script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Cari Tujuh Kanak-Kanak Berumur 12 - 15 Tahun, Lari Dari Rumah Penjagaan Di Kuantan !

KUANTAN - Polis melancarkan operasi mencari tujuh kanak-kanak lelaki yang dipercayai melarikan diri dari rumah kanak-kanak, di sini semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya kini sedang mengesan lokasi kanak-kanak berumur antara 12 dan 15 tahun itu selepas menerima laporan kehilangan mangsa, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kehilangan tujuh kanak-kanak terbabit disedari seorang rakan mereka sebelum memaklumkan kepada pengurusan.

"Oleh itu, kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk mengesan kanak-kanak ini yang mungkin berlindung di tempat tertentu kerana bimbang keselamatan mereka.

"Jika melihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan supaya terus memaklumkan kepada polis. Kita percaya mereka masih berada di daerah ini," katanya kepada media selepas sidang media kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas motif kanak-kanak terbabit melarikan diri, beliau berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan turut mengenal pasti punca mereka berjaya melarikan diri sama ada melalui pintu pagar atau memanjat pagar.

"Semuanya masih lagi dalam siasatan dan berharap mereka pulang demi keselamatan masing-masing," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.