script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRN Melaka: AMANAH Umum Calon Malam Ini, SOP Yang Di Umum Oleh KJ Tidak Munasabah !

YAN - Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada malam Khamis.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman calon akan dibuat secara dalaman kepada pimpinan Amanah di negeri itu.

"Kita mendapat sembilan kerusi dan pada malam ini, Presiden akan membuat pengumuman calon secara dalaman kepada pimpinan Amanah di Melaka," katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau keadaan lokasi jambatan runtuh di Kampung Setol di sini pada Khamis.

Jambatan berkenaan runtuh akibat tragedi kepala air Titi Hayun pada 18 Ogos lalu.

Mahfuz berkata, Amanah telah mempersiapkan jentera bagi melancarkan PRN Melaka pada 20 November ini.

"Persiapan telah digerakkan, jentera daripada negeri pembantu sudah mula turun untuk memastikan pilihan raya dapat berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dianggap sebagai tidak munasabah.

"Tak boleh kempen, kalau kempen kena denda. Sepatutnya SOP munasabah yang perlu digunakan adalah SOP Pilihan Raya Kecil (PRK) di Slim dan PRK Chini. 

Maknanya kita boleh pergi ke rumah tetapi hanya beberapa orang sahaja, tak boleh ikut ramai-ramai.

"Contohnya, kalau menteri turun ke pasar, tak perlu jentera turun ke pasar. Ramai orang dan ini akan menyebabkan risiko jangkitan Covid-19," kata beliau. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.