script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRN Melaka: PAS Gunakan Logo PN Bukannya Sebagai "Mahu Berlawan" Dengan UMNO, BN !

TAIPING - Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bukan sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, sebaliknya keputusan itu dibuat atas semangat perpaduan ummah yang membabitkan tiga parti Melayu-Islam iaitu PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, walaupun bertanding dengan menggunakan logo PN namun matlamat PAS dalam PRN Melaka masih sama iaitu menentang Pakatan Harapan (PH).

“Setakat hari ini keputusan kita gunakan tu bukan (untuk) berlawanan dengan UMNO, kita masih lagi dalam konteks peraduan ummah, antara PAS, UMNO dan Bersatu.

“Kita masih lagi dalam konteks untuk kita menghadapi satu musuh kita iaitu PH, jangan (mereka) berkuasa di Melaka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program bantuan Musaadah Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong, di Taiping pada Khamis.

Selasa lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.

Ketetapan itu, kata Abdul Hadi, mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang bersidang 31 Oktober lalu dan selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS. #sumber

 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.