script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tidak Akan Kerjasama: Presiden UMNO Dakwa BERSATU Takut Pada Bayang-Bayang Sendiri !

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak BERSATU, yang didakwanya semakin kecewa kerana UMNO tidak akan bekerjasama dengan parti itu pada pilihan raya Melaka akan datang.

Menerusi hantaran di Facebook Zahid berkata jelas kepada umum mengapa Bersatu semakin gementar.

"Mereka sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan 'kezaliman' mereka," katanya.

Zahid mendakwa Bersatu yang pernah bergandingan bersama DAP dalam PH telah "menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya."

"Kini perlu berdepan semula dengan UMNO dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

"Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri," dakwanya lagi.

UMNO dan BERSATU kini sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang sama - bersedia untuk bertembung dalam pilihan raya Melaka.

Hari penamaan calon pada Isnin, tetapi PAS masih cuba merundingkan supaya BERSATU dan UMNO tidak bertembung untuk kerusi yang sama.

Analisis awal menunjukkan BERSATU mungkin mengalami nasib buruk pada pilihan raya negeri walaupun dengan bantuan PAS, malah mungkin akan kalah teruk jika berhadapan dengan UMNO dalam pertembungan tiga penjuru.

Zahid berkata strategi kempen UMNO akan tertumpu kepada meningkatkan rekod prestasi UMNO-BN dalam mentadbir Melaka.

"Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu bersatu dan PH," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.