Dia menjadi Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH sebelum diminta letak jawatan oleh Mahathir pada Januari 2020. #sumber

Share:

Seramai 11 ADUN Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Hari Ini !

MELAKA - Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Pada istiadat yang bermula 3.22 petang itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang sebelum ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh sebagai EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.

Ia disusuli Datuk Muhammad Jailani Khamis (EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Rahmad Mariman (EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir) dan Datuk Zaidi Atan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar).

Turut mengangkat sumpah, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani), V P Shanmugam (EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).

Dr Muhamad Akmal Saleh (EXCO Kesihatan dan Anti Dadah), Datuk Rais Yasin (EXCO Pendidikan dan Teknologi), dan Ngwe Hee Sem (EXCO Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna) turut mengangkat sumpah pada istiadat itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pada istiadat itu turut memberi ucap taat setia dan disusuli bacaan doa oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Sebelas EXCO berkenaan mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15 susulan kemenangan majoriti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.

Terdahulu Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada awal pagi 20 November, sejurus BN diumumkan menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau turut dilantik sebagai EXCO Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama. #sumber

Share:

Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Tak Seharusnya Di Pisahkan Demi Perpaduan Umat

 

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya dipisahkan sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua gagasan itu seperti dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat.

Beliau berkata, ia juga laksana seperti sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah sahaja.

“Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya.

“Kita semua laksana ramainya penumpang yang berada dalam satu bahtera atau mengikut slogan Keluarga Malaysia yang besar sebagaimana diuar-uarkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan semangat yang telah ditegaskan dalam Piagam Muafakat Nasional yang disertai oleh kalangan Melayu Islam dan bumiputera (penduduk asal), maka mereka wajib disatukan setelah berpecah-belah dan berporak-peranda selama ini.

“MN bukan sahaja disertai oleh Pas dan UMNO, bahkan melibatkan semua pihak jika benar-benar gagasan itu berkonsepkan acuan al-Quran yang pernah mendidik masyarakat Arab sebelum Islam yang berpecah-belah,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PN yang menjadi gagasan politik yang lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk.

“Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan Perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada.

“Selain itu, puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam Keluarga Malaysia perlu disingkirkan,” jelasnya.

Justeru, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

Oleh itu, menurutnya, Pas menolak MN yang terbelenggu dengan hanya melibatkan UMNO dan Pas sahaja.

Tambahnya, Pas juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu PN.

“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.

“Pas boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.

“Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat secara keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN. #sumber


Share:

Dakwaan Diaibkan, Guru Besar Saman Bekas Yang Dipertua PIBG RM500,000 Di Kelantan

 

TUMPAT - Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di sini memfailkan saman RM500,000 terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolahnya.

Suzana Adzmin@Azmin, 48, selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap defendan, Abd Rahim Hussin, 56, melalui Tetuan Alias Ibrahim & Co pada 13 November lalu.

Katanya, tindakan itu diambil selepas mendapat maklumat defendan dipercayai merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam urusan menaikkan tiga kain rentang berbaur fitnah terhadapnya di dalam kawasan sebuah kampung di Wakaf Bharu pada 25 Jun, 3 Julai dan 22 Ogos lalu.

Tulisan pada kain rentang itu didakwa menyatakan bahawa dia merupakan guru besar yang menghasut orang, pilih kasih, memutar belit fakta, menyalah guna wang sekolah selain menggesa agar dia ditukarkan ke sekolah lain.

"Semua dakwaan itu tidak benar apabila pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menjalankan siasatan kewangan dan integriti di sekolah sebelum mendapati saya tidak terlibat dalam sebarang kes salah guna kuasa.

"Saya juga pernah menegur ahli jawatan kuasa PIBG mengenai hal ehwal pengurusan persatuan itu dalam mesyuarat sebelum ini. Mungkin itu menjadi punca YDP PIBG menaikkan kain rentang berbaur fitnah yang ditujukan kepada saya," katanya pada sidang media di Tetuan Alias Ibrahim & Co di Kota Bharu, hari ini.

Lebih mendera emosi dakwanya apabila 'direhatkan' di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat selama 86 hari tanpa berbuat apa-apa sepanjang tempoh itu sehingga tidak dapat melaksanakan tugasnya di sekolah seperti biasa.

