script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Berpuas Hati Pengagihan Kerusi PN Pada Pilihan Raya Negeri Melaka, 20 November Ini !

KUALA TERENGGANU - PAS berpuas hati dengan pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengagihan kerusi dibuat hasil perbincangan dan persetujuan bersama Parti Pribumi Malaysia Bersatu (BERSATU) dan GERAKAN.

"Hasil perbincangan berkenaan seperti yang diumumkan, bermakna bagi kami (PAS) tidak timbul isu tidak puas hati dan sebagainya sebab memang dirunding pada peringkat awal.

"Persetujuan bersama untuk setiap parti bertanding, tetapi sebagai satu pasukan. Walaupun jumlah kerusi itu (mengikut) parti masing-masing, kita akan duduk sebagai satu pasukan kerana kita bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan bukan atas tiket parti masing-masing, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai hala tuju Muafakat Nasional (MN) yang mungkin terjejas atau sebaliknya, Tuan Ibrahim memaklumkan MN tidak berdaftar atas parti politik.

"Sebab Muafakat Nasional tidak berdaftar, bagi kami Muafakat Nasional ialah satu medan besar untuk penyatuan ummah.

"Ia bukan hanya sekadar untuk pilihan raya (tetapi) gagasannya ialah penyatuan ummah yang bukan hanya untuk pilihan raya.

"Pilihan raya mesti parti berdaftar dan sebab itu PAS bertanding atas tiket PN sebab ia berdaftar," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.