script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Seorang Lagi "Pegawai Tinggi Kerajaan" Bakal Di Letakkan Sebagai Calon BN Di Pahang PRU-13 Ini !

KUANTAN, 29 Nov - Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Dato' Hashim Abdul Wahab (foto) dikatakan antara nama baru yang bakal dicalonkan oleh BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Beliau yang juga bekas Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dikatakan bakal diletakkan di kerusi DUN Pulau Manis iaitu kerusi baru yang diwujudkan akibat persempadanan semula kawasan mengundi bagi Parlimen Pekan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu agak selesa bagi BN kerana terdapat ribuan undi pos tentera yang dikatakan sudah pasti akan berpihak kepada BN seperti kebiasaannya. Sebelum kewujudan DUN Pulau Manis, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hampir tumbang di kerusi Parlimen Pekan apabila hanya mendapat kemenangan tipis sebanyak 241 undi pada Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, dua kerusi DUN di Pekan iaitu DUN Chini dan DUN Kuala Pahang dimenangi oleh pembangkang dari PAS dan KeADILan. Kerusi DUN Pulau Manis yang baru diwujudkan bagi membantu kemenangan mutlak Najib sebelum ini pernah diwakili oleh Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (Sakmongkol). Beliau kini telah mengisytiharkan dirinya bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai pari DAP awal tahun ini. Persoalannya, jika benar Dato' Hashim akan bertanding kali ini, maka apakah pemimpin UMNO yang lebih senior daripada beliau di situ boleh menerimanya?. DUN terbabit kini diwakili oleh Khairuddin Mahmud, dan jika ini berlaku maknanya beliau juga mungkin tidak dicalonkan pada PRU-13 nanti. Nasib yang sama seperti Dato' Ariff Sabri menjadi ADUN sepenggal. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya hal ini. Apakah BN boleh mempertahankan kerusi itu lagi atau mereka akan tumbang kali ini kerana ada dakwaan ramai anggota tentera kini sudah muak dengan janji-janji kerajaan UMNO BN terhadap kebajikan mereka. Undi mereka sekadar jadi pelengkap kejayaan BN, tetapi selepas itu nasib mereka dipinggirkan hinggalah pilihanraya yang berikutnya muncul semula. Inilah yang terjadi kepada mereka !!.

[PDO pernah mendedahkan ura-ura mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Dato' Yahya Zainal Abidin bakal dicalonkan oleh UMNO untuk mewakili BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor, Parlimen Maran. Susulan pendedahan itu, kami telah dihujani dengan berbagai info bahawa sememangnya BN akan menggunakan pegawai kerajaan terutamanya yang berjawatan tinggi untuk menjadi calon bagi menarik undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ini kerana jawatan Pegawai Kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi amat disegani dan disanjungi oleh masyarakat terutamanya orang Felda dan kampung-kampung Melayu. Maka itu, anda golongan terbabit dipilih sebagai calon maka sudah pasti ia dapat menarik kembali undi mereka yang banyak hilang pada PRU-12 lalu. Apapun, tindakan parti meletakkan orang diluar sebagai calon ini sudah pasti akan membuatkan calon-calon pilihan sedia ada marah dan undi protes pasti akan berlaku. Justeru, semua pihak perlulah berhati-hati membuat pilihan calon].
Share:

Panas: Gara-Gara Menegur Nurul Izzah, Video Panas Sultan Pahang Pula Kini Tersebar Meluas Di Internet

Teguran yang dibuat oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah (foto) terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar harus diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak sebenarnya. Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh baginda pada 15 November lalu, Sultan Hj.Ahmad Shah menegur sikap pemimpin PKR itu yang begitu lantang bersuara bab agama hingga tidak sedar apa yang diperkatakan telah menimbulkan situasi tidak tenteram kepada umat Islam. "Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini. "Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda.  Baginda juga bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif. "Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda. "Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya. Susulan kenyataan baginda itu, kini episod "serangan peribadi tuanku" telah dilakukan oleh pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan maruah Sultan Pahang. Selepas heboh diperkatakan tentang pendedahan Blogger Uncle Seekers terhadap Sultan Johor, kini kecoh dibuatnya apabila tersebar video panas berkenaan Sultan Pahang di laman Youtube. Tidak diketahui siapa yang memuat turun video tersebut, namun ia mungkin ada kaitan dengan kenyataan Sultan Pahang terhadap Nurul Izzah agaknya. Video yang bertajuk "Kat Films Royal Soiree: 1881 Celebrations Of His Royal Highness Sultan Pahang & Prince Hafad.mov". Edaran video tersebut kini telah disaksikan ramai pihak termasuk warga Pahang di luar negara. Malah, video berkenaan juga telah disebarkan di laman  sosial facebook serta tweeter secara meluasnya. Malah dalam blog panas amenoworld dengan jelas mendedahkan gambar-gambar berkaitan untuk tatapan pembacanya. Apa yang terjadi ini benar-benar sesuatu yang sungguh mendukacitakan kerana ia melibatkan Sultan Pahang yang dikenali sebagai "Raja Berjiwa Rakyat" dan  disanjung oleh penduduk negeri ini.


[Video yang berdurasi selama 3 minit ini diterbitkan oleh KatFilms.Co.Uk jelas sekali boleh menjatuhkan imej dan maruah Sultan Pahang sebenarnya. Tambahan dalam video berkenaan ada memaparkan adengan-adengan yang tidak sewajarnya dipertontonkan kepada rakyat. Persoalannya sekarang, siapakah pihak yang telah memuat turun video berkenaan ke laman Youtube. Dari maklumat pada Youtube video berkenaan diterbitkan oleh individu yang bernama ikanbandor mulai semalam (27 November). Sebagai rakyat Pahang kita merasa amat kecewa dengan penerbitan video yang boleh menjejaskan imej dan maruah institusi raja di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru, pihak berkuasa digesa segera memantau perkara ini kerana ia jelas sekali satu penghinaan yang telah dirancang oleh pihak tertentu].
Share:

Mahkamah Tinggi Kuantan 'Tangguh Pengurusan' Kes Lynas Malaysia 'Saman SMSL' Pada 17 Disember Ini !!

KUANTAN, 28 Nov - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menangguhkan pengurusan kes saman fitnah Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) terhadap kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) pada 17 Disember depan. Hakim Dato' Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata, penangguhan itudilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini. Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara. Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan. Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lynas diwakili Tetuan Jeff Leong, manakala SMSL dan dua individu itu diwakili firma guaman Bastian Vendargon.

[Ramai pemerhati yang berpandangan keputusan Lynas menyaman SMSL ini pasti akan dimenangi oleh Lynas. Ini kerana Lynas sudah pun dibenarkan operasinya oleh kerajaan Malaysia sendiri. Makanya, tidak mungkin keputusan perbicaraan kes ini akan berpihak kepada SMSL. Walau apapun yang dilakukan oleh rakyat bagi menghalang operasi kilang Lynas termasuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur baru-baru ini, namun tidak mungkin kewujudan Lynas di kawasan perindustrian Gebeng dapat dihalang melainkan mengubah kerajaan yang ada hari ini. Hanya rakyat yang perlu buat perubahan jika mereka mahu masa depan mereka lebih terjamin pada masa yang akan datang. Maka, buatlah pilihan anda!].
Share:

Panas: "PKR Pahang Bergolak", Timbalan Ketua AMK Umum Perletakkan Jawatan Berkuatkuasa Hari Ini !

KUANTAN, 27 Nov - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor (foto)  mengumumkan perletakkan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta hari ini. Menerusi posting terbaru di laman sembang sosial facebook beliau, Haryman atau lebih dikenali dengan gelaran Alang menyatakan perletakkan jawatan itu berkuatkuasa mulai jam 1.00 pagi ini (27 November). Tidak diketahui apakah punca beliau berbuat demikian, namun alasan utamanya ialah mahu menumpukan perhatian kepada parlimennya sahaja. Apapun, berdasarkan mesej-mesej panas yang terdapat di wall FB beliau ternyata adanya pergolakan dalaman sayap kanan parti itu di Pahang antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri. "Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang ... Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan. Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu.... tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama...Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA", kata kenyataan di FB beliau itu. Sementara itu, dalam satu kenyataan ringkasnya Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani Abd Ghani pula berkata tidak berlaku sebarang masalah antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri, jika ada sekali pun beliau akan cuba berbincang untuk cari jalan penyelesaian terbaik.

[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi AMK Pahang. Persoalan yang timbul ialah kewujudan AMK di Pahang dilihat kurang "menyengat" jika dibandingkan dengan Soladirati Anak Muda Malaysia (SAMM). Malah, ramai pihak termasuk PAS dan DAP sendiri yang bersama PKR dalam Pakatan Rakyat masih tidak mengenali siapakah pimpinan AMK Pahang sebenarnya. Begitu juga dengan rakyat. Banyak AMK Cabang gagal berfungsi dengan baik dan yang paling aktif hanyalah AMK Indera Mahkota dan AMK Kuantan. PDO akan cuba mendapatkan info lanjut daripada pihak berkenaan].
Share:

Panas: Blogger Cucumatkilau Tidak Menolak Mungkin Sertai DAP Jika Itu Caranya Mantapkan Perjuangan !!

KUANTAN, 26 Nov - Bekas wartawan eksklusif PDO, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran CMK@Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini tidak menolak kemungkinan akan sertai parti DAP jika itu caranya untuk meneruskan perjuangan rakyat Malaysia. Maklumat mengenai isu tersebut timbul seperti yang dihebohkan di dalam laman sembang sosial facebook sekarang. Beliau yang sudah lebih sebulan meninggalkan PDO kini bergerak cergas sebagai aktivis rakyat dan kini turut berkhidmat secara sambilan dengan radio internet Cili FM yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Dalam satu posting di wall FB Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa beliau akan mengikut jejah langkah seorang lagi blogger dari Pahang iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz atau lebih dikenali dengan nama Sakmongkol AK47 untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP). "Khabar angin mengatakan CMK akan menyertai DAP bertiup kencang kini...mungkinkah beliau akan mengikuti jejak langkah Blogger Sakmongkol, Datuk Arif Sabri akan terjawab nanti", kata kenyataan di FB Razali Alias itu. Sementara itu, menurut satu kenyataan Blogger itu ketika dihubungi mendakwa susulan kenyataan pemimpin PKR itu menyebabkan beliau dihujani banyak panggilan telefon oleh kawan dan lawan. "Saya tidak pasti apakah motif pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan seperti itu... Sebelum ini saya dihebohkan akan menyertai UMNO.. kini DAP pula.. malah terdahulu parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.. Mungkin ada usaha pihak tertentu menghilangkan sokongan orang Melayu kepada saya agaknya. Tambahan sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang atas tiket bebas pro-rakyat di kawasan DUN yang mempertemukan calon bukan Melayu di Pahang", kata CMK. Walau bagaimana pun beliau tidak menolak kemungkinan ke arah itu kerana sebelum ini sudah beberapa kali pimpinan DAP menyatakan hasrat untuk melamarnya menyertai parti itu. "Saya tiada masalah untuk bersama-sama dengan mana-mana parti politik yang berjuang untuk rakyat Malaysia. DAP punyai kelebihan tersendiri dan mereka amat memerlukan orang  Melayu untuk menyertainya bagi mengalih tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa DAP adalah parti perkauman untuk orang Cina semata-mata selama ini", tambah CMK lagi. Ketika ditanya apakah beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum akan datang, dia tidak menolak kemungkinan ke arah itu. 


"Saya harus menyertai pilihanraya dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Tapi ia bergantung kepada kekuatan kewangan yang saya ada. Sertai pilihanraya sebagai Team 3rd Force adalah satu pengalaman baru yang amat sukar untuk digambarkan. Ada orang suka BN dan menolak PR.. ada orang sokong PR dan menolak BN... namun harus diingat.. lebih ramai lagi pengundi atas pagar yang melihat kuasa 3rd force boleh menjadi penegur yang baik kepada kepada kesemua parti politik di DUN atau Parlimen sebenarnya. Saya berjuang bersama rakyat, sebab itu walau pun sudah berada di luar parti saya tetap berpihak kepada rakyat. Saya tidak rela ada pemimpin yang menipu rakyat baik mereka BN atau PR. Sebab itu saya menegur secara terbuka tanpa takut kepada sesiapa melainkan Allah Taala semata-mata. Memang saya tau saya dimusuhi kerana berani menegur, tapi mereka juga perlu ingat tidak semua yang dilakukan itu betul atau salah semata-mata. Mana yang baik kita sokong mana yang tidak baik kita tegurlah.. Itu pun ada pemimpin yang mengutuk saya dengan berbagai-bagai cacian.. kononnya saya dibayar dan sebagainya. Walhal, apa yang didedahkan itu adalah benar semata-mata dan diluahkan oleh ahli parti itu sendiri sebenarnya. Maka itulah siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya", kata CMK mengakhiri kenyataan beliau kepada PDO.

[Semua pihak harus menghormati apa pun keputusan yang dibuat oleh blogger terbabit. Dia ada hak untuk tentukan hala tuju politiknya. Selama ini perjuangan beliau tetap untuk rakyat walau pun sudah tidak bersama mana-mana parti politik. Sejak sekian lama, blogger berkenaan masih konsisten dengan perjuangan rakyat walau pun dihentam bertalu-talu oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri atas sikapnya yang berani menegur kepimpinan tertinggi parti. Soal apakah beliau akan bertanding sebagai calon 3rd force juga kini menghantui persiapan parti-parti politik tertentu. Apapun, dalam amalan politik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysa ini, sewajarnya ada pihak ketiga yang benar-benar bebas perlu bangkit dan berani menegur mana-mana pihak yanh khianat kepada rakyat. Inilah yang perlu dalam menjamin kestabilan politik di negara kita sebenarnya. Apa yang jelas dapat dilihat sekarang begitu ramai wakil rakyat yang kononnya bebas tetapi memihak kepada UMNO BN selepas mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka, sudah tiba masanya mereka yang benar-benar berjiwa bebas di angkat rakyat]. 
Share:

Panas: Lynas, Kerajaan "Lulus Lesen TOL" Tapi Masih Bercelaru Ke Manakah Sisa Buangan Mahu Di Hantar !


Himpunan Hijau akhirnya berjaya menuju ke Dataran Merdeka selepas tiga belas hari berjalan sejauh lebih 300 kilometer ke ibu negara. Semuanya kerana mahu menyatakan bantahan atas tindakan kerajaan membenarkan operasi kilang Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Perjalanan yang penuh berliku melalui jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur itu dilihat lambang semangat sebahagian besar warga Kuantan yang tidak mahu Lynas beroperasi di bandar ini. Ketika mereka teruskan perjuangan Lynas pula telah menerima kemasukan bahan nadir bumi "rare earth" dari Australia beberapa hari yang lalu. Himpunan membantah kemasukan bahan terbabit sedikit kecoh apabila ada pihak yang mengadakan demontrasi secara aman di pintu masuk ke Pelabuhan Kuantan baru-baru ini. Kini, "rare erath" sudah berada di sini dan menunggu masa untuk diproses sebelum ia mengeluarkan bahan buangan beradiasi yang amat ditakuti oleh rakyat itu. Soalnya sekarang, ke manakah sisa buangan itu akan dihantar?. Sebelum ini kerajaan sendiri pernah mengatakan mereka tidak mahu bahan buangan terbabit ditinggalkan di negara ini. Persoalannya sekarang, dikala isu sisa buangan belum selesai tiba-tiba lesen operasi sementara (TOL) pula diluluskan. Masih kita ingat Presiden MCA, Chua Soi Lek sendiri ada mengatakan agar Lynas membawa keluar sisa buangan tersebut. Namun kini masing-masing menyepi dan berdiam diri seolah-olah tidak berkata apa-apa bila lesen operasi sementara Lynas diberikan. Apa yang memuyskilkan rakyat sekarang, ke mana sisa buangan itu akan dihantar. Di bawa balik ke Australia atau ditanam dalam kolam-kolam yang disediakan di kilang Lynas. Harus diingat, rakyat marahkan kerana takut dengan radiasi yang akan terhasil akibat sisa buangan itu. Memang sekarang tidak ada radiasi lagi, tapi bagaimana sepuluh atau dua puluh tahun akan datang?. Ketika ini, pemimpin yang ada hari ini mungkin sudah tiada lagi. Makanya, yang akan menjadi mangsa ialah anak-anak cucu kita. Maknanya, kita benarkan Lynas tanpa mengambilkira risiko yang bakal ditanggung oleh generasi akan datang. Wajarkah kerajaan perjudikan nasib rakyat hanya untuk mengaut keuntungan atas pelaburan?. Inilah yang jadikan rakyat bangkit dan terus berjuang untuk halau Lynas keluar dari negara ini sebenarnya. Apakah kerajaan BN sedar perkara ini atau sengaja dibuat tak sedar?