Suzana berkata, keadaan itu menyebabkan dia malu untuk berdepan dengan masyarakat malah ada dalam kalangan rakan-rakannya melarikan diri selepas mempercayai fitnah yang disampaikan menerusi kain rentang tersebut.

"Kejadian itu juga menyebabkan emosi saya tidak stabil malah pakar psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian mengesahkan saya mengalami tekanan emosi melampau.

"Selepas kejadian itu, saya telah mendapat arahan untuk ditukarkan ke sebuah sekolah di daerah sama dan akan memulakan semula tugas pada Ahad ini. Keadaan itu amat mengelirukan apabila saya sendiri masih belum sempat menabur bakti di sekolah lama akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) berterusan pada tahun ini, namun ditukarkan ke sekolah lain," katanya.

Sehubungan itu tambahnya, saman RM500,000 difailkan terhadap defendan bertujuan untuk membersihkan namanya, ganti rugi teladan dan segala kesan buruk yang dialaminya akibat sebaran fitnah serta memberi pengajaran.

Sementara itu, peguam Alias Ibrahim berkata, dia percaya anak guamnya mempunyai bukti yang mencukupi untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Katanya, kes yang dialami anak guamnya boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat apabila seorang guru berada dalam keadaan teraniaya dalam aspek emosi, kerjaya dan sosial. #sumber

Share:

Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020

 

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta sensasi apabila menumbangkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia di Bali, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-19 dunia itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila melakar kemenangan 21-15, 23-21 sekali gus menyingkirkan Lee Yang-Chi Lin yang juga pilihan ketiga kejohanan.

Izzuddin-Rumsani akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chiraq Shetty dengan beregu Korea Selatan, Kang Minhyuk-Seo Seungjae bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler 21-9, 21-13.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan bertemu pasangan berpengalaman Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won, esok. #sumber

Share:

JAS Maklum Tarikh Akhir Maklum Balas Awam Isu PDF Lynas Di Lanjut Hingga 30 November !

 

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) melanjutkan tarikh akhir untuk maklum balas orang ramai mengenai rancangan Lynas untuk membina kemudahan pelupusan kekal (PDF) di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Seorang pegawai JAS mengesahkan dengan Malaysiakini ketika dihubungi hari ini bahawa tarikh akhir penyerahan maklum balas orang ramai telah dilanjutkan ke 30 Nov.

Penilaian kesan alam sekitar (EIA) tidak lagi boleh diakses secara umum kerana tempoh tontonan berakhir pada 11 Nov.

Projek itu adalah untuk menguruskan pelupusan sisa penulenan air radioaktif larut lesap (WLP) daripada loji nadir bumi Lynas.

Tapak cadangan terletak di Lot 31375, Kawasan Perindustrian Kuantan Gebeng, yang terletak 30m dari Loji Bahan Termaju Lynas (Lampu).

Menurut JAS, projek itu berkeluasan 25 hektar dan akan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB) ialah kontraktor untuk pembinaan PDF manakala laporan EIA disediakan oleh firma perunding Dr Nik & Associates Sdn Bhd.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merupakan pemegang saham majoriti GSSB.

Kumpulan alam sekitar Save Malaysia, membangkitkan beberapa perkara dalam bantahannya terhadap PDF itu, yang dikongsikannya.

Bantahan pertama adalah mengenai kawasan yang dicadangkan, yang dikatakan tidak sesuai kerana ia adalah tanah gambut tropika rendah yang terdedah kepada banjir dan kebakaran.

Save Malaysia juga menyuarakan kebimbangan mengenai dakwaan "salah klasifikasi" WLP, yang dikatakan bahawa Lynas dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom tersilap mengklasifikasikannya sebagai sisa radioaktif tahap sangat rendah, sedangkan kerajaan Australia Barat mengklasifikasikannya sebagai sisa radioaktif tahap rendah.

"Pengkelasan yang tidak betul dan di bawah standard di Malaysia akan mengakibatkan pengurusan yang lemah, peningkatan kos penyelenggaraan, bahaya dan pendedahan radiasi yang akan memberi kesan negatif kepada kesihatan awam dan alam sekitar untuk Malaysia dalam jangka panjang," dakwa Save Malaysia.

Feini Tuang, seorang penduduk Kuantan yang memiliki ijazah sarjana dalam kejuruteraan biosistem turut menimbulkan kebimbangan mengenai klasifikasi WLP.

