script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Video: Kenapa Pro Hijau Tanding Bebas Di Bera !!

Share:

Tindakan Tegas Pemilik Laman Sosial Sebar Fitnah !


[Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar fitnah di laman sosial bertujuan mencetuskan huru-hara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata tindakan itu mencakupi mereka yang turut sama menyebarkan maklumat yang terdapat di laman sosial itu. "Polis dapati ada pemilik laman sosial Facebook menyebarkan maklumat kononnya ada cubaan tipu undi pos di kawasan Parlimen Temerloh sedangkan perkara ini tidak benar kerana tiada laporan kejadian seumpama itu berlaku," katanya dalam taklimat kepada media di sini, Isnin. Sambil menggesa penyebaran maklumat seumpama itu dihentikan, beliau berkata mereka yang terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Sesiapa yang mendapat maklumat tidak sahih perlu merujuk kepada polis dan melaporkan perkara itu kepada kami. Ini memudahkan tugas polis dan mengelakkan penyebaran berita tidak benar," katanya. Ramli memberi jaminan polis akan sentiasa mengawasi tahap keselamatan awam bagi memastikan PRU berjalan lancar selain bertindak terhadap mereka yang mencetuskan kekecohan termasuk bergaduh dan membakar bilik gerakan. Sejak penamaan calon 20 April lalu, polis menerima 2,035 laporan berkaitan PRU13. Berdasarkan itu 65 tangkapan dibuat pada Sabtu lepas dan 11 tangkapan semalam di seluruh negara, katanya]. sumber
Share:

Panas: Azhar Sulaiman 'Marah' Akaun FB Kena Hack !


[Gara-gara keceluparan artis terkenal Azhar Sulaiman mengeluarkan kenyataan kononnya sanggup dipanah petir gara-gara mempertahankan dakwaan video seks melibatkan Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali itu benar belaka, akhirnya akaun facebook beliau telah dihack semalam. Tindakan itu menyebabkan artis berkenaan melenting dan menuduh ia dilakukan oleh penyokong pembangkang. Malah, paling menarik Azhar mendakwa beliau adalah "budak rumah kilat Bentong" dan masih rela dipanah petir jika dia bersalah menfitnah Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali berkaitan isu video seks berkenaan. Apapun, ramai yang terkejut dengan tindakan artis terbabit dan mengganggap beliau kini sudah mula hilang arah tuju. Azhar adalah antara artis sensasi tanahair yang menyokong UMNO BN secara terbuka. Malah, beliau juga diihat begitu berani mengeluarkan kenyataan yang jelas boleh mengaibkan dirinya sendiri. Apa yang jelas tindakan Azhar ini lebih menjurus kepada kegusaran beliau untuk cari makan jika pembangkang terutamanya PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas ini agaknya. Dengan senario yang berlaku ini, maka kemungkinan ramai peminat Azhar Sulaiman akan mula membenci artis berkenaan selepas ini agaknya. Inilah padah bila artis bercakap tanpa menggunakan akal fikiran yang waras dalan sesuatu isu yang mungkin beliau sendiri tidak memahami sepenuhnya].
Share:

Video Seks: 'Azhar Sulaiman' Rela Di Sambar Petir !!


[Posting panas yang sedang berlegar-legar di laman sembang sosial facebook sekarang ini ialah berkenaan satu kenyataan berani oleh pelakon Azhar Sulaiman yang mengeluarkan kenyataan bahawa video sex Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali adalah tulen. Malah beliau juga mengatakan sekiranya beliau menfitnah dua insan terbabit (Anwar dan Mustafa Ali) maka dia rela mati disambar petir. Kenyataan beliau ini bukanlah skrip dalam lakonan tetapi mungkin dari keikhlasan hati beliau sendiri agaknya. Apapun, postingnya itu mendapat kritikan daripada para peminat beliau sendiri. Mereka amat terkejut dengan kenyataan pelakon terbabit. Apapun, mungkin Azhar sendiri punyai hujjahnya untuk menyatakan sedemikian rupa. Walau pun agak kontroversi, namun kini serangan demi serangan terus dilakukan oleh semua pihak menerusi media baru. Azhar merupakan salah seorang artis yang secara terang-terangan mengaku menyokong UMNO BN pada pilihanraya umum ini nanti. Kini, hanya peminat beliau yang layak menilai segala kenyataannya itu. Apapun, diharapkan isu ini tidak mencetus polimik hingga menyebabkan dia terus diboikot pula nanti.  Artis juga punyai hak untuk bersuara dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Apapun selamat berjuang!].
Share:

Blogger Cucumatkilau Ada 'Peluang Cerah Menang' Di DUN Semambu, Jika Pengundi Sedia Buat Perubahan!

KUANTAN, 28 April - Calon Bebas Pro Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) merayu para pengundi memberikan sokongan pada kepada beliau untuk memenangi kerusi DUN tersebut pada hari pengundian pada 5 Mei  ini. Menurut beliau, dia sudah terlalu lama berjuang dari luar sejak tahun 1998 lagi, maka itu tiba masanya beliau dibawa masuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada penggal yang akan datang, bagi membolehkan dia membela rakyat dengan lebih lantang, tegas, berani dan lebih berapi lagi. "Saya sudah membongkar dan mendedahkan berbagai-bagai penyelewengan, korupsi, pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan selama ini. Bukan saja isu berkaitan politik di Pahang, malahan juga saya banyak membongarkan isu-isu rakyat yang lain termasuk yang berkaitan dengan agensi Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Beribu-ribu tulisan saya diinternet yang telah dibaca oleh jutaan manusia termasuk rakyat Pahang sendiri. Maka itulah, saya berharap agar pengundi DUN Semambu bertindak bijak dengan memberi ruang kepada saya untuk masuk ke Sidang DUN Pahang secara berhemah untuk memperjuangkan isu dan hak-hak rakyat dengan lebih profesional lagi", kata Mohd Shukri. Beliau yang juga merupakan bekas seorang Juruhebah Radio (DJ) di RTM Pahang amat popular menerusi rancangan "Kuantan Ekspress" satu ketika dulu. Malah, dirinya aman sinonim dan dekat dihati rakyat Kuantan dan DUN Semambu kerana sering muncul dalam berbagai acara keramaian di sekitar kawasan itu terutamanya sebagai Juruhebah dan Pengacara Majlis. Beliau pernah bertugas sebagai juruhebah dibeberapa buah pasaraya besar di Kuantan seperti Kuantan Parade, Megamall, Kamdar, Maydins, Tunas Manja, Terus Maju dan lain-lain lagi. Selain daripada itu beliau juga banyak terlibat dengan acara besar seperti expo dan karnival yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta di sekitar Kuantan. Pendek kata, ramai yang mengenali beliau dengan nama "DJ Shukrie" sejak sekian lama. Apapun beliau juga amat popular dengan gelaran CMK yang diambil dari singkatan nama Blogger Cucumatkilau semenjak menjadi blogger bermula 5 Disember 1998 yang lalu. Berita tentang beliau boleh diikuti di laman blog peribadi PRU-13 beliau di SINI. "Saya pernah dua kali terpilih sebagai calon dan bertanding di DUN N39 Kemayan, Bera pada PRU12 lalu. Maka, ini adalah percubaan kedua saya untuk masuk ke DUN Pahang. Saya percaya dapat melakukan yang terbaik kepada rakyat.. kerana walau pun saya hanyalah Aktivis Bebas sejak dua tahun lalu.. banyak isu dan masalah rakyat telah berjaya saya bongkar dan selesaikan walau pun saya tidak berparti", tambah beliau.


Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan selamat berjuang kepada Blogger Cucumatkilau, kerana beliau juga banyak menyumbang jasa dan tenaganya untuk mempopularkan blog ini satu ketika dulu. Berdasarkan peratusan pengundi Melayu yang mencecah 57% berbanding kaum lain (Cina 33% dan India 10% dll), maka harapan untuk melihat beliau menang di DUN Semambu nampaknya semakin cerah. Malah, beliau kini mendapat sokongan padu daripada berbagai lapisan masyarakat dan penyokong parti. Mereka mahu melihat seorang "blogger panas" masuk ke DUN bagi membela nasib rakyat Pahang pada kali ini. Umum masih ingat, Mohd Shukri juga pernah menyelamatkan "Tanah Rizab Surau" yang diceroboh oleh seorang individu bergelar "Dato" di Taman Atabara Perdana yang terletak dalam kawasan DUN Semambu dua tahun lalu. Susulan kejayaan itulah dia amat popular dan dikenali oleh masyarakat setempat. Tambahan pula isu berkenaan telah disiarkan secara eksklusif di dalam hampir kesemua media arus perdana termasuk Buletin Utama TV3 (dua hari berturut-turut). Apa yang jelas isu ini membuktikan beliau boleh berjuang membela rakyat walau pun tidak mempunyai platform politik ketika itu. Maka, tidak timbul dia tidak mampu membela rakyat sekiranya di pilih kelak. Jika dia bergerak sendirian pun beliau boleh membela rakyat, maka apatah lagi jika dia terpilih sebagai ADUN di kawasan itu kelak. Kini hanya para pengundi sahaja yang akan menentukannya.


Sementara itu, ketika ditanya apakah manifesto beliau buat rakyat di DUN Semambu jika dipilih kelak. Shukri mendakwa beliau ada beberapa manifesto khas untuk rakyat. "Saya berjanji akan membawa usul untuk mendesak kerajaan yang memerintah menyegerakan pembinaan projek jalan terbengkalai di Jalan Kuantan Ke Sungai Lembing Jalan ini merupakan salah satu pintu masuk ke Pusat Bandar Kuantan melalui Plaza Tol Kuantan di Bukit Goh yang telah menghantui rakyat sejak hampir 10 tahun yang lalu. Saya hairan Wakil Rakyat terdahulu anggap isu ini sambil lewa dan langsung tidak berusaha menyelesaikannya walau pun dia sudah dua penggal menjadi ADUN Semambu. Alasannya, isu itu adalah masalah kontraktor, JKR dan sebagainya.. Tapi bagi saya sebagai wakil rakyat kita harus bawa usul ini ke Sidang DUN dan mohon kerajaan menyelesaikannya.. kerana ia membabitkan rakyat di kawasan kita.. Amat sedih bila dilaporkan banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terbabit sejak beberapa tahun lalu.. Saya berjanji isu ini akan saya jadikan usul pertama saya ke Sidang Pertama Penggal Ke-13, Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang selepas PRU-13 ini nanti", kata beliau.


[Terdapat laporan mengatakan Blogger Cucumatkilau mempunyai harapan cerah untuk menang di DUN N13 Semambu pada kali ini. Ia berdasarkan rungutan rakyat terutamanya orang-orang Melayu tentang kewajaran kedua-dua parti iaitu BN dan PKR yang tergamak meneruskan tradisi meletakkan calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu tertinggi di negeri Pahang itu. Bayangkan jumlah peratus pengundi Melayu mencapai hampir 24% melebihi jumlah peratusan kaum lain. Ini bermakna, kerusi DUN N13 Semambu sepatutnya ditandingi oleh calon Melayu. Sudah beberapa penggal kerusi tersebut dimiliki oleh bukan Melayu maka sudah tiba masanya rakyat dan para pengundi di situ memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil rakyat mereka di situ. Sekurang-kurangnya jika ada program bercorak keagamaan di masjid-masjid dan surau-surau, maka sudah pasti wakil rakyat boleh turut menyertainya. Apapun, seandainya beliau tewas, ramai yang mengatakan dia mungkin tidak kehilangan deposit. Tentang persoalan dia memecahkan undi PKR yang dilaporkan oleh sesetengah pihak. Isu itu mungkin tidak masuk dek akal kerana beliau sendiri di sokong sepenuhnya oleh bekas pemimpin MCA yang sepatutnya menjadi calon tetapi dinafikan pada saat-saat akhir oleh calon sekarang. Malah, difahamkan bukan sahaja kumpulan terbabit menyokong beliau, ia turut melibatkan penyokong Gerakan dan lain-lainnya. Ini bermakna jika dia kalah kemungkinan besar calon PKR akan menang. Apapun, segalanya kini terletak ditangan rakyat dan pengundi untuk menentukannya. Pasti, ramai pihak kini tertumpu untuk mendengar keputusan DUN Semambu. Semoga pengundi bijak memilih dan menilai siapa pejuang rakyat sebenarnya!].
Share:

Adnan Janjikan Air Percuma Buat Rakyat Termiskin!


[Barisan Nasional (BN) Pahang akan melancarkan akujanji terbaru pada hari Selasa ini demi membela rakyat dan membangunkan negeri ini ke arah lebih baik sekiranya terus diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, akujanji perlu dilancarkan pada waktu tepat iaitu beberapa hari sebelum hari pengundian supaya ia mudah diingati. Menurutnya, manifesto yang mengandungi pelbagai perkara itu ringkas, padat dan mudah difahami semua rakyat negeri ini. “Antara yang dimasukkan di dalamnya adalah pemberian air percuma sejumlah 30 meter padu kepada semua rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini. “Bekalan air itu boleh dimanfaatkan oleh seisi keluarga dalam lingkungan tiga atau empat orang dalam tempoh tiga minggu atau sebulan jika digunakan dengan betul,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Bantuan Persekolahan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di Bentong baru-baru ini. Adnan yang juga Menteri Besar berkata, selain pemberian air percuma, antara dimasukkan di dalam Aku Janji itu juga adalah berhubung pemberian hak milik geran tanah rumah ibadat bukan Islam. Katanya, selama ini, kebanyakan rumah ibadat seperti kuil dan tokong dibina atas tanah rizab kerajaan dan tanah persendirian. Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat disebarkan pada masa kini tanpa merujuk kepada sumber sah. Beliau berkata, pada zaman dahulu penggunaan surat layang dipraktikkan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kepada jabatan atau kerajaan, bagaimanapun pada masa kini, pendekatan lain seperti medium internet digunakan secara meluas untuk tujuan tersebut]. sumber
Share:

Video: Artis Masuk PAS Demi Masa Depan Anak Cucu!

Share:

PRU-13: SMS Lucah, Fuziah Salleh Buat Laporan Polis


[Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh membuat laporan polis semalam kerana mendakwa sering menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan sejak tahun lalu. Beliau yang juga calon PKR di Parlimen Kuantan, mengakui mengalami trauma apabila kerap menerima SMS daripada individu yang didakwanya seorang wartawan sebuah stesen televisyen. Menurutnya, beliau mula mendapat SMS lucah tersebut sejak Jun 2012, namun kebelakangan ini gangguan itu semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan. “Saya menerima empat SMS daripada nombor telefon yang sama, manakala satu SMS daripada nombor berbeza dan yang terbaru, awal pagi semalam. “SMS itu mengandungi kata-kata lucah dan ugutan menyebabkan saya sebagai seorang wanita rasa malu dan terhina,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD), semalam. Fuziah tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang mengganggu dirinya itu sengaja menimbulkan provokasi. “Sebelum ini, saya biarkan sahaja perkara ini dan menganggapnya sebagai senario politik, tetapi kebelakangan ini semakin teruk menyebabkan saya perlu ambil tindakan tegas. “Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan saya anggap ini adalah politik kotor yang diamalkan pihak tidak bermoral,” katanya. Beliau berkata, laporan polis dibuat bagi menjamin keselamatan dirinya dan memohon perlindungan dari pihak berkuasa. “Kesemua nombor tersebut telah diserahkan kepada polis dan berharap siasatan dapat dijalankan dengan mengenal pasti dalang bertanggungjawab membuat gangguan ini,” katanya]. sumber
Share:

Panas: Kekurangan Dana, Blogger CMK Kini Terpaksa Kempen Gunakan Saluran Media Baru Sepenuhnya !!

