script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PR Pahang Masih Tiada Kata Putus Di DUN Teruntum, Calon Bebas Punyai Harapan Untuk Menang Kali Ini !


Pakatan Rakyat Pahang sehingga kini masih gagal menyelesaikan isu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Teruntum yang bertindih antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Demokratik Rakyat (DAP). Menurut sumber, jika tