script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Agong Berikan Gelaran 'Datuk Kurnia' Kepada Empat Individu Berkuatkuasa 27 Oktober Lalu

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Oktober lalu.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata Pengarah Urusan Kumpulan Bharat, Datuk Seri Vinod Kumar Agawal dikurniakan gelaran Datuk Kurnia Ekram.

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah turut memperkenankan pengurniaan gelaran Datuk Kurnia Wira kepada Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah, Left Kol Datuk Dr Ir Thong Kok Sing.

Gelaran Datuk Kurnia Bistari dikurniakan kepada Pengerusi Pertubuhan Badan Kebudayaan Daerah Maran, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pahang FC, Datuk Akhbar VVAbu diberi gelaran Datuk Kurnia Arjuna.

"Pengisytiharan pengurniaan gelaran itu selaras Perkara 28 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang yang memperuntukkan Raja Pemerintah ialah punca bagi segala pangkat kebesaran dan kemuliaan dalam negeri Pahang.

"Sebagai Sultan Pahang, hanya baginda saja berhak mengurniakan gelaran dan pangkat kemuliaan serta mengadakan pangkat kebesaran atau kurniaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.