 
[Jika tiada tempat lain untuk dibuangkan termasuk di pulau-pulau seperti yang diperkatakan sebelum ini, makanya sisa buangan Lynas akan diletakkan dalam kolam yang disediakan (foto). Soalnya sekarang, apakah mereka yakin tiada risiko sedangkan ia akan menhasilkan sesuatu yang berbahaya pada masa yang akan datang. Oleh itu, kerajaan perlu maklumkan kepada rakyat sekarang ke mana sisa buangan itu akan dihantar?. Jika rakyat berpuas hati makanya ia mungkin tidak jadi masalah. Namun, jika kerajaan sendiri tidak tahu ke mana sisa buangan itu akan dihantar apa guna mereka meluluskan lesen operasi kepada kilang terbabit agaknya?.Nampak benar bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam kontroversi ini. Hanya rakyat boleh buat pilihan pada pilihanraya umum akan datang. Jika mahu Lynas kekal maka mereka pilih BN, tapi jika tidak mahu Lynas kekal maka mereka boleh buat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat. Inilah saja pilihan terakhir mereka sebenarnya. Mahu atau tidak mereka perlu lakukan perubahan PRU ini !].
Share:

Panas: Wakil DAP Di Halang Masuk Ke Taklimat SPR !!

KUANTAN, 26 Nov - Taklimat Penerangan Berkaitan Dengan Pusat Mengundi bagi Daerah Mengundi (DM) Sungai Isap, N15 DUN Tanjung Lumpur Parlimen Kuantan hari ini "kecoh" apabila Ketua DAP Kuantan, Cheah Kim Hung (foto) telah dihalang masuk ke Bilik Gerakan Pejabat Pilihanraya Pahang dekat Wisma Persekutuan di sini pagi tadi. Menurut sumber, difahamkan Cheah telah dihalang masuk ke mesyuarat terbabit gara-gara beliau memakai baju T-Shirt kuning "Bersih". Mungkin akibat fobia dengan baju tersebut menyebabkan Pengarah SPR Pahang, Tuan Hj.Othman Noh  sendiri telah bertindak mengarahkan beliau keluar dan tukar pakaian lain yang lebih sesuai. Namun, akibat kegagalan beliau menukarkan pakaiannya maka dia terpaksa akur dan meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang. Difahamkan, semua wakil parti baik dari BN (Barisan Nasional) mahu pun Pakatan Rakyat (PR). "Saya baru balik dari Himpunan Hijau (pagi ini).. tak sempat mau tukar baju .. lagi pun saya hanya hadir mewakili Setiausaha DAP Pahang yang tidak dapat datang... dalam surat yang diedarkan tidak pula menyatakan etika berpakaian (baju) yang perlu dipakai. Sebab itu saya terus hadir dengan memakai baju Bersih", kata Cheah ketika dihubungi pahangdaily. Sementara itu, taklimat hari ini ialah berkaitan Pecahan Lokailiti Mengikut Pusat Mengundi bagi Sek.Keb Sungai Isap dan Sek.Keb Sg.Isap Murni. DUN Tanjung Lumpur kini diwakili oleh Exco Kerajaan Pahang, Wan Adnan Wan Mamat (BN) manakala bagi Parlimen Kuantan pula diwakili Fuziah Salleh (PKR).

[Agak mengejutkan dengan apa yang berlaku, namun tidak janggal kenapa ia harus terjadi. Ini kerana mana-mana jabatan kerajaan sekali pun pasti ada peraturan yang wajar dipatuhi oleh orang awam. SPR adalah sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai peraturan dan etika terutamanya dari segi berpakaian. Justeru, mana-mana parti politik wajar memaklumkan kepada wakil mereka agar berpakaian formal seandainya ada sebarang taklimat berkaitan pilihanraya selepas ini. PDO tidak menyalahkan Pengarah SPR Pahang dalam hal ini, kerana ia menjadi hak beliau untuk berbuat demikian sebagai tuan rumah. Isu ini tidak wajar dijadikan senjata untuk menyerang SPR kerana jika berlaku kepada jabatan kerajaan di negeri Pakatan Rakyat sekali pun, mungkin kes yang sama akan terjadi. Semua pihak perlu menghormati undang-undang dan etika berpakaian telah ditetapkan].
Share:

Tindakan Halang Wakil ANAK Serahkan Memorandum Bukti 'Felda Memang Bersekongkol' Dengan Yahudi !!

