script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Jadi Medan Ujian Buat Perikatan Nasional Hadapi PRU-15

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan sebenar bagi Perikatan Nasional (PN) menguji 'keampuhannya' menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak pengundi Melaka mengambil pendirian berani dengan mengundi PN pada PRN Melaka pada 20 November ini.

"Saya menyeru kepada rakyat Melaka supaya mengundi simbol PN dalam PRN Melaka. Inilah simbol kami bersama parti BERSATU, PAS dan GERAKAN serta parti yang bergabung bersama kita.

"Kita menghadapi wabak COVID-19, kita sudah membuktikan dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya dalam menghadapi masalah kewangan, kerana kita ada tokoh kewangan, ada tokoh dan pakar yang boleh mengendalikan urusan dengan sebaiknya.

"Kita perlukan masa lebih panjang, PRN Melaka beri makna besar kerana selepas ini ada PRU-15. Kita harap rakyat Melaka jadi simbol dalam PRU akan datang," katanya berucap secara maya pada majlis pengumuman calon PN disempurnakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin di sini, hari ini.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon PN hari ini memaklumkan, BERSATU akan bertanding di 15 kerusi DUN, diikuti lapan kerusi ditandingi PAS dan lima oleh GERAKAN.

Abdul Hadi berkata, bagi penganut Islam, politik adalah sebahagian ajaran Islam dan mengundi menjadi satu tanggungjawab kerana memilih pemimpin adalah perkara wajib dalam Islam.

Sementara itu, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau menyifatkan proses agihan kawasan DUN pilihan raya amat penting dan meminta penyokongnya mengundi mana-mana calon PN diketengahkan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.