Dia juga berkata bahawa iklim di Malaysia tidak sesuai untuk penyimpanan sisa radioaktif.

"Iklim hutan hujan tropika dengan hujan monsun lebat dan tanah gambut mudah banjir dan kebakaran dengan air bawah tanah cetek tidak sesuai untuk tapak pelupusan sisa radioaktif berbanding padang pasir gersang di Mt. Weld (pusat operasi Lynas).

“Sebagai rakyat yang prihatin, saya menentang sekeras-kerasnya cadangan pembinaan PDF itu. Sisa itu milik Lynas dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya terbeban atau menerimanya," katanya dalam pengenalan kepada penyerahan maklum balas setebal 16 muka surat. #sumber

Share:

Lelaki Warga Emas Di Dakwa Kerana Lakukan Persetubuhan "Luar Tabii" Dengan Kambing !

 

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina.

Shaari Hasan, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan, iaitu kambing betina di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang, di sini, pada jam 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu.

Shaari didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan kes tidak menawarkan jaminan memandangka ia adalah kes serius, namun peguam tertuduh, Zolazrai Zolkapli memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya hidup sebatang kara.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Disember depan untuk serahan dokumen serta sebutan semula kes. #sumber

Share:

Muktamad, Tiada Kerjasama UMNO-BERSATU Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

 

MELAKA - UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Melaka.

Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Barisan Nasional tidak akan membabitkan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dalam kerajaan baharu.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian UMNO tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

"Cadangan untuk menggabungkan mereka tidak akan diterima dan kita tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan BERSATU," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi dengan dua dimenangi PN, manakala selebihnya Pakatan Harapan (PH).

Terdapat cadangan supaya dua ADUN PN berkenaan bersama BN untuk membentuk kerajaan negeri seperti yang dilakukan pada peringkat Pusat, Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN itu dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka kerana BN mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi, iaitu melebihi dua pertiga. #sumber

Share:

Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !

 

KUALA LUMPUR - Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah pembentukan Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, perjanjian yang dimeterai di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) pada September 2019 itu berjaya menyatukan dua kumpulan besar yang telah bertelagah sejak puluhan tahun.

“Ia perjanjian yang diberkati Allah 'dengan serta merta' dengan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

“Ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun. Ia meruntuh segala marak kemarahan dan dendam, lalu terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat,” katanya menerusi posting di Facebook pada Selasa.

Katanya, jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun, tidak malukah jika pertikaian sesama pemimpin terus dibiarkan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya kerjasama tersebut.

“..tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

“Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?” soalnya.

BN membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi kali ini dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat lima kerusi manakala Perikatan Nasional (dua).

Pada PRU Melaka kali ini, Pas buat pertama kalinya bertanding dengan menggunkan logo PN. #sumber

Share:

Desak Anwar 'Lepas Jawatan', PKR Beri Notis 24 Jam Kepada ADUN Bilut, Lee Chin Chen !

 

KUANTAN - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh menyelar ADUN Bilut Lee Chin Chen.

Semalam, Lee mendesak Anwar berundur setelah kekalahan PH dalam PRN Melaka, dan menggesa pembangkang meneroka hala tuju dan konsensus baru secepat mungkin.

Dia turut menggesa DAP mempertimbangkang untuk keluar PH jika Anwar tidak mengundur diri, dengan menyifatkan pembangkang tidak harus membandingkan gabungan mereka dengan parti politik Melayu yang hanya akan menyebabkan kekalahan PRN Melaka berulang.

Fuziah berkata, pemimpin DAP Pahang itu terus enggan menarik balik kenyataannya terhadap Anwar meskipun telah diberikan notis 24 jam supaya berbuat demikian.

“Kami memberi notis 24 jam untuk YB Bilut menarik balik kenyataannya. Tetapi dia enggan,” kata Fuziah kepada Malaysiakini.

Menurut Fuziah, kenyataan Lee itu sebagai tidak beradab, angkuh, dangkal, dan tidak mencerminkan kedudukannya sebagai ketua pembangkang DUN Pahang.

“Pihak MPN PKR Pahang tidak berminat untuk menjawab kenyataan pramatang Adun Bilut tersebut kerana menonjolkan tahap pemikiran politik beliau yang kelihatan cetek dan tidak setara dengan kedudukan beliau sebagai ketua pembangkang di DUN Pahang.