Keengganan Felda menerima memorandum daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) seolah-olah GLC itu memberi isyarat kepada rakyat akan meneruskan urusniaga menjual minyak sawit mentah kepada Israel-Zionis. Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (foto) ketika memberi respons ketika berucap di hadapan pintu pagar Wisma Felda, menyifatkan keengganan Felda itu menunjukkan bagaimana sikap Kerajaan Umno-BN bersekongkol "membunuh" rakyat Palestin apabila membiarkan Felda Oil Products Sdn. Bhd. menjual hasil minyak sawit negara kepada syarikat Isreal itu antaranya Bunge Agribusiness Singapore yang berpangkalan di Singapura. Menurutnya, Felda tidak sensitif terhadap serangan terbaharu di Gaza yang sebenarnya mempunyai kaitan langsung dengan hubungan dagangnya bersama-sama negara haram Israel itu. Anak mengadakan himpunan yang disertai lebih 3,000 rakyat prihatin menyerahkan memorandum menuntut menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat musuh Islam itu di Wisma Felda, Jalan Semarak di sini semalam. "Pengkhianatan Felda terhadap negara yang juga mendedahkan kemunafikan kerajaan berlaku apabila sejak 16 Jun 2010 lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) telah membenarkan syarikat asing menguasai pegangan ekuiti sehingga 70 peratus. "Lebih hipokrit lagi apabila minyak sawit mentah kita terus dijual kepada Israel padahal Perdana Menteri baru-baru ini sudah pun mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang kemudiannya disepakati oleh Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat," katanya yang juga AJK PAS Pusat itu. Tambah beliau, Felda IFFCO Oil Products Sdn. Bhd. yang memegang pemasaran minyak sawit mentah telah mula membuka dagangan kepada syarikat Isreal-Zionis dengan jumlah jualan mencecah jutaan ringgit sehinggalah ke hari ini sebenarnya.


Terdahulu, pada 18 November lepas, Mazlan telah mendedahkan adanya invois urusniaga minyak sawit mentah Felda dengan syarikat milik Israel-Zionis itu ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK). Perarakan pada awalnya diiringi hujan lebat sebaik selepas solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak. Himpunan yang dihadiri oleh anak-anak peneroka dan NGO yang memperjuangkan isu Palestin itu juga dihadiri pimpinan PAS antaranya Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, Presiden Bapa, Razman Zakaria selain selebriti Abby Abadi. Mohamad Sabu ketika berucap di luar pagar pintu masuk Wisma Felda berkata, dagangan minyak sawit mentah dengan Israel itu patut dihentikan segera pada ketika rakyat Palestin di Gaza sejak berpuluh-puluh tahun lalu sehingga hari ini dizalimi termasuk beberapa serangan terbaharu sejak pertengahan bulan ini."PAS sejak awal penubuhannya lagi tanpa kompromi menolak sebarang kerjasama dengan negara haram itu dan prinsip ini sebenarnya selari dengan isu kemanusiaan yang juga menarik perhatian bukan Islam serta perjuangan hak asasi manusia sedunia yang mencintai keamanan," ujarnya. Bagaimanapun, memorandum berjumlah tiga halaman berserta salinan surat pindaan syarat ekuiti serta salah satu invois urusniaga tersebut bertarikh 23 April lalu enggan diterima oleh wakil Felda yang hanya sudi bertemu seketika dengan Mazlan dan pimpinan PAS lain di luar bangunan ibu pejabat itu sahaja. Rentetan layanan buruk Felda itu, Mazlan mengisytiharkan dalam tempoh tujuh hari perhimpunan yang lebih besar akan dilancarkan jika Felda tidak hentikan penjualan minyak sawit kepada pihak Israel. 

[Penyerahan memorandum itu juga disokong oleh ribuan mahasiswa yang sebelum itu berarak di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang - Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan sayap kaum hawanya Srikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM). Turut menyertai, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Demi Mahasiswa KUIS (DMK) dan Gerakan Demokratik Belia & Pelajar Malaysia (Dema). Himpunan dan usaha penyerahan memorandum bantahan itu bersurai pada pukul 3.15 petang selepas mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Apapun, Tiada kejadian yang tidak diingini telah berlaku sepanjang program itu].
Share:

Panas: Anggota "Polis Kecewa" Di Jadikan Alat "Kerja Amal" Iringi Lori Treler Nadir Bumi Ke Kilang Lynas !!

KUANTAN, 23 Nov - Sebahagian besar anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini meluahkan perasaan kecewa mereka akibat tindakan kerajaan menjadikan mereka "alat" untuk menjaga kepentingan pojek Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kekecewaan itu timbul apabila anggota polis terbabit yang sepatutnya berjaga-jaga kiranya ada rusuhan atau demontrasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam ketika operasi membawa masuk bahan nadir bumi yang tiba dari Australia di Pelabuhan Kuantan ke kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Namun, apa yang belaku anggota polis dari cawangan trafik IPD terbabit seramai lebih kurang 30 orang tiba-tiba ditugaskan menjadi polis pengiring lori-lori treler yang digunakan untuk operasi terbabit. Menurut beberapa orang anggota polis berkenaan, mereka benar-benar tertipu dengan arahan berkenaan. Kerajaan tidak sepatutnya menyalahgunakan tugas anggota polis. "Kami bukannya dibayar gaji untuk iringi lori treler sebuah syarikat swasta seperti Lynas ... lainlah ia syarikat milik kerajaan. Apa yang terjadi ini jelas sekali telah melanggar tugasan dan tanggubgjawab yang telah diamanahkan kepada kami", kata mereka. Apa yang berlaku ini jelas sekali melanggar peraturan pegawai kerajaan yang telah ditetapkan. Soalnya kenapa anggota polis ini digunakan untuk mengiringi operasi membawa bahan nadir bumi "rare earth"?. Kenapa Lynas yang telah melabur beratus juta ringgit itu tidak menggunakan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan (security), jika mereka benar-benar mahu kawalan keselamatan dilakukan terhadap operasi tersebut. Kenapa perlu anggota polis dijadikan alat kepada operasi sebuah syarikat swasta. Lynas bukan kilang milik Kerajaan Negeri Pahang atau pun Kerajaan Malaysia. Ia milik pihak swasta. Maka menggunakan anggota polis untuk tujuan berkenaan jelas sekali bercanggah dengan peraturan pegawai kerajaan yang telah ditetapkan. Difahamkan, awal pagi semalam sahaja ada lebih dari 150 trip lori treler berkenaan berulang alik dari Pelabuhan Kuantan ke Gebeng. "Kami terpaksa lakukan kerja amal hingga jam 6.00 pagi dikala orang lain tidur lena. Lebih menyedihkan, kami hanya disajikan sedikit minuman dan makanan (mee goreng) tiada upah dan elaun tambahan diberikan. Lynas yang kaya raya bakal mengaut untung ratusan juta ringgit .. kudrat dan tenaga kami hanya dibayar dengan sepingga mee goreng... jika semalaman dibayar RM200 hingga RM300 seorang mungkin tidak menjadi pertikaian. Namun, inilah yang terjadi kepada kami sekarang... Kami mengawasi bahan mentah mereka dengan arahan pihak atasan. Kami yang menanggung risiko baik dari segi kesihatan atau pun ancaman nyawa", jelas salah seorang lagi anggota polis terbabit. 


Difahamkan juga, anggota polis terbabit di tempatkan di Balai Polis Pelabuhan Kuantan sebelum memulakan operasi sekitar jam 1.00 pagi. "Arahan yang diberikan, semua operasi tidak akan dimulakan sekiranya ada rusuhan atau himpunan di pintu masuk jalan ke pelabuhan. Sepatutnya itulah tugas kami, mengawasi ketenteraman awam.. bukan dijadikan alat untuk menjaga kepentingan sebuah syarikat yang kaya raya seperti Lynas ini. Harap-harap pihak kerajaan dapat berbuat sesuatu agar kebajikan kami lebih terbela jika ada operasi sebegini rupa pada masa-masa yang akan datang", tambah mereka lagi

[Apa yang berlaku ini amatlah tidak wajar sama sekali. Polis sepatutnya digunakan untuk menjaga ketenteraman awam dan bukannya keselamatan sebuah syarikat swasta seperti Lynas yang kaya raya ini sebenarnya. Sudahlah mereka tidak diberikan elaun tambahan, lebih teruk lagi terpaksa bekerja hingga ke pagi hari dan hanya diberikan makan mee goreng semata-mata. Ini merupakan satu penghinaan kepada tugas seorang penjawat awam terutamanya anggota polis itu sendiri. Walau pun Lynas mahu pergerakan mereka diawasi, syarikat terbabit sepatutnya menggunakan khidmat agensi kawalan keselamatan yang banyak terdapat di negara ini. Kenapa begitu kedekut keluarkan peruntukan untuk mendapat khidmat agensi terbabit. Kenapa perlu gunakan anggota polis secara percuma sedangkan Lynas akan mendapat untung bernilai jutaan ringgit. Malah, turut dipersoalkan jika benar Lynas tidak berbahaya maka kenapa mereka perlu takut berhadapan dengan rakyat yang berada di Pelabuhan Kuantan untuk membantah penghantaran bahan berkenaan ke kilang mereka di Gebeng. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Maka itu, tidak salah untuk rakyat mempertikaikan projek terbabit. Mereka ada hak untuk hidup selamat dan selesa].
Share:

Panas: PRU13, Bekas Orang Kuat Fuziah Salleh Bakal Menentangnya "Tiga Penjuru" Di Parlimen Kuantan !!