KUANTAN - Gara-gara kekurangan dana untuk berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang sedang berjalan sekarang ini, Blogger Cucumatkilau (foto) A.K.A Mohd Shukri Mohd Ramli memaklumkan beliau terpaksa menggunakan saluran media baru sepenuhnya untuk menambat hati pengundi. "Saya tak cukup dana, kekurangan jentera dan segalanya.. maka cara terbaik ialah menggunakan media baru sebagai paltform untuk saya berkempen secara online. Walau pun ia mungkin tidak relevan bagi sesetengah pihak.. namun bagi saya itu saja cara yang ada sekarang ini. Saya terpaksa menggunakan blog, facebook, twitter dan juga radio internet untuk menyebarkan agenda saya kepada rakyat. Jika dulu ketika bertanding atas nama parti, saya diusung ke sana sini dan jadual lawatan kerja diatur oleh orang lain.. Kini segalanya terpaksa dilakukan sendiri.. maka itulah saya terpaksa menggunakan segala yang ada termasuk media baru", kata blogger terbabit. Beliau merupakan calon bebas pro rakyat yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ketika ditanya, ketiadaan poster, kain rentang dan benderanya di merata tempat seperti calon lain beliau berkata itulah dugaan dalam perjuangan. "Masalah teknikal yang berlaku tidak dapat dielakkan, apapun perjuangan tetap akan diteruskan hingga ke titisan dakwat celup dijari yang terakhir pada petang 5 Mei 2013 nanti. Kalah menang adalah adat dalam pertandingan.. Tapi bagi saya jika tidak hilang deposit itu sudah cukup baik untuk orang seperti saya... saya mahu buktikan bahawa saya bertanding atas kapasiti diri saya sendiri dan tiada dana daripada mana-mana pihak seperti yang difitnah sebelum ini. Saya tidak gusar dengan kekalahan.. namun saya mahukan kemenangan untuk menjadi pejuang rakyat yang lebih berani, tegas, lantang untuk menegur dan membawa isu-isu rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas ini. Sokongan rakyat nampaknya semakin meningkat walau pun saya tidak sehebat calon-calon lain yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh penyokong mereka", tambahnya. Pada pilihanraya umum ini, beliau akan bertanding tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu


[Difahamkan, beliau akan bersiaran secara langsung di radio internet miliknya CMK FM pada jam 10.00 pagi ini untuk bertemu rakyat dalam suasana yang jauh berbeza dengan calon-calon lain. Anda boleh mendengar siaran radio tersebut Live di blog ini atau terus ke www.calonprorakyat.blogspot.com sekarang. Apa yang menarik, kaedah yang beliau gunakan ini adalah satu pembaharuan dalam kempen pilihanraya. Mungkin juga gara-gara kekurangan dana maka beliau terpaksa menggunakan strategi lain untuk berkempen. Apa yang menarik juga, beliau bertanding di kerusi DUN N13 Semambu yang merupakan kerusi majoriti Melayu tertinggi di negeri Pahang iaitu 56.80 yang ditandingi oleh calon bukan Melayu dari PKR dan BN. Maknanya beliau akan menjadi calon Melayu pertama yang bertembung tiga penjuru di kerusi DUN terbabit. Walau kekuatan beliau amat diragui, namun segalanya mungkin boleh berlaku jika kedua-dua calon terbabit menganggap "enteng" terhadap kehadiran beliau di sebelum ini. Ramai pihak yang terkejut dengan keputusan drastik beliau bertukar ke DUN Semambu, kerana sebelum ini dia sudah beberapa kali menyatakan kepada media dan semua pihak akan bertanding di kerusi DUN Teruntum dalam kawasan Parlimen Kuantan. Apapun, kemenangan blogger terbabit pasti akan  menggemparkan negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya kerana dia berjuang hanya berbekalkan semangat semata-mata dan bukan wang ringgit seperti calon-calon lain. Apapun segalanya boleh terjadi, info lanjut tentang agenda beliau boleh ke  blog PRU beliau DI SINI].
Share:

Panas: Ucapan Sulung Mat Taib Selepas Masuk PAS

Share:

Panas: Tiga Penduduk Kuantan Gagal Rayu Kes Lynas


[Tiga penduduk Kuantan hari ini gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dalam usaha terakhir mereka untuk menghentikan operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang. Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonan mereka bagi mendapat kebenaran merayu atas alasan permohonan itu tidak sesuai didengar pada peringkat ini. Mahkamah berpendapat, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh penduduk tersebut sudah diputuskan oleh mahkamah terdahulu dan kini dibangkitkan semula di hadapan panel tersebut. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha turut memerintahkan pemohon-pemohon membayar kos RM20,000. Mereka ialah Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44. Mereka menamakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Lynas Corporation Ltd. dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. sebagai responden-responden. Pemohon-pemohon tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Disember tahun lalu yang menolak rayuan mereka untuk menggantung kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Malaysia jalankan operasi LAMP]. 
Share:

Panas: Bekas MB Selangor Secara Rasmi Sertai PAS !!


[Selepas sekian lama kontroversi, akhirnya Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib secara rasmi menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) hari ini. Borang keahliannya diserahkan kepada Presiden PAS, Dato' Seri Hj.Abd Hadi Awang. Turut bersama pada majlis itu tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan dua Naib Presidennya Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub. Kemasukan Mat Taib ini pasti memberi tamparan cukup hebat kepada UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi sebenarnya. Mat Taib yang pernah kecoh dengan isu "duit berkilo" itu menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal. Beliau juga merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO, Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Bekas Naib Presiden UMNO, Bekas Senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri selama empat penggal. Penyertaan beliau ke dalam PAS pasti mengejutkan semua pihak kerana dia merupakan pemimpin kanan parti itu sejak sekian lama. Soalnya, apakah tindakan Mat Taib ini boleh menyebabkan peluang BN untuk merampas kembali negeri itu semakin tipis?. Kini, rakyat Selangor akan menentukannya. Apapun, PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada Mat Taib. Selamat berjuang dengan wadah baru. Amin].
Share:

Zakaria Abdul Hamid Calon Pilihan Parlimen Bera!


Share:

Blogger CMK Lancar Blog Ekskulsif Kempen PRU-13 !!


Calon Bebas DUN Semambu Mohd Shukri Mohd Ramli @ Blogger Cucumatkilau hari ini melancarkan secara blog khas PRU12 beliau iaitu www.calonprorakyat.blogspot.com bagi memudahkan para pengundi atas pagar terutamanya mereka yang berada di luar kawasan (merantau) untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Blog yang memaparkan bidoata serta sejarah perjuangannya selama ini itu turut memuatkan beberapa buah video dan keratan akhbar yang berkaitan. Dengan menggunakan platform ini katanya, diharap dapat memudahkan lagi rakyat terutamanya para pengundi di DUN Semambu mengenali beliau. "Saya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk berkempen seperti rakan-rakan yang lain. Maka, jalan terbaik saya menggunakan media baru dan selebihnya poster serta flyers yang berkaitan. Saya memang mengharapakan kemenangan walau pun sekadar satu undi. Namun ia bukanlah mustahil kerana sokongan rakyat terhadap kunjungan saya ke sana sini menampakkan mereka benar-benar mahu melihat perubahan kepimpinan di DUN ini. Tambahan pula saya adalah calon berbangsa Melayu yang bertanding di kerusi majoriti Melayu yang menjadi kuota bukan Melayu yang tertinggi di negeri Pahang sekarang ini. Maka, saya harap para pengundi dapat memberi isyarat yang jelas kepada rakyat agar kerusi ini dipecah tradisinya kepada yang hak" katanya hari ini. 