“Ugutan beliau dengan menyarankan kepimpinan DAP untuk keluar dari PH sekiranya Anwar tidak melepaskan jawatan ketua pembangkang adalah satu tindakan tidak beradab dan langsung tidak menghormati rakan-rakan sekutu di dalam PH yang telah sepakat memilih ahli parlimen Port Dickson itu sebagai ketua pembangkang.

“Hanya Majlis Presiden PH yang berhak menentukan kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan juga pengerusi PH, bukannya oleh pihak lain mahupun seorang Adun,” kata ahli parlimen Kuantan itu.

Sebelum ini, susulan kenyataan itu, Lee juga mengundang kemarahan Naib Ketua Pemuda PKR S Thiban yang mencabar Adun DAP itu untuk menamakan seorang pemimpin yang mampu menggantikan Anwar.

Katanya, hanya sekadar tewas pada satu PRN, Lee mengugut keluar PH, seolah-olah memang wujud perancangan untuk menubuhkan satu pakatan baru tanpa PKR dan jika itu yang dimahukan oleh pimpinan DAP maka mereka boleh keluarkan PKR daripada PH.

Setiausaha Pemuda PKR Syukri Razab pula melahirkan harapan bahawa pandangan Lee adalah pandangan peribadi yang tidak mencerminkan pendirian DAP, walaupun dia mengambil maklum bahawa Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong juga menyuarakan sentimen yang sama.

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador turut mempertahankan Anwar dengan menyatakan bahawa kekalahan di Melaka pada Sabtu lalu tidak sepatutnya ditanggung oleh seorang individu sahaja.

PRN Melaka menyaksikan BN mencapai kemenangan besar dengan menyapu 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi DUN. PH hanya berjaya memenangi lima kerusi, manakala PKR tewas di semua kerusi ditandinginya.

Lee yang juga adalah setiausaha DAP Pahang turut mengkritik tindakan membenarkan ‘katak’ bertanding sebagai calon PH dalam PRN itu – bawah tiket PKR dan Amanah – sebagai memperolok pengundi, sedangkan PH berikrar untuk menggubal undang-undang antilompat parti.

Mengulas lanjut, Fuziah, berakata, PKR Pahang menyokong agar Anwar kekal sebagai ketua pembangkang, selari dengan pendirian beberapa rakan PH seperti penasihat DAP Lim Kit Siang dan ahli parlimen Sepang dari Amanah Hanipa Maidin yang tidak mahu menyalahkan Anwar atas kekalahan di Melaka.

“PKR Pahang berpandangan Adun Bilut itu disarankan agar terus memberi fokus dan memperbaiki prestasinya sebagai ketua pembangkang di DUN Pahang daripada menilai kedudukan ketua ppembangkang di Parlimen,” katanya lagi. #sumber

Share:

Kalah Di PRN Melaka: ADUN DAP Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang !

 

KUALA LUMPUR - Seorang Adun DAP menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.

Menulis di Facebook, ADUN Bilut, Lee Chin Chen berkata, pakatan pembangkang perlu meneroka hala tuju dan konsensus baru secepat mungkin.

Katanya, sekiranya gagal berbuat demikian, DAP perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar daripada PH.

"Izinkan saya menjelaskan hujah saya secara jelas terlebih dulu: Saya berharap Anwar akan melepaskan baton kepimpinan, berada di belakang kepimpinan dan membantu pengganti generasi baru mencapai tahap yang baru.

ADS

"Saya menyeru Anwar berundur sebagai ketua pembangkang supaya PH boleh memilih pengganti baru. Marilah kita meneroka hala tuju dan konsensus baru kita serta menentang konservatif agama dalam pakatan sayap kanan Melayu,.

“Sekiranya tiada harapan untuk PH reset semula, kepimpinan DAP mesti mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan itu dan mencari kerjasama lain bagi memastikan negara mempunyai parti pembangkang yang setia  mempertahankan kepelbagaian dan politik sekularisme.

"Sebelum ini, PH sudah lebih setahun taaasub dengan permainan angka. Jika kita gagal menghentikan ini selepas kekalahan pilihan raya Melaka dan mengkaji semula hala tuju kita, jika kita terus membanding-bandingkan diri kita secara membuta tuli dengan parti politik Melayu, kita akan hanya mengulangi kekalahan dalam pilihan raya Melaka," katanya.

