script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Muafakat Nasional: Nasrudin Hassan Tawarkan 'Gelang Kerjasama' Damaikan UMNO-Bersatu

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menawarkan penjelasan mengenai kedudukan parti itu serta status Muafakat Nasional yang mereka meterai dengan UMNO.

Malah ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, turut memberikan penerangan mengenai strategi mereka bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada 20 November ini.

Katanya Muafakat Nasional tetap wujud seperti sepatutnya walaupun PAS kini menjadi parti komponen PN yang ditunjangi Bersatu.

Menurut Nasrudin Muafakat Nasional ialah kesepakatan di antara PAS dan UMNO "demi memelihara perpaduan umat Islam" dan untuk memastikan ia tidak retak bagi mendepani cabaran semasa.

"Keputusan PAS menggunakan logo PN dalam PRN Melaka yang dibuat dalam mesyuarat semalam tidaklah menafikan malah tidak pula memutuskan hubungan dalam Muafakat Nasional.

"Sebaliknya penggunaan logo PN dalam PRN Melaka ini merupakan langkah ijtihad politik semasa PAS bagi menghadapi PH dan merencana agar Melaka tidak jatuh ke tangan PH," katanya dalam kenyataan dibuat di media sosial hari ini.

PAS semalam memutuskan mereka akan menyertai PRN Melaka dengan bertanding menggunakan lambang PN.

Bahagi kerusi dalam harmoni

Presidennya PAS. Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. 

Ia sekali gus menunjukkan PAS menolak huluran tangan daripada Umno yang menawarkan mereka bertanding bersama dengan menggunakan lambang sendiri.

Ia merupakan perkembangan yang langka kerana sebelum ini PAS tidak pernah menyertai pilihan raya menggunakan lambang selain logo mereka kecuali sewaktu parti itu menyertai BN pada 1970-an.

Nasrudin berkata di sebalik ketetapan dibuat PAS, dia yakin langkah itu mampu mewujudkan pertembuang satu lawan satu - menghadapi Pakatan Harapan (PH) - pada akhirnya.

Menggunakan rajah yang dilukis, yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysa itu menambah Umno akan bertanding menggunakan logo BN bersama MIC dan MCA, manakala PAS membawa lambang PN bersama Bersatu.

Menggelarkan percaturan itu sebagai "gelang kerjasama" Nasrudin berkata Muafakat Nasional akan membolehkan BN dan PN dirangkumkan.

"Electoral pact (pakatan pilihan raya) boleh diurus dengan mengekalkan semangat kerjasama bagi memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRN Melaka.

"Pembahagian kerusi secara pintar mesti dilakukan dengan harmoni antara BN dan PN agar menjadi satu pasukan kuat mendepani PH," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.