[Dalam pada itu blogger terbabit juga berkata beliau  akan berkempen secara sihat dan tidak akan menyerang mana-mana peribadi calon lain iaitu Pang Tsu Ming (BN) dan Lee Chean Chung (PKR). Moga dengan adanya blog ini, rakyat boleh menilai perjuangan saya selama ini dan mereka boleh membuat pilihan selepas itu. Jenteranya kini semuanya sedang bersiap sedia untuk menggempur dan mungkin dalam beberapa hari menjelang hari pencalonan ia akan perhebatkan atas nama perjuangan rakyat. Difahamkan, beliau juga akan menggunakan kemudahan media baru yang dimilikinya yang lain seperti facebook, twitter dan juga Radio Internet CMK FM untuk berkempen selepas ini. Radio internet beliau boleh dilayari di www.cmkradio.blogspot.com sekarang ini. Jika beliau berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini, maka ia merupakan satu kejutan yang sungguh hebat kerana beliau lebih banyak menggunakan media baru sebagai platformnya untuk berkempen daripada lain-lain calon yang bertanding. Apapun, PDO berharap rakyat memberi ruang kepada Suara Blogger agar dapat bergema dengan lebih  lantang dan berani di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada kali ini].
Share:

Panas: Calon Bebas DUN Lepar Umum Menarik Diri !!


[Timbalan Setiausaha PKR Negeri, Kamarzaman Mohd Yunus, yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dun Lepar membuat pengumuman memeranjatkan apabila meminta pengundi supaya tidak memilih beliau, sebaliknya mengundi calon PKR, Jefri Jaafar Tukemin. Menurutnya, keputusan beliau untuk bertanding atas tiket Bebas merupakan satu strategi menghadapi kemungkinan jika calon PKR dipilih menghadapi kesulitan atau halangan semasa proses penamaan calon. Beliau, bagaimanapun, tidak mendedahkan halangan dihadapi calon PKR itu, sebaliknya memberitahu ia bersifat peribadi. “Tujuan saya menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas semalam (kelmarin) atas faktor menyelamat dan bukan untuk sabotaj calon tersebut. “Perkara ini jelas dan berlaku atas arahan kepimpinan parti bagi memastikan semua calon PKR layak bertanding,” katanya pada sidang media di pejabat PKR negeri, semalam. Kamarzaman berkata, apabila calon PKR disah layak bertanding, beliau dengan rela hati menarik diri daripada persaingan di kerusi itu dan akan beri sokongan kepada calon tersebut. “Disebabkan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak benar calon menarik diri selepas pencalonan disahkan, kertas undi atas nama saya tetap diedar pada hari mengundi, justeru saya minta pengundi abaikannya dan beri undi calon PKR sahaja. “Sebenarnya selepas pengumuman calon semalam, saya ke pejabat SPR untuk serah surat penarikan pencalonan itu. Bagaimanapun, seperti yang ditetapkan, kertas undi saya tetap diedarkan,” katanya. Beliau berkata, keputusan itu atas kepentingan dan menjaga nama baik parti dan bukan kerana kecewa seperti yang difikirkan sesetengah pihak. “Saya mungkin calon pertama hilang wang deposit, namun semua itu tidak penting. Kemenangan parti lebih diutamakan,” katanya. Menurutnya, beliau akan turun padang membantu calon PKR termasuk calon Parlimen Paya Besar, Murnie Hidayah Anuar. “Saya akan bantu calon ini. bagaimanapun, tumpuan untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota yang jadi medan pertarungan Pengerusi PKR Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman dengan Ketua Umno Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat,” katanya. Fauzi berkata, tidak timbul isu Kamarzaman berdepan tindakan dipecat daripada PKR kerana tindakannya sebahagian strategi demi kepentingan parti. Dalam majlis itu, Fauzi mengumumkan jawatan Ketua Cabang PKR Paya Besar yang kosong berikutan pemecatan Zahari Mamat yang bertanding sebagai calon Bebas dan jawatannya kini dipangku serta merta muka baru, Arman Abdul Rashid]. sumber
Share:

Video: Hj.Hadi Jelas Isu Pertindihan Calon PAS & PR

Share:

Ramai Terkejut CMK Ubah Pendirian Pilih Kerusi PRU


[Ramai pihak terutamanya pemerhati politik di Pahang terkejut dengan tindakan Blogger Cucumatkilau (CMK) yang tiba-tiba mengubah fikiran bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu. Beliau yang tiba agak lewat ketika Hari Penamaan Calon di Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan dipercayai mengubah pendirian itu beberapa jam sebelum waktu pernamaan calon. Beliau yang dilihat berpakaian baju Melayu hijau pisang tiba bersama kumpulan penyokongnya melalui pintu belakang dewan berkenaan tanpa disedari oleh para penyokong parti yang berhimpun di perkarangan dewan terbabit sejak awal pagi lagi. Persoalannya kenapa tiba-tiba blogger terbabit mengubah pendirian, sedangkan ramai wartawan sedang menunggu kemunculan beliau di lokasi lain ketika itu. Kami akan cuba mendapatkan ulasan lanjut dari beliau berhubung perkara ini. Pada PRU13 ini, beliau yang menjadi Calon Bebas berlambangkan pen akan ditentang oleh Pang Tsu Ming (BN) dan Lee Chean Chung (PKR). Untuk makluman, statitik terkini di DUN Terbabit berdasarkan kaum ialah Melayu 56.80%, Cina 33.20%. India 9.59% dan lain-lain 0.41%. Sementara itu, jumlah rasmi pengundi yang berdaftar di kerusi DUN itu terkini ialah 32,568 orang].
Share:

Tanding Bebas, Ketua Cabang Paya Besar Di Pecat !!


[Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Zahari Mamat (baju merah) dipecat berkuat kuasa serta merta daripada parti itu selepas bertanding sebagai calon Bebas. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dalam satu sidang medianya semalam. Beliau turut memaklumakan perlantikan Arman Abdul Rashid sebagai Pemangku Ketua Cabang itu. Selain Zahari, bekas Naib Pengerusi PKR negeri, G.Ponusamy@Ram juga mungkin turut akan dipecat. Zahari bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar menentang Datuk Abd Manan Ismail (BN) dan Murni Hidayah Anuar (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Manakala itu Ram Ponusamy bakal menentang Fauzi sendiri dan Dato' Wan Adnan Wan Mamat (BN) di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Kedua-dua kerusi Parlimen itu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN). Fauzi berkata di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Timbalan Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus akan menarik balik pencalonanannya sebagai calon Bebas. Secara teknikal, namanya akan kekal dalam kertas undi tetapi dia telah menyatakan sokongan penuh terhadap calon PKR iaitu  Jefri Jaafar Tukemin]. Sumber
Share:

Panas: Sharizat Jalil Kesal Kamalia Tanding Bebas !!


[Ketua Wanita UMNO, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa kesal dan kecewa beliau di atas tindakan Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding selaku calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Beliau yang berada di Kota Samarahan untuk memberi sokongan kepada muka baharu, Rubiah Wang sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kota Samarahan, berkata Kamilia telah melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas. Berikut ialah kenyataan penuh Shahrizat: Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Datuk Kamilia bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18 April 2013. Datuk Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN. Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa.(contingencies) Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama di peringkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri, dan sabar dalam perjuangan. Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati Parti kerana kepentingan diri sendiri. Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga mereka menunjukkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13]. 
Share:

Panas: Krisis, PKR Cabang Lumut Di Bubarkan Hari Ini


[Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila satu persatu pemimpin, ahli dan penyokong mereka bertindak meninggalkan parti. Terbaharu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR. Serentak itu, mereka mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta. Shamugum ketika ditemui pemberita memberitahu, keputusan itu diambil ekoran rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada pilihan raya umum, 5 Mei ini]. 
Share:

Panas: PKR Dan PAS Kini Bertembung Di Tujuh Kerusi


[PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan lima DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan. Kerusi Parlimen tersebut ialah Labuan, manakala enam kerusi DUN itu ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga lagi DUN di Terengganu - Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir. Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad. Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari UMNO. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari UMNO dengan majoriti yang besar. Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain. Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit. Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, bertanding kerusi DUN Bongowan di dalam Parlimen Kimanis].
Share:

PRU13: Senarai Penuh Calon-Calon PKR Di Pahang !!


[PKR Pahang petang tadi mengumumkan senarai penuh calon parti itu yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13 nanti di negeri Pahang. Pengumuman telah dibuat oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman di rumah Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Nizam Hamid di Temerloh. Berikut adalah senarai calon-calon tersebut ialah DUN Teruntum (Sim Chong Siang) DUN Semambu (Lee Chean Chung), DUN Damak (Jamaluddin Abd Rahim), DUN Batu Talam (Hakimi), Cheka (Hj.Abas Awang), DUN Lanchang  (Ahmad Nizam Hamid)DUN Jenderak (Hj.Suhaimi Said), DUN Benta (Rizal Jamin), DUN Kuala Sentul (Razali Ithnin), DUN Kemayan (Bob Manolan), DUN Lepar (Jefri Jaafar), DUN Chini (Sitarunnisa), DUN Bebar (Jafri Rashid) dan DUN Muadzam Shah (Nordin). Dengan pengumuman ini maka persoalan tentang siapakah calon-calon PKR Pahang yang akan bertanding pada pilihanraya umum ke-13 nanti kini sudah terjawab akhirnya!].
Share:

Calon PRU: Selain Kamalia, "Rosni" Juga Jadi Mangsa!


[Apa sudah jadi?, Rupa-rupanya Ketua Wanita UMNO Pahang yang juga Exco Wanita UMNO Pusat iaitu Dato' Rosni Zahari juga menerima nasib yang sama seperti Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim di Perak. Rosni yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Maran, tidak termasuk dalam senarai calon BN bagi negeri Pahang kali ini. Ia sungguh mengejutkan kerana sebelum ini nama beliau diwar-warkan akan naik di kerusi Parlimen Maran atau setidak-tidaknya DUN Chenor. Rosni yang merupakan seorang tokoh politik wanita popular di Pahang seolah-olah dilupakan terus jasa-jasanya, sama seperti Kamilia. Lebih mengejutkan, Ketua Puteri UMNO Maran, Hidayah Muhd Suhaimi yang masih mentah itu pula tiba-tiba jadi calon DUN Luit. Ramai pemerhati politik melihat seolah-olah memang benar PM Najib Razak kini meminggirkan pemimpin wanita sebagai calon BN pada PRU-13 ini. Difahamkan selain Rosni dan Kamalia, turut menjadi mangsa ialah beberapa ketua Wanita UMNO negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Persoalannya kenapa pemimpin wanita pusat dan negeri ini dipinggirkan?. Nasib Rosni lebih malang lagi apabila dua pemimpin Puteri UMNO menjadi calon bagi Parlimen Maran iaitu selain Hidayah selaku muka baru, BN masih kekalkan Dato' Shahaniza Shamsuddin iaitu penyandang kerusi DUN Kuala Sentul. Rosni pernah menjadi ADUN Kuala Sentul sebelum Shahaniza dulu. Apa yang pasti, jika melihat kepada senario ini  maka sudah pasti BN akan kehilangan sokongan Wanita UMNO pada PRU Ke-13 ini nanti].
Share:

Panas: BN Ubah Tiga Nama Calon Di Negeri Pahang !!


[Barisan Nasional (BN) negeri mengumumkan tiga pertukaran calon membabitkan kerusi Parlimen Lipis, Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku dan Bebar. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Parlimen Lipis akan ditandingi Datuk Abdul Rahman Mohamad menggantikan Datuk Dr. Shahrom Osman dan tempat Abdul Rahman di Padang Tengku diambil alih oleh Naib Ketua Bahagian Lipis, Datuk Mustapha Long. Mustatpha adalah merupakan Pembantu Khas kepada Menteri Besar Pahang yang juga ahli jawatankuasa UMNO bahagian Lipis. Manakala, Abdul Rahman selaku Ketua UMNO Lipis adalah bekas  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku. Sementara itu, turut diubah ialah Di DUN Bebar, Pengerusi Jawatankuasa Pemilih dan pengundi baru UMNO Bahagian Pekan, Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff dipilih menggantikan Ibrahim Awang Ismail. Tindakan mengubah nama ini membuatkan BN Pahang menjadi kecoh apabila ada calon yang tidak terpilih melakukan demontrasi atas keputusan yang dibuat. Antaranya di Paya Besar, Luit, Ibam dan lain-lain lagi. Mereka kecewa kerana BN Pahang mengekalkan calon yang sama sedangkan terbukti calon terbabit ditolak oleh rakyat di kawasan itu sendiri. Protes kini berlaku di sana sini dan ia mungkin menjadi bala untuk BN pada PRU13 ini nanti. Kini terdapat suara protes yang kian bergema di sana sini menentang calon BN yang terpilih  itu ].
Share:

Panas: Blogger CMK Lawan Ust.Fathul Bari Di Perlis !!


[Ini satu berita panas yang kami terima, berita memeranjatkan apabila Mohd Shukri Mohd Ramli yang sebelum ini diwar-warkan akan bertanding bebas di kerusi DUN Teruntum, Parlimen Kuantan tiba-tiba diumumkan akan bertanding menentang Dr.Fathul Bari Mat Jahaya (BN) di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15, Sanglang di Perlis Indera Kayangan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Laporan telah disiarkan di muka surat 7 akhbar Utusan Malaysia hari ini (18 April). Persoalannya, benarkan Shukri atau Blogger Cucumatkilau akan bertandinga atas tiket PAS di Perlis?. Ini satu persoalan yang sungguh mengejutkan, kerana sebelum ini beliau beberapa kali mendedahkan yang PAS masih belum menerima kemasukan beliau ke parti itu biar pun sudah lebih dua tahun menghantar borang permohonan. Sementara itu, blogger terbabit yang sempat dihubungi sebenar tadi mendakwa beliau amat terkejut dengan gambar yang terpampang di Utusan Malaysia itu. "jelas sekali nama dan gambar yang dipaparkan adalah wajah saya. Tapi kenapa PAS tak rujuk saya terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita ini.. kini ramai yang hubungi saya baik orang PAS, PKR dan UMNO. Semua pihak kini keliru dengan laporan tersebut. Apapun, saya bersedia lawan Fathul Bari jika diizinkan. Saya sedang mengkaji kesahihan berita ini dan saya akan membuat sidang media esok berkenaan isu ini", kata Shukri. Timbul kemusykilan, siapakah yang tersilap dalam isu ini?. Pihak PAS Perlis atau Utusan Malaysia sendiri. Wajarkah blogger terbabit menyaman Utusan jika benar mereka bersalah menyiarkannya. Tambahan pula, sudah pasti undi beliau akan terjejas jika benar di bertanding bebas di DUN Pahang pada PRU13 ini nanti].

Share:

Panas: Isu Kalimah Allah, Fuziah Mahu Saman CMK !!


[Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mahu menfailkan saman terhadap Blogger Cucumatkilau berhubung satu kenyataan panas yang kononnya dibuat oleh beliau terhadap pemimpin berkenaan bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng bahawa Fuziah setuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Dalam satu laporan yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina hari ini (China Press) Fuziah antara lain mahu blogger terbabit memohon maaf atas kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan saman RM500,000. Difahamkan, peguam beliau sudah pun membuat surat saman untuk dihantar kepada blogger terbabit.  Sebelum ini Blogger Cucumatkilau telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding atas tiket bebas di DUN Teruntum dalam parlimen Fuziah. PKR meletakkan Pegawai Khas beliau sendiri, Sim Cong Siang bertanding di situ kali ini. Pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini Fuziah akan berhadapan dengan Setiausah Politik Perdan Menteri, Dato' Mohd Suffian Awang di Parlimen Kuantan. Ramai pihak yang menjangkakan Fuziah akan tewas kali ini kerana pada PRU12 lalu, dia banyak menerima undi simpati dari kalangan ahli UMNO sendiri. Ketika itu dia berhadapan dengan calon MCA-BN, Datuk Fu Ah Kiow. Selain undi simpati Melayu, Fuziah juga berjaya mendapat undi protes daripada kaum Cina yang menolak Fu Ah Kiow ketika itu. Kini, harapan beliau untuk mempertahankan kerusi parlimen Kuantan amat sukar sama sekali walau pun dia masih bermain dengan isu Lynas. Fuziah mungkin punyai harapan cerah untuk menang jika MCA yang bertanding. Apapun, nantikan laporan seterusnya !!].
Share:

Panas: Papa Gomo Lancar Manifesto Lawan Anwar !!


[Pengendali blog Papagomo yang berhasrat menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh akan melancarkan manifesto peribadinya, malam ini. Pelancaran itu akan diadakan pada pukul 8.45 malam di Dataran Sri Perak, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini. Papagomo dalam laman blognya memberitahu, manifestonya itu dinamakan Mani Festo Buku JingGay PapaGomo Vs PapaHomo PRU-13. Katanya, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mohd. Arip akan merasmikan manifesto tersebut. Pada 8 April lalu, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan yang ditandingi ketua pembangkang itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). "Ini kalilah kita akan pastikan Anwar Ibrahim berkubur di Permatang Pauh. Harap dapat semua hadir beramai-ramai bagi memastikan Anwar Ibrahim dinyahkan daripada terus menghuru-harakan Malaysia," kenyataan Papagomo melalui laman blognya]. 
Share:

Blogger CMK Terus Hasrat Tanding DUN Teruntum !!


[Walau pun terdapat desas-desus awal yang mengataka bahawa beliau sedia menarik balik tawaran sebagai calon bebas jika DAP diberikan hak bertanding di kerusi DUN Teruntum pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini, namun Blogger Cucumatkilau (CMK) menegaskan di akan meneruskan hasrat tersebut selepas melihat calon PKR akhirnya kekal di situ. Beliau berkata demikian ketika dihubungi PDO lewat malam tadi. Pada awalnya dia setuju berkompromi andai hak untuk DAP bertanding di salah satu kerusi di Pahang Timur diberikan. Ia berlandaskan fakta DAP sebuah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat langsung tidak diberikan sebarang kerusi di Pahang Timur pada PRU-13 ini. Semua kerusi dimonopoli oleh PKR dan PAS semata-mata. Isu itu menyebabkan pimpinan DAP Pahang Timur mengatakan protes baru-baru ini. Difahamkan, beberapa hari lalu beliau juga (CMK) telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pimpinan DAP Pahang Timur terutamanya bagi DUN Teruntum. Pada pertemuan itu, DAP memberi sokongan untuk membantu beliau jika PKR tidak beralah dalam hal ini. Kini, harapan blogger terbabit untuk menang nampak tipis, namun keajaiban pasti berlaku jika pengundi "mengubah angin" kali ini. Dalam pada itu, blogger terbabit yang kini sedang giat berkempen menegaskan beliau tidak menjanjikan kemenangan kerana tahu kekuatan kedua-dua pihak (BN dan PKR), namun demi perjuangan rakyat dia terpaksa meneruskan hasrat tersebut. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini pada Hari Pencalonan pada 20 April 2013 ini].
Share:

Terkini: Sah, Kerusi DUN Teruntum Milik Calon PKR !!


[Setelah sekian lama berteka-teki parti manakah yang akan bertanding di DUN Teruntum bagi mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, akhirnya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan kerusi itu bakal ditandingi oleh calon PKR. Beliau memaklumkan demikian dalam satu sidang medianya selepas Majlis Jamuan Makan Malan di Restoran Mexica dekat Kuantan malam tadi. Dengan keputusan ini maka desas-desus mengatakan Pengawai Khas Fuziah Salleh, Sim Chong Siang akan bertanding di situ semakin terserlah. Sebelum ini, kerusi panas itu menjadi perebutan antara PKR dan DAP hingga mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat untuk menentukan parti mana yang lebih berhak. Difahamkan, DAP akhirnya sedia berkompromi selepas calon mereka dihantar bertanding ke kerusi DUN Ketari dekat Bentong PRU-13 ini. Dengan keputusan ini juga bermakna, pertembungan tiga penjuru tetap akan berlaku di DUN Teruntum antara Chang Hong Seong (MCA-BN), Sim Chong Siang (PKR-PR) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK-Bebas). Berdasarkan statistk terkini, pengundi Melayu di DUN Teruntum hanyalah 40% daripada jumlah keseluruhan. Soalnya, dapatkan calon bebas memecahkan tradisi wakil rakyat dari kalangan kaum Tionghua di kerusi DUN itu nanti?. Turut hadir bersama Wan Azizah pada pengumuman itu malam tadi ialah dua  orang Naib Presiden PKR sendiri iaitu Tian Chua dan Fuziah Salleh].
Share:

Panas: Ong Tee Kiat Akan Tanding Bebas Di Pandan


[Kerusi Parlimen Pandan bakal menjadi tumpuan hari penamaan calon ini meskipun Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan calon masing-masing. Namun tumpuan akan terarah kepada kemungkinan muncul pencabar ketiga iaitu penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi itu yang disandang selama dua penggal. MCA semalam menamakan Garry Lim Chin Yee, 39, penasihat undang-undang bahagian itu untuk menentang Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pada pilihan raya 5 Mei ini di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu. "Tunggu saja hari pencalonan," Tee Keat dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini. Ketua Wanita MCA bahagian Pandan, Cindy Leong Siew Kam, yang mengenali Ong lebih 20 tahun, berkata Tee Keat tidak mungkin menamatkan kerjaya politiknya tanpa tentangan, dan beliau (Cindy) tidak terkejut jika Tee Keat bertanding sebagai calon Bebas. Siew Kam berkata, sungguhpun Tee Keat gemar melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri, beliau seorang yang amat berdedikasi dan wakil rakyat berpengalaman yang sangat disukai pengundinya. Lim berkata beliau juga ada mendengar Tee Keat akan bertanding sebagai calon bebas. "Saya sudah berbulan-bulan tidak menghubunginya. Tapi saya dengar beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Kami tidak tahu, tunggu dan lihat sajalah," katanya ketika dihubungi hari ini. Sungguhpun membuat penampilan sulung pada pilihan raya ini, Lim berkata beliau akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi BN, dengan menganggap peluangnya sebagai cerah. Tee Keat menjadi ahli Parlimen selama enam penggal, empat penggal pertama di Ampang Jaya sebelum berpindah ke Pandan pada PRU11 2004 dan mengekalkannya pada PRU12 2008].
Share:

Panas: Najib Hantar "Setiausaha Politik" Beliau Untuk Lawan Fuziah Di Parlimen Kuantan Pada PRU13 Ini !!