Dia berkata pilihan raya negeri Melaka adalah tamparan kepada PH.

PRN itu menyaksikan BN mencapai kemenangan besar dengan memenangi 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH hanya berjaya memenangi lima kerusi, manakala PKR tewas di semua kerusi ditandinginya.

"PH tidak sepatutnya mengikut tarian empat 'katak', membenarkan mereka bertanding di bawah tiket kita dan kita tidak boleh memperolokkan pengundi untuk menerima mereka," kata Lee, yang juga setiausaha DAP Pahang.

Katanya,  PH bukan sahaja berikrar untuk menggubal undang-undang anti-lompat parti tetapi juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dia merujuk kepada empat bekas Adun yang menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri Melaka sebelum ini, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan pembubaran DUN Melaka pada Oktober lalu.

"Tanpa pilihan raya negeri, kita boleh bersiap sedia untuk pilihan raya akan datang dengan 11 kerusi DUN yang kita sandang pada mulanya.

"PH bukan saja kehilangan enam kerusi malah ia dikritik kerana PKR dan Amanah menerima pembelot," katanya.

Menurunya lagi, ini menjadikan pengundi Cina, yang pada mulanya menyokong PH terlalu kecewa untuk keluar mengundi, khususnya di kerusi campuran. #sumber

Share:

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Akan Di Gerak Bantu Bomba Dalam Operasi Banjir Di Pahang

 

KUANTAN - Pasukan Bomba Sukarela (PBS) akan digerakkan bagi membantu pihak bomba dalam penugasan operasi banjir sekiranya bencana itu berlaku di Pahang.

Exco Kerajaan Tempatan dan Prrumahan Negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, terdapat 34 PBS di Pahang dengan seramai 973 anggota yang boleh digerakkan bagi tujuan itu.

Menurutnya, pasukan itu akan bertindak sebagai penyalur maklumat kepada jabatan bomba berhubung perkembangan banjir di kawasan masing-masing.

"PBS akan memberi tindak balas awal sekiranya banjir berlaku di kawasan mereka termasuk memberi amaran awal dan mengarahkan mangsa yang terlibat supaya berpindah.

"Tindakan itu dapat membantu mangsa berpindah lebih awal ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ke tempat lebih selamat dan tidak menunggu untuk diselamatkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dan Penyerahan Geran Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah JBPM Pahang Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan timbalannya, Mohd Zahar Abdullah.

Abd Rahim menyampaikan geran kepada wakil salah satu PBS pada Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) JBPM Pahang dan Penyerahan Geran PBS di Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota di sini pada Isnin.

Abd Rahim berkata, pasukan itu menjalani latihan dan boleh digerakkan pada bila-bila masa sekiranya khidmat mereka diperlukan.

Mengulas berhubung geran kepada PBS, beliau berkata, sebanyak RM102,000 diperuntukkan pihak JBPM untuk diagihkan kepada 34 PBS berdaftar dan aktif di Pahang.

"Setiap pasukan menerima RM3,000 melalui geran ini untuk keperluan aktiviti mereka. Geran ini sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan peranan PBS yang banyak membantu pasukan operasi kebakaran dan penyelamatan mangsa bencana sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Wan Mohammad Zaidi berkata, JBPM Pahang bersiap sedia menghadapi kesan Monsun Timur Laut di Pahang termasuk dalam aspek keanggotaan dan logistik.

Menurutnya, JBPM Pahang akan menggerakkan kira-kira 1,000 anggota, 50 bot dan 37 kenderaan darat bagi operasi menyelamat mangsa sekiranya banjir.

"Pada masa sama, kami bersedia dengan helikopter dari Unit Udara Bomba sekiranya keadaan memerlukan terutama dalam operasi penghantaran bekalan dan membawa pesakit," katanya.

Wan Mohammad Zaidi berkata, cuti melibatkan semua anggota akan dibekukan apabila banjir berlaku. #sumber

Share:

Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih bergelut untuk mencari rentak permainan sebenarnya apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Indonesia di Bali, hari ini.

Pilihan ketujuh kejohanan itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Denmark, Rasmus Gemke 21-13, 23-25, 16-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 67 minit.