KUANTAN, 22 Nov - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) dijangka akan berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru di parlimen itu pada pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Ini berikutan, salah seorang bekas "orang kuat" beliau di PKR Cabang Kuantan menyatakan hasratnya untuk bertanding melawan Fuziah. Ini bermakna, Naib Presiden PKR itu bakal bertarung tiga penjuru di parlimen itu kali ini. Jika ini berlaku, Fuziah bakal berhadapan dengan laluan cukup sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut. Menurut sumber, individu terbabit antara salah seorang pengerak awal KeADILan di Negeri Pahang dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Ketua KeADILan Negeri Pahang (kini AMK). Malah beliau juga pernah menjadi Naib Ketua KeADILan Bahagian (kini Cabang) Kuantan. Hasrat beliau itu dinyatakan dalam satu "pertemuan sulit" dengan krew PDO di Hotel Concorde, Kuala Lumpur baru-baru ini. Difahamkan juga beliau mendapat sokongan penuh termasuk dari segi kewangan daripada beberapa orang ahli-ahli perniagaan (korporat) "orang Pahang" di ibu negara. "Antara faktor utama saya menawarkan diri kerana ingin memberi peluang kepada rakyat Kuantan membuat pilihan yang terbaik bagi mewakili mereka di parlimen pada kali ini. Kita tidak mahu seorang wakil rakyat yang hanya menjaga kaum-kaum tertentu sahaja dipilih menjadi wakil rakyat. Amalan ini banyak dilakukan oleh Fuziah sejak beberapa tahun lalu. Beliau lebih gemar menjaga kelompok bukan Melayu demi meneruskan survival politik beliau selama ini. Amalan ini tidak baik untuk rakyat dan beliau wajar diturunkan secara terhormat pada PRU13 ini", kata beliau. "Kemenangan beliau pada PRU12 adalah nasib semata-mata.... sebahagian besar penyokong dan petugas-petugas pada masa tempoh kempen pilihanraya adalah orang-orang PAS... sebelum PRU12 ahli-ahli jawatankuasa sebahagian besarnya adalah orang-orang Melayu. Hanya ada tiga orang sahaja Cina tetapi selepas beliau menang .. AJK berbangsa Melayu ramai dianaktirikan .. malah ramai orang-orang kanan beliau sendiri dipinggirkan hingga terpaksa membawa diri...  Jelas dapat dilihat beliau begitu akur dan patuh kepada orang bukan Melayu dalam setiap gerak kerjanya. Kemuncaknya, semasa pemilihan parti 2010 lalu Fuziah yang dipengaruhi oleh pihak terbabit telah menyekat (pancas) semua calon-calon Melayu yang mahu bertanding jawatan penting parti di cabang Kuantan. Antaranya Ketua Cabang, Timbalan Ketua, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda... semuanya dimenangi tanpa bertanding akibat permainan kotor Fuziah dan "cai-cainya" yang bukan Melayu. Lebih teruk lagi beliau mengaku bahawa dia terpaksa akur dengan "cai-cai" yang ditentukan oleh pihak terbabit. Hanya jawatan Naib Ketua sahaja yang ditandingi ketika itu. Fuziah tidak wajar bersikap demikian jika beliau sayangkan bangsa Melayu. Dia rela diperalatkan oleh pihak berkenaan yang mempunyai agenda tersembunyi dengan menjadikan beliau sebagai alat politik masing-masing", tambahnya.


Difahamkan rakyat Parlimen Kuantan yang mengundi beliau pada PRU12 lalu juga amat kecewa dengan sikap Fuziah. "Orang ramai terutamanya para pengundi di Parlimen Kuantan merayu Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar calon lain terutamanya anak jati Kuantan yang lebih berjiwa rakyat dan senang didampingi setiap masa... bukan seperti Fuziah yang hanya menjadi wakil rakyat hujung minggu.. lebih banyak masa dihabiskan di Bangi dari Kuantan. Segala gerak kerja beliau diserahkan kepada Pegawai Khas beliau yang bukan Melayu di sini. Ini menyebabkan, banyak program yang dijalankan lebih menjurus ke arah kaum bukan Melayu semata-mata. Ramai yang sedar semua ini, tapi mereka bagi ruang kepada Fuziah untuk kembali ke pangkal jalan.. namun kini sudah terlambat.. dan riwayat politik Fuziah di Kuantan bakal terkubur pada PRU-13 ini nanti. Sebab itulah saya menawarkan diri untuk menentang beliau pada kali ini. Saya akur untuk menarik diri sekiranya Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Parlimen Kuantan, namun jika Fuziah (PKR) hasrat ini bakal diteruskan tanpa sebarang prejudis.. lawan tetap lawan. Saya harap rakyat bijak membuat keputusan mereka kali ini dan saya sendiri amat rapat dengan pengundi di Kuantan sejak sekian lama .. baik orang UMNO, PAS, PKR dan sebagainya", tambah beliau mengakhiri kenyataannya tersebut.

[Sebenarnya Fuziah Salleh tidak mempunyai kekuatan di cabang Kuantan. Beliau hanyalah beretorik semata-mata dan rasa selesa dengan isu Lynas yang diperjuangkan. Namun kini, selepas Lynas dibenarkan beroperasi oleh mahkamah maka Fuziah dilihat gagal sebenarnya. Kekuatan beliau hanyalah terletak kepada beberapa kerat individu yang selama ini dilihat menjadi "funder" kepadanya dalam setiap gerak kerja dan aktiviti rakyat di Parlimen Kuantan. Fuziah begitu mempercayai pihak terbabit dan hanya balik seminggu sekali untuk menunjukkan mukanya. Ramai yang sudah tahu, AJK Cabang Kuantan yang berbangsa Melayu semakin menjauhkan diri dari beliau termasuk Naib Ketuanya yang menghantar surat perletakkan jawatan baru-baru ini. Biarpun ia dinafikan selepas didesak oleh Fuziah namun "pekong sudah terbuka". Paling mengejutkan terdapat dakwaan, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuantan yang dipengerusikan oleh Fuziah baru-baru ini penuh dengan "ahli hantu" yang tidak berdaftar (tidak sah). Ia jelas menyalahi undang-undang parti. Orang kanan beliau terpaksa mencari ahli-ahli baru untuk hadir bagi mencukupkan jumlah kehadiran MATC yang disyaratkan. Amat memalukan bila mana Fuziah selaku Naib Presiden dan mantan Ketua Wanita berbuat demikian kerana kurangnya sokongan ahli Melayu di cabang sendiri. Kini, masanya untuk berubah sudah tiba dan rakyat Kuantan tidak perlu lagi diperbodohkan oleh seorang wakil rakyat yang "cakap tak serupa bikin". Nasib Fuziah bertambah parah bila mana terdapat khabar angin BN juga akan  meletakkan calon Melayu dari UMNO di Parlimen Kuantan pada PRU-13 ini nanti. Jika ini berlaku maka harapan Fuziah kembali ke parlimen sebagai wakil rakyat pasti tidak kesampaian. Apapun, ia terletak ditangan rakyat untuk tentukannya].
Share:

