script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Muafakat Nasional (MN) Sebenarnya Dah Lama 'Berkubur', Walau Pun Tiada Kenyataan Rasmi !

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu sudah berkubur walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu PAS saling berbeza pendapat.

"Sebenarnya tidak ada (persefahaman) kalau dia dah sanggup berbeza pendapat dengan UMNO. UMNO tak mahu jadi anggota PN (Perikatan Nasional) tetapi dia nak jadi anggota PN...apa beza?

"Tetapi jelas sekali nampak dia (PAS) penting kepada jawatan barangkali, nak guna itu untuk kepentingan politik dia... barangkali, saya tak tahu.

"Pandangan saya dengan ramai kawan-kawan yang saya telah berbincang, memikirkan MN telah berkubur ataupun dah mati lama tak ada kubur. Sememangnya tak ada keikhlasan di peringkat bawah.. di peringkat atas saya tidak tahulah," katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan, hari ini.

MN ditubuhkan 14 September 2019 selepas UMNO dan Pas setuju untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu yang dikatakan semakin terhakis selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2018.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Tengku Razaleigh berkata, pada pendapatnya, kekuatan mana-mana parti untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih lagi samar.

Katanya, setakat ini masih belum ada mana-mana parti yang menonjol dan menunjukkan potensi bakal dipilih rakyat. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.