Minggu lalu, Zii Jia memberi kemenangan percuma kepada Gemke apabila dia menarik diri ketika ketinggalan 9-11 di set pertama dalam pusingan pertama Masters Indonesia selepas dilaporkan masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan pinggang dialaminya sebelum itu.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan bagaimanapun, berkata kekalahan hari ini tiada kaitan dengan kecederaan dialami pemain berusia 23 tahun itu kerana dia sudah pun pulih sepenuhnya.

"Kita harus akui pihak lawan (Gemke) bermain lebih baik hari ini. Apa yang penting tidak ada kecederaan pinggang, semuanya sudah okey.

"Kita akan cuba lagi membuat yang terbaik jika beraksi dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF minggu depan," kata Hendrawan.

Zii Jia yang menghuni ranking nombor tujuh dunia mula dihantui masalah kecederaan pinggang ketika aksi final Terbuka Hylo di Jerman, awal bulan ini yang menyaksikan dia menarik diri ketika set ketiga bertemu pemain Singapura, Loh Kean Yew. #sumber

Share:

KKM Maklumkan Tiada Kes Kematian Dapat Di Kaitkan Akibat Pengambilan Vaksin Covid-19 !

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes kematian dapat dikaitkan dengan pengambilan vaksin Covid-19 meskipun terdapat 535 kes kematian direkodkan dalam kalangan penerima vaksin.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia berdasarkan hasil penilaian kasualti melalui post mortem yang dilakukan.

“Terdapat 535 laporan yang merekodkan kes kematian dalam kalangan penerima vaksin.

“Namun begitu setelah penilaian kasualti dijalankan sehingga kini tiada kes kematian dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin yang diberikan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) sama terdapat kes kematian dan kesan negatif yang dikaitkan secara langsung kepada pemberian vaksin.  #sumber

Share:

Pengerusi SPR: Keputusan Penuh PRN Melaka Di Jangka Sekitar Jam 10.00 Malam Esok !

 


MELAKA - Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diketahui dan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekitar jam 10 malam esok.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya akan berusaha memastikan keputusan PRN boleh dimaklumkan awal dan tidak lebih daripada jam 12 tengah malam.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung pada kelancaran perjalanan hari mengundi esok, khususnya kerjasama pengundi, petugas SPR serta ejen pusat mengundi daripada parti politik bertanding.

"SPR jangka pengumuman keputusan PRN Melaka dapat dibuat sebelum jam 12 tengah malam. Saya jangka jam 10 malam sudah dapat keputusan penuh.

"Ini tertakluk kerjasama semua petugas kita, selain ejen calon bertanding di semua pusat pengundian. Jika kerjasama baik, Insya-Allah kita dapat umum awal," katanya pada sesi temu bual eksklusif dengan NSTP disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Mengenai perjalanan kempen PRN, Abdul Ghani secara keseluruhan berpuas hati terhadap pematuhan parti dan calon bertanding meskipun terdapat beberapa pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, calon dan parti politik dilihat matang pada PRN Melaka dan berusaha mematuhi SOP ditetapkan dengan menggunakan kreativiti tersendiri untuk berkempen dan menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"Secara keseluruhan, parti politik bertanding dilihat matang. Kita lihat sikap proaktif parti dan calon dengan ada yang menggunakan van, lori dan media sosial untuk mendekati pengundi.

"Kaedah berkempen ini boleh digunakan bagi pilihan raya di kawasan lain jika penularan COVID-19 masih belum reda pada masa depan," katanya.

Kempen PRN Melaka bagi memilih 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu, memasuki hari terakhir hari ini selepas berlangsung sejak Isnin minggu lalu, dan bakal berakhir pada jam 11.59 malam ini.

Sejumlah 476,037 pengundi berdaftar pada PRN Melaka layak untuk mengundi antara jam 8 pagi hingga 5.30 petang esok, dengan 7,601 individu sudah mengundi secara pos dan 10,390 anggota polis, tentera dan pasangan pula mengundi awal Selasa lalu.

PRN Melaka dilaksanakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu, susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. #sumber

Share:

PRN Melaka: Rafiq Hormati Keputusan Pucuk Pimpinan Pilih Mas Ermieyati Calon KM !


MELAKA - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menghormati keputusan pucuk pimpinan yang memilih Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka daripada parti itu.