Panas: "Penguatkuasaan Yang Lemah" Serta Rasuah Berleluasa Punca Negara Jadi Syurga Warga Asing !!

Bila diperkatakan isu ribuan warga asing mendapat kerakyatan dengan mudah di negara ini, ramai pihak terutamanya kerajaan UMNO BN melenting dan mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata. Malah ada yang mengatakan pihak pembangkang sengaja menimbulkan isu tersebut setiap kali musim pilihanraya, dan ia bermotifkan politik semata-mata bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Paling menarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menaungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menafikan tuduhan-tuduhan liar tersebut sambil mengatakan ia adalah sati propaganda pihak pembangkang. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan semua kenyataan yang dibuat ini, sedangkan dalam masa yang sama ribuan malan jutaan warga asing dilihat berada di negara ini. Lihat saja semasa program 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih setuja warga asing berada di negara ini tanpa rasa bersalah. Malah, mereka bebas ke sana-sini, berniaga dan menjalankan aktiviti ekonomi seolah-olah berada di negara mereka. Persoalannya, kenapa ini harus berlaku jika penguatkuasaan undang-undang negara kita ketat?. Kenapa jutaan warga asing boleh berada di negara kita jika perairan negara dikawal ketat seperti apa yang berlaku di Singapura?. Semua ini menimbulkan syak wasangka dan kemusykilan di hati rakyat bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena atas fenomena ini sebenarnya. Mahu atau tidak, kerajaan tetap akan dipersalahkan kerana terlalu lemah bertindak. Tambahan pula, kuasa dan tanggungjawab itu terletak dibahu kerajaan yang memerintah. Anehnya ini tidak berlaku, malah saban tahun kita akan mendengar ribuan warga asing terus berada di negara ini dengan aman dan selamat. Kenapa ini terjadi jika kerajaan serius menangani isu kebanjiran warga asing terutamanya PATI ini?. Kenapa pemantauan dan penguatkuasaan di negara kita terlalu lemah?. Menyebabkan warga asing begitu mudah membolosi kawalan keselamatan negara?. Bayangkan, jika mereka yang masuk itu adalah penjenayah antarabangsa atau lanun-lanun yang menyamar dan kemudiannya melakukan kerja jahat mereka di bumi tercinta ini. Kenapakah pihak berkenaan langsung tidak rasa bersalah melihat senario ini?. Atau mungkinkah ia disengajakan untuk memberikan rakyat Malaysia berada dalam ketakutan dan akhirnya mahu kekal berada di bawah pemerintahan kerajaan UMNO BN sehingga ke hari kiamat agaknya?. Fikirkanlah, apakah kita mahu semua ini berterusan untuk 100 tahun yang akan datang. Ingatlah, anak-anak cucu kita pasti akan salahkan kita jika satu hari nanti mereka hidup dalam keadaan warga asing yang berkeliaran di depan mata setiap hari. Apakah anda mahu membiarkan segalanya ini terus berlaku?

 
[Paling menarik untuk diperkatakan, ke mana pergi maruah negara apabila jutaan warga asing dilihat terus berada di negara ini?. Mereka yang berkuasa marah dan mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh warga asing. Namun, hakikatnya kenapa mereka boleh terlepas dan terus selesa berada di negara ini?. Pihak terbabit tidak harus lari dari unsur rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan semua ini berleluasa. Mahu atau tidak, sudah pasti operasi gagal apabila ada pihak yang menjadi talibarut dan menerima rasuah daripada pihak berkenaan untuk melindungi warga asing ini. Paparan yang keluar di media arus perdana terkadang hanyalah taktik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Kononnya, operasi sudah dilakukan walhal selepas operasi semakin banyak warga asing yang dilihat berkeliaran di lokasi tertentu. Mereka tangkap kemudian lepaskan, inilah yang berlaku dan gagal ditangani hingga ke hari ini. Semuanya gara-gara rasuah yang terus berleluasa melibatkan pihak yang dipertanggungjawabkan itu. Usahlah, merungut apabila mereka terus berada di sini tanpa rasa bersalah. Semuanya kerana peraturan dan penguatkuasa negara yang dilihat begitu lemah dan cukup mendukacitakan. Justertu, langkah terbaik ialah rakyat perlu bangkit melakukan perubahan. Hanya mereka yang jujur dan amanah sahaja yang wajar diberi peluang untuk berkhidmat di jabatan tertentu. Mereka yang khianat wajar dihambat keluar kerana merekalah pemgkhianat negara sejak sekian lama. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini nanti].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.