script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: "Penguatkuasaan Yang Lemah" Serta Rasuah Berleluasa Punca Negara Jadi Syurga Warga Asing !!

Bila diperkatakan isu ribuan warga asing mendapat kerakyatan dengan mudah di negara ini, ramai pihak terutamanya kerajaan UMNO BN melenting dan mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata. Malah ada yang mengatakan pihak pembangkang sengaja menimbulkan isu tersebut setiap kali musim pilihanraya, dan ia bermotifkan politik semata-mata bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Paling menarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menaungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menafikan tuduhan-tuduhan liar tersebut sambil mengatakan ia adalah sati propaganda pihak pembangkang. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan semua kenyataan yang dibuat ini, sedangkan dalam masa yang sama ribuan malan jutaan warga asing dilihat berada di negara ini. Lihat saja semasa program 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih setuja warga asing berada di negara ini tanpa rasa bersalah. Malah, mereka bebas ke sana-sini, berniaga dan menjalankan aktiviti ekonomi seolah-olah berada di negara mereka. Persoalannya, kenapa ini harus berlaku jika penguatkuasaan undang-undang negara kita ketat?. Kenapa jutaan warga asing boleh berada di negara kita jika perairan negara dikawal ketat seperti apa yang berlaku di Singapura?. Semua ini menimbulkan syak wasangka dan kemusykilan di hati rakyat bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena atas fenomena ini sebenarnya. Mahu atau tidak, kerajaan tetap akan dipersalahkan kerana terlalu lemah bertindak. Tambahan pula, kuasa dan tanggungjawab itu terletak dibahu kerajaan yang memerintah. Anehnya ini tidak berlaku, malah saban tahun kita akan mendengar ribuan warga asing terus berada di negara ini dengan aman dan selamat. Kenapa ini terjadi jika kerajaan serius menangani isu kebanjiran warga asing terutamanya PATI ini?. Kenapa pemantauan dan penguatkuasaan di negara kita terlalu lemah?. Menyebabkan warga asing begitu mudah membolosi kawalan keselamatan negara?. Bayangkan, jika mereka yang masuk itu adalah penjenayah antarabangsa atau lanun-lanun yang menyamar dan kemudiannya melakukan kerja jahat mereka di bumi tercinta ini. Kenapakah pihak berkenaan langsung tidak rasa bersalah melihat senario ini?. Atau mungkinkah ia disengajakan untuk memberikan rakyat Malaysia berada dalam ketakutan dan akhirnya mahu kekal berada di bawah pemerintahan kerajaan UMNO BN sehingga ke hari kiamat agaknya?. Fikirkanlah, apakah kita mahu semua ini berterusan untuk 100 tahun yang akan datang. Ingatlah, anak-anak cucu kita pasti akan salahkan kita jika satu hari nanti mereka hidup dalam keadaan warga asing yang berkeliaran di depan mata setiap hari. Apakah anda mahu membiarkan segalanya ini terus berlaku?

 
[Paling menarik untuk diperkatakan, ke mana pergi maruah negara apabila jutaan warga asing dilihat terus berada di negara ini?. Mereka yang berkuasa marah dan mengutuk perbuatan jenayah yang dilakukan oleh warga asing. Namun, hakikatnya kenapa mereka boleh terlepas dan terus selesa berada di negara ini?. Pihak terbabit tidak harus lari dari unsur rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan semua ini berleluasa. Mahu atau tidak, sudah pasti operasi gagal apabila ada pihak yang menjadi talibarut dan menerima rasuah daripada pihak berkenaan untuk melindungi warga asing ini. Paparan yang keluar di media arus perdana terkadang hanyalah taktik semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Kononnya, operasi sudah dilakukan walhal selepas operasi semakin banyak warga asing yang dilihat berkeliaran di lokasi tertentu. Mereka tangkap kemudian lepaskan, inilah yang berlaku dan gagal ditangani hingga ke hari ini. Semuanya gara-gara rasuah yang terus berleluasa melibatkan pihak yang dipertanggungjawabkan itu. Usahlah, merungut apabila mereka terus berada di sini tanpa rasa bersalah. Semuanya kerana peraturan dan penguatkuasa negara yang dilihat begitu lemah dan cukup mendukacitakan. Justertu, langkah terbaik ialah rakyat perlu bangkit melakukan perubahan. Hanya mereka yang jujur dan amanah sahaja yang wajar diberi peluang untuk berkhidmat di jabatan tertentu. Mereka yang khianat wajar dihambat keluar kerana merekalah pemgkhianat negara sejak sekian lama. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini nanti].
Share:

6 ulasan:

  1. Sebenarnya pihak pemerintah dan yang berkuasa merasa mereka selamat dan selesa kerana berada dikelilingi oleh yang ada kuasa, tetapi mereka saja2 lupa yang rakyat jelata dikelilingi warga asing yang hanya menunggu masa sahaja. Apa yang pihak penguasa hendak rasa takut , tempat kediaman , kenderaan dan kesenangan yang ada kini tidak terganggupun dari warga pemangsa ini , tetapi rakyat biasa keadaannya jauh lebih berbahaya dari yang disangka. Fikir2 kan lah.