Mohd Rafiq yang juga calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas turut menyatakan pendirian menyokong pengumuman itu, meskipun namanya antara yang disebut sebagai calon Ketua Menteri bagi PN.

Pada masa sama, Naib Presiden BERSATU itu memberi jaminan tidak akan 'hilang' dari radar, sebaliknya meneruskan kempennya untuk memastikan PN menang di DUN Telok Mas.

"Sebagai orang parti dan pemimpin parti, semua pihak harus menghormati keputusan dibuat pucuk pimpinan Biro Politik BERSATU dan juga Majlis Tertinggi PN.

"Saya memberikan sokongan sepenuhnya kepada keputusan itu dan memohon semua jentera PN seluruh negeri bekerja keras bukan saja bagi kemenangan calon Ketua Menteri kita, tetapi juga semua kerusi ditandingi PN di Melaka.

"Saya konsisten sejak semalam selepas mendapat tahu keputusan pucuk pimpinan, saya teruskan kempen di Telok Mas dan fokus saya sebagai calon PN di sini tidak hilang," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Khairiah di Telok Mas di sini, hari ini.

Sebelum ini, nama Mohd Rafiq dan Mas Ermieyati antara disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri untuk PN sekiranya parti itu menang pada PRN Melaka esok.

Pengumuman Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, menamatkan spekulasi itu dengan dakwaan dalam kalangan jentera BERSATU mengatakan Mohd Rafiq tidak dipilih kerana ditolak sebahagian besar akar umbi parti.

Diminta mengulas dakwaan itu, Mohd Rafiq menyifatkan ia hanya spekulasi yang dicetuskan pihak tertentu. #sumber

Share:

PRN Melaka: Datuk Mas Ermieyati Shamsudin Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN) !

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di pejabat PN, di sini hari ini.

Beliau mengumumkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pimpinan utama PN.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai. #sumber


Share:

Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

ROMPIN - Hujan renyai mengiringi pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108, di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini malam tadi.

Jenazah Allahyarham Mohamad Affendi, 31, tiba di tanah perkuburan itu pada jam 7.40 malam dan majlis pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan itu, selesai kira-kira sejam kemudian.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Besar Muadzam Shah, di sini yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman keluarganya untuk disembahyangkan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuantan pada jam 5 petang, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Redan Perdana di sini menggunakan laluan darat dan tiba jam 6.30 petang.

Isteri mangsa, Nurul 'Izzati Shari menyiram air mawar keatas pusara suaminya pada istiadat pengkebumian jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Besar Muadzam Shah, di sini yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman keluarganya untuk disembahyangkan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Hujan renyai bermula sebaik sahaja jenazah Allahyarham yang diiringi konvoi TUDM dan pasukan keselamatan memasuki tanah perkuburan, sebelum berhenti sebaik sahaja kubur selesai dikambus.

Selesai bacaan talkin, Mohd Asghar Khan menyerahkan bendera TUDM kepada isteri Allahyarham Nurul 'Izzati Shari, 31, disusuli istiadat menyiram air mawar dan tabik hormat penghormatan terakhir.

Mohamad Affendi meninggal dunia dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas pada 10.07 malam Selasa (16 Nov), semasa menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan pangkalan udara Butterworth.

Kejadian turut menyebabkan seorang lagi juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar, 33, cedera namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. #sumber



Share:

Azmin Ali Patut Tumpukan Kepada Perselisihan PN Dan BN, Bukannya 'Masuk Campur' Hal PKR

MACHAP JAYA - Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Mohamed Azmin Ali harus memberi tumpuan kepada pergaduhan gabungan Perikatan Nasional (PN) dengan BN, dan bukannya bimbang tentang hal ehwal dalaman PKR, kata Bendahari PKR Lee Chean Chung.

Dia berkata demikian sebagai respons kepada lawatan menteri perdagangan antarabangsa dan industri ke Machap Jaya semalam, di mana Azmin melahirkan rasa sedih terhadap penyandang Adun kawasan itu Ginie Lim yang digugurkan oleh PKR sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Lim sebelum ini dikaitkan dengan Azmin yang merupakan timbalan presiden PKR. Azmin kemudian berpaling tadah dan menyertai Bersatu, sementara Lim kekal bersama PKR.

"Dia (Azmin) sepatutnya menyelesaikan hubungan rumit antara PN dan BN. Dia tidak mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) sekarang," kata Lee di sini hari ini.