KUANTAN, 17 April - Pemilihan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Muhamad Suffian Awang (foto) sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang Fuziah Salleh (PKR) di kerusi Parlimen P083 Kuantan memang tidak mengejutkan. Ini kerana, sudah beberapa kali PDO membuat pendedahan tentang perkara ini sebenarnya. Walau pun ada beberapa blog pro UMNO termasuk Melayu Muda mengatakan analisa ini adalah satu "Ramalan Sampah Dari Blogger Jalanan" klik sini artikel tersebut, namun akhirnya kini menjadi kenyataan bila nama Ketua Pemuda UMNO Kuantan dan Exco Pemuda UMNO Pusat itu diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P083 Kuantan semalam. Cuba baca kenyataan blogger terbabit berkenaan ramalan yang PDO buat pada September 2012 lalu. "Blogger toyol yang juga bekas ahli PKR iaitu Cucu Mat Kilau (CMK) sekali lagi membuat ramalan bertaraf sampah bila mengaitkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Dato’ Suffian Awang sebagai calon pilihan pada PRU13 untuk menentang penyandang Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh aka Chef Wani. Seperti biasa ramalan sampah oleh CMK ini kekal sebagai sampah yang tidak boleh ditebus guna langsung. Dalam postingnya dalam blog Pahang Daily Online (PDO) menyatakan bahawa Barisan Nasional bakal meletakan Dato’ Suffian Awang yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri sebagai calon diparlimen Kuantan. Nampak gayanya CMK ini lebih hebat dari PM, belum apa-apa dia sudah tahu siapa calon Barisan Nasional untuk menentang Ahli Parlimen ‘pemalas’ Fuziah Salleh. Agak menghairankan kenyataan CMK ini umpama cuba menjilat ludah yang semula selepas meninggalkan PKR kerana kecewa. Untuk pengetahuan umum CMK ini juga adalah bekas calon PKR pada pilihanraya lepas tetapi tewas pada calon Barisan Nasional. Bekas penyokong totok Anwar Ibrahim ini sebenarnya tidak mempunyai kerja lain selain dari menabur fitnah dan penipuan. Ramalannya juga tidak langsung memberi sebarang asas dan kebenaran", kata kenyataan artikel dari blog terbabit. Kini segalanya terserlah bahawa "Ramalan PDO benar belaka", dan ini membuktikan kreadibili PDO tidak wajar dinafikan.
Keratan artikel yang dikeluarkan oleh PDO pada bulan September 2012 lalu

[Persoalannya, apakah Suffian mampu untuk mengembalikan semula kerusi Parlimen Kuantan kepada BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini?. Jika benar dakwaan, kemenangan Fuziah pada PRU12 lalu hanya nasib kerana ramai penyokong UMNO mengundi beliau kerana dia ketika itu berlawan dengan calon BN dari parti MCA iaitu Datuk Fu Ak Kiow maka kemungkinan besar Fuziah bakal karam kepada Suffian kali ini. Tambahan pula Naib Presiden PKR itu khabarnya masih menggunakan isu Lynas untuk membuktikan rakyat kini menyokong beliau sepenuhnya. Kerusi Parlimen Kuantan ditandingi semula oleh UMNO selepas dua penggal diberikan kepada MCA. Sebelum ini dua tokoh yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kuantan dari UMNO ialah Tun Khalil Yaakob (Yang DiPertua Negeri Melaka sekarang) dan Dato' Fauzi Abdul Rahman iaitu Pengerusi PKR Pahang sendiri. Jika dilihat kepada gerak kerja yang dilakukan oleh anak buat Suffian, ternyata BN boleh merampas semula Parlimen Kuantan dari tangan Fuziah. Malah, isu Lynas juga kini semakin merudum selepas kerajaan membenarkan lesen TOL sementara kepada kilang terbabit untuk beroperasi hujung tahun lalu. Sama-sama kita nantikan apakahkah Suffian berjaya teruskan agenda beliau atau sebaliknya].
Share:

Ibrahim Ali Mahu Tanding Bebas Parlimen Dan DUN !


[Penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membuat kejutan apabila mengumumkan kemungkinan beliau akan bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) selain mempertahankan kerusi Parlimennya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ibrahim berkata, beliau mungkin akan bertanding di peringkat DUN di bawah Parlimen Pasir Mas, sama ada Tendong, Pengkalan Pasir atau Chetok.Ibrahim pasrah apabila beliau tidak terpilih sebagai calon BN seperti yang dihajatinya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas berikutan Pengerusi BN Kelantan, Mustapa Mohamed pada Selasa mengumumkan Che Johan Che Pa yang akan menjadi calon parti bagi kerusi parlimen itu. Bagaimanapun, beliau nekad untuk pertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya dengan bertanding sebagai calon bebas. Menurut Ibrahim, kemungkinan sebab beliau "dihalang"  bertanding atas tiket BN kerana kedudukannya sebagai Presiden Perkasa dilihat sebagai NGO Melayu yang rasis].
Share:

PKR Umum Azan Ismail Bertanding Di DUN Bandar !!


[Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam mengumumkan empat daripada enam calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengerusi PKR negeri, Azam Ismail diletakkan sebagai calon di DUN Bandar. Azan yang merupakan penyandang Parlimen Indera Mahkota akan bertemu calon tunggal MCA, Datuk Toh Chin Yow. Sebelum ini Azan dikhabarkan akan bertanding di Parlimen Kemaman, namun nampakanya tidak kesampaian. Azan seolah-olah calon PKR menang PRU12 yang diturunkan pangkat. Apapun ia lebih elok daripada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang menang dan terus tidak dicalonlan. Difahamkan kerusi Parlimen Kemaman akan ditandingi oleh seorang lagi calon PKR iaitu Kamaruddin Chik. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga seorang kontraktor, Mohd Shamsul Mat Amin, 28, akan bertanding di kerusi DUN Bukit Besi. Mohd Shamsul berkata, dia tidak sabar untuk mengetengahkan isu-isu belia sebagai tambahan di dalam manifesto Pakatan Rakyat. Kerusi DUN Permaisuri pula akan ditandingi ahli jawatankuasa PKR Setiu, Wan Mokhtar Wan Ismail, 46, manakala Pengerusi PKR Ulu Terengganu, Narawi Embung, 48, akan bertanding di DUN Telemung. Wan Azizah berkata calon untuk kerusi DUN Kota Putera dan Seberang Takir akan diumumkan kemudian. Katanya, adalah menjadi kebiasaan bagi individu yang digugurkan berasa kecewa. Terdahulu, tiga wakil PAS menggesa PAS Terengganu untuk benarkan mereka bertanding di DUN Seberang Takir, Bandar dan juga Bukit Besi].
Share:

PRU: Teo Nie Ching Tanding Kerusi Parlimen Kulai !!


[Penyandang kerusi Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari parti DAP akan bertanding di Kulai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Pasar di sini, malam Selasa. Pengumuman tersebut turut menamatkan spekulasi mengenai kerusi Kulaijaya di antara Teo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mana kedua-duanya disenarai pendek sebagai calon untuk kerusi yang disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. Teo akan berdepan Timbalan Pengerusi MCA bahagian Kulai, Tay Chin Hein, 45. DAP buat pertama kalinya mempertaruhkan calon wanita untuk kerusi parlimen tersebut. Sementara itu, Lim turut mengumumkan pembantu setiausaha publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Wong Shu Qi, 30 sebagai calon untuk kerusi DUN Senai. Dengan pengumuman Wong, ini bermaksud penyandang kerusi DUN Senai, Ong Kow Meng digugurkan dari senarai calon pilihan raya umum kali ini].
Share:

PRU: MB Pahang Pertahankan Kerusi DUN Pelangai !!


[Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini. Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, penyandang kerusi Parlimen Rompin pula akan bertanding bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini, yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi DUN. Adnan ketika mengumum dan menyampaikan watikah kepada calon-calon BN Pahang di Bangunan Yayasan Pahang di  Kuantan berkata 12 muka baru ditampilkan untuk DUN bagi mewakili Barisan Nasional (BN). Muka baru itu akan bertanding di DUN Tras, Beserah, Tanjung Lumpur, Peramu Jaya, Luit, Chenor, Kuala Semantan, Bilut, Ketari, Sabai, Triang dan Bukit Ibam. Bagi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan Parlimen Pekan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dicalon untuk kawasan Cameron Highlands, Parlimen Raub, yang sebelum ini disandang Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen, akan ditandingi Timbalan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Bilut. Kerusi Parlimen Jerantut akan ditandingi muka baru, Ahmad Nazlan Idris menggantikan penyandang, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Datuk Wan Adnan Wan Mamat, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur. Bagi kerusi Parlimen Kuantan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Suffian Awang akan mewakili BN bagi merampas semula kerusi yang dimenangi calon PKR Fuziah Salleh pada pilihan raya umum 2008. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen Bera. Selain lima kerusi parlimen berkenaan, sembilan lagi kerusi parlimen akan ditandingi penyandang bagi kerusi parlimen itu. Dua exco kerajaan negeri Pahang digugurkan daripada senarai calon BN ialah Datuk Ishak Mohamed (penyandang DUN Bebar) dan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz (penyandang DUN Bukit Ibam). Tiga calon wanita akan bertanding mewakili BN ialah Datuk Maznah Mazlan yang juga penyandang kerusi DUN Muadzam Shah, Datuk Shahaniza Shamsuddin (penyandang DUN Kuala Sentul) dan muka baru, Nurhidayah Mohamad Shahaimi (DUN Luit). Sebanyak 14 kerusi parlimen di Pahang dan 42 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti].
Share:

PRU: Senarai Penuh Calon-Calon BN Negeri Johor



Dewan Undangan Negeri (DUN)
1. Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim
2. Jementah: Ling Ong Tee
3. Pemanis: Low Ching Hoon
4. Kemelah: Datuk Ayub Rahmat
5. Tenang: Azhar Ibrahim
6. Bekok: Tan Chong
7. Bukit Serampang : Ismail Mohamad
8. Jorak: Datuk Dr. Mohd. Sharudin Mohd. Saleh
9. Gambir: M. Asojan
10. Tangkak: Goh Tee Tee
11. Serong: Abang Razak Baru
12. Bentayan: Foh Soh Lan
13. Sungai Abong: Datuk Aris Mohd. Salleh
14. Bukit Naning: Datuk Saiful Bahri
15. Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad
16. Sungai Balang: Zaiton Ismail
17. Semerah: Mohd. Ismail Roslan
18. Seri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan
19. Yong Peng: Lim Kee Moi
20. Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali
21. Parit Yaani : Tiow Yew Chuan
22. Parit Raja: Datin Azizah Zakaria
23. Penggaram: Ting Bang Siong
24. Senggarang: Abd. Aziz Ismail
25. Rengit: Ayub Jabil
26. Machap: Taib Abu Bakar
27. Layang Layang: Abd. Mutalib Abd. Rahim
28. Mengkibol: Chai Kee Yaw
29. Mahkota: Jais Sarday
30. Paloh: Tioh Yap Kun
31. Kahang: Vidyanathan
32. Endau: Latif Bardi
33. Tenggaroh: K. Raven Kumar
34. Panti: Datuk Baderi Dasuki
35. Pasir Raja: Dr. Adham Baba
36. Sedeli: Rasman Isnin
37. Johor Lama: Asiah Mohd. Aris
38. Penawar: Hamimah Mansor
39. Tanjong Surat: Syed Sis Syed Abd.Rahman
40. Tiram: Datuk Maulizan Bujang
41. Puteri Wangsa: M. Surinarayan
42. Johor Jaya: Tan Cher Puk
43. Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
44. Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru
45. Stulang: Chong See Chiong
46. Pengkalan Rinting : Chang Mei Kee
47. Kempas: Tengku Putera Harun Aminurashid Hamid Jumat
48. Skudai: Ling Ah Chai
49. Nusajaya: Datuk Dr. Zaini Abu Bakar
50. Bukit Permai: Mazlan Salleh
51. Bukit Batu: Chia Chin Liang
52. Benut: Datuk Hasni Mohamad
53. Pulai Sebatang: Datuk Tee Siew Tiang
54. Kukup: Suhaili Saleh
55. Pekan Nenas: Belum diumumkan
56. Senai: Belum diumumkan
Parlimen
1. Segamat: Datuk S. Subramaniam
2. Sekijang: Anwar Abd. Manap
3. Labis: Datuk Chua Tee Yong
4. Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin
5. Ledang: Ir. Hamid Samuri
6. Bakri: Lee Ching Yong
7. Muar: Datuk Razali Ibrahim
8. Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad
9. Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong
10. Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi
11. Batu Pahat: Mohd. Puad Zarkashi
12. Simpang Renggam: Liang Tik Ming
13. Kluang: Hoo Kok Chung
14. Sembrong: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
15. Mersing: Datuk Abd. Latif Ahmad
16. Tenggara: Datuk Halimah Sadique
17. Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin
18. Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman
19. Tebrau: Khoo Soo Seang
20. Pasir Gudang: Normala Abd. Samad
21. Johor Bahru: Tan Sri Sharir Samad
22. Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamad
23. Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman
24. Kulai: Teh Chi Ziang
25. Pontian: Datuk Ahmad Maslan
26. Tanjung Piai: Belum diumumkan
Share:

PRU: Senarai Penuh Calon-Calon BN Negeri Melaka



Dewan Undangan Negeri (DUN)
N1 KUALA LINGGI – Datuk Ismail Othman (penyandang)
N2 Tanjung Bidara -Datuk Ab. Karim Sulaiman (penyandang)
N3 AYER LIMAU – Amirruddin Yusof (penyandang)
N4 LENDU – Sulaiman Md. Ali (muka baru)
N5 TABOH NANING – Datuk Latipah Omar (penyandang)
N6 REMBIA – Datuk Norpipah Abdol (penyandang)
N7 GADEK – Datuk S. Mahadevan (muka baharu)
N8 MACHAP – Datuk Lai Meng Chong (penyandang)
N9 DURIAN TUNGGAL – Datuk Ab. Wahab Ab. Latip (penyandang)
N10 ASAHAN – Datuk Abdul Ghaafar Atan (bertukar kerusi dari Gadek)
N11 SUNGAI UDANG – Datuk Idris Haron (bertukar dari Parlimen Tangga Batu)
N12 PANTAI KUNDOR – Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (penyandang)
N13 PAYA RUMPUT – Sazali Md. Din (muka baru)
N14 KELEBANG – Lee Ban Hong (muka baru)
P137 BUKIT KATIL – Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (bertukar dari Bukit Baru)
N15 BACHANG – Chua Lian Chye (muka baharu)
N16 AYER KEROH – Yong Fun Juan (muka baharu)
N17 BUKIT BARU – Karim Yaakob (muka baru)
N18 – AYER MOLEK – Datuk Md. Yunos Husin (penyandang)
N19 KESIDANG – Lim Eng Teck (muka baru)
N20 KOTA LAKSAMANA – Datuk Chiw Tiang Chai (muka baru)
N21 DUYONG – Datuk Gan Tian Loo (penyandang)
N22 BANDA HILIR – Ronald Gan Yong Hoe (muka baru)
N23 TELOK MAS – Datuk Latiff Tamby Chik (penyandang)
N24 BEMBAN – Ng Choon Koon (muka baru)
N25 RIM – Datuk Ghazale Mohamad (bertukar dari Serkam)
N26 SERKAM – Zaidi Atan (muka baru)
N27 MERLIMAU – Roslan Ahmad (penyandang)
N28 SUNGAI RAMBAI – Datuk Hasan Abdul Rahman (penyandang)
Parlimen
P134 MASJID TANAH – Mas Emieyati Samsuddin (muka baru)
P135 ALOR GAJAH – Datuk Koh Nai Kwong (muka baru)
P136 TANGGA BATU – Prof. Datuk Abu Bakar Mohd. Diah (muka baru)
P138 KOTA MELAKA – Dr. Yee Kok Wah (muka baharu)
P139 JASIN – Datuk Ahmad Hamzah (penyandang)
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.