    BalasPadam
  2. Amat berbeza kalau berjalanx di Malaysia dengan negara bekas soviet atau arab. Kat sana kalau org asing sentiasa ditahan oleh polis dan priksa pasport, tak tanya terus bawak kat balai poolis, tahan 1 ke 2 jam soal siasat lpas tu lpas. Kat Malaysia pulak. rakyat takut nak jalanx kerana PATI lebih ramai. Nak haeap PDRM pulak diragui samaada boleh laksana tugas atau lpaskan PATI kerana dpt RM. Mohon sesuatu tindakan. Harap menteri, mana pernah jalanx tanpa eskot dan balaci, manalah tahu keadaan sebenar

    BalasPadam
  3. perkarani dah lama berlaku.orang besar bersalah lepas begitu aje.Macam mamak sekor tu jual projek jual ic disabah sampai hari pun apah ta kena .kemudian ada hati nak nunjuk baik berkaitan dengan 19 sep.pulak tu.patutnya dia dihukum pancung dulu didataran merdeka pengkianat negara

    BalasPadam
  4. Kebanjiran Warga Asing bukan sahaja dialami di Malaysia. Keadaan ini menjadi perkara biasa dinegara-negara lain di dunia. Jikalau dihujung tahun 80an kebanjiran imigran dari utara Afrika ke Eropah, kemudian satu dekad kemudian kebanjiran imigran dari bekas blok komunis ke Eropah,diikuti dari Asia Selatan ke Amerika Utara, awal tahun 2000 kebajiran imigran dari benua Asia Selatan ke Australia dan begitulah seterusnya. Faktor kebanjiran ini disebabkan oleh tarikan ekonomi dan juga politik. Ekonomi yang menjanjikan gaji yang bagus dan iklim politik yang menyenangkan adalah kriteria utama Malaysia menjadi tumpuan Warga Asing. Sektor Pembinaan, Perkilangan dan Perkhidmatan bergerak selari dengan kemajuan negara. Kerancakan perkembangan ekonomi ini perlu selaras dengan penggunaan buruh yang mencukupi. Kita tidak boleh menafikan kehadiran imigran ini amat membantu negara kerana rakyat Malaysia sudah tidak meminati kerja-kerja yang kotor, berbahaya dan sukar (3D- Dirty,Dangerous and Difficult).
    Baik siapapun yang merancang ekonomi negara, faktor buruh menjadi isu utama selain modal, teknologi dan iklim perdagangan yang kondusif.
    Cuma, kekadang kehadiran imigran ini tidak terkawal.
    Jikalau dahulu warga Indonesia,Kampuchea,Vietnam,Burma sekarang Pakistan,Bangladesh,Nepal,India malah sudah ada warga dari Iran,Algeria,Morocco,Nigeria,Ghana. Tidak pelik suatu hari nanti tarikan ini juga akan mengundang mereka yang dari bekas blok komunis seperti dari Poland,Uzbekistan, Kyrgystan dan lain-lain.
    Kawalan diperbatasan sepatutnya dipertingkatkan.Tetapi permintaan yang tinggi dari warga negara asing ini untuk mencari kerja disini menyebabkan usaha kawalan ini mencabar. Lebih-lebih lagi perniagaan membawa masuk imigran ini lumayan. Harga yang tinggi mampu dibayar kepada tekong-tekong
    di samping wujudnya jaringan antarabangsa membawa mereka masuk bekerja disini. Unsur rasuh tidak boleh dinafikan. Integriti penguatkuasa diperbatasan negara memang boleh dipertikaikan semenjak dahulu.
    Dari pengalaman negara asing, lambakan imigran ini boleh diatasi dengan (1)Membatalkan Visa on Arrival (2)Mensyaratkan setiap mereka yang masuk meletakkan bond (3)Membatalkan Permit Visa Tanpa Rujukan (5)Mensyaratkan Levy yang lebih tinggi (6)Mempertingkatkan sistem Biometrik (7)Menyenaraihitamkan majikan yang ingkar dan tidak mematuhi undang-undang (8) Mengharamkan penggunaan agen-agen pengurusan buruh asing (9) Memberikuasa Imigresen kepada Anggota Polis untuk menangkap dan mendakwa pesalah imigran (10) Memberi kuasa penuh Kepada Menteri Sumber Manusia berbanding kuasa memberi kebenaran masuk negara di bawah Menteri Dalam Negeri . Ini bagi membolehkan Menteri berkenaan membuat perhitungan tepat berkenaan jumlah permintaan dan penawaran sebenar tenaga kerja semasa (11)Mengkoordinasikan sistem pengenalan diri Pekerja Asing yang sah antara Imigresen dan Polis (12)Menambah kakitangan pendakwaan kesalahan imigresen (13)Hukuman yang berat kepada pesalah imigresen sama ada Pekerja Haram, Agen dan juga Majikan .

    BalasPadam
  5. Kesan besar daripada PATI adalah penyakit berjangkit dan jenayah ganas. Pihak berkuasa patut sedar perkara ini.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.