BN dan PN bertanding sesama sendiri di semua 28 kerusi DUN Melaka, walaupun kedua-duanya adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang sama.

Di Machap Jaya, PKR telah meletakkan Law Bing Haw untuk menggantikan Lim. Tindakan itu telah menyebabkan beberapa akar umbi menyatakan rasa tidak senang mereka, yang dilihat Azmin cuba mengambil kesempatan.

Lee berkata nampaknya Azmin masih tidak dapat melupakan PKR, dengan menyatakan bahawa ia menunjukkan parti itu masih relevan.

Lee juga menegaskan bahawa Lim, walaupun tidak dicalonkan, telah menyatakan sokongan kepada Law.

"Dia (Lim) telah menyatakan pendiriannya. Melalui tindakan dan kenyataannya, dia dengan jelas menyatakan akan menyokong calon PKR Machap Jaya.

"Fokus kami adalah untuk memastikan kami akan menang ketika Azmin terlibat dalam gosip," kata Lee.

Antara isu yang sedang diusahakan PKR untuk masyarakat setempat ialah soal pajakan tanah penduduk kampung, tambahnya.

Calon lain yang bertanding di Machap Jaya ialah Tai Siong Jiul dari PN, Ngwe Hee Sem dari BN, Abdul Aziz dari Iman dan calon bebas Azlan Daud.

Tempoh kempen selama 12 hari untuk pilihan raya Melaka akan berakhir Jumaat ini. Rakyat Melaka akan mengundi 28 ahli Dewan Undangan Negeri pada Sabtu, 20 November ini. #sumber

Share:

Bertembung Di PRN Melaka, UMNO Dan PAS Mungkin Boleh Berkerjasama Dalam PRU-15

AYER KEROH - Pertembungan antara UMNO-PAS dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak bermaksud dua parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkongsi bagaimana parti itu cuba mengelak pertembungan bersama rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) itu.

Dalam PRN Melaka yang berlangsung ketika ini, UMNO dan PAS, yang juga sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), akan bertembung di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Di PRN Melaka kita berunding (dengan PAS) dan kita tawar kerusi. PAS tak menang apa-apa kerusi di Melaka semasa PRU14. Kita tawar kerusi kepada PAS,” katanya.

Mohamad berkata, di Melaka mempunyai 23 kerusi majoriti Melayu dan BN bersedia bertanding hanya 18 kerusi, dengan baki bilangan kerusi diberikan kepada PAS dengan syarat parti Islam itu menggunakan logo mereka sendiri bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengundi.

“Tapi PAS pilih guna logo PN. Maka kita (UMNO) anggap tawaran kita ditolak,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohamad berkata ia bukan bermaksud pengakhiran untuk MN kerana kerjasama itu bukan terhad kepada politik, malah ia adalah agenda untuk menyatupadukan sesama orang Melayu Islam.

“Apa jua berlaku, walaupun UMNO/BN terpaksa mengharungi PRU bersendirian, agenda menyatukan Melayu dan Islam akan tetap kami teruskan,” katanya.

Mohamad yang juga dikenali dengan panggilan Tok Mat berkata, keadaan politik dinamik sentiasa berubah-ubah dan dua parti itu mungkin boleh bekerjasama dalam PRU15.

“Mungkin dalam PRU15 UMNO dan PAS boleh jumpa formula yang sesuai untuk kerjasama. Kenapa tidak?”

Sementara itu, mengulas mengenai kempen BN, Mohamad akui ada bantahan dan suara tidak puas hati terhadap calon dipilih pada permulaan, tetapi ia sudah diselesaikan.

Hanya empat daripada 28 calon PRN itu membabitkan calon penyandang dan selebihnya adalah muka baharu.

“Penerimaan masyarakat kepada calon amat baik. Ramai muka baharu yang dikemukakan…ahli profesional dan ini memudahkan penerimaan oleh pengundi,” katanya.

Beliau berkata, cabaran utama sekarang adalah SOP Covid-19 yang terlalu ketat yang membuatkan perjalanan kempen menjadi sukar.

UMNO, kekuatan kita ialah jentera di peringkat akar umbi, jadi SOP ini amat menyukarkan. Ia menyukarkan buat UMNO/BN, (tetapi) kita dah mula sesuaikan diri,” tambah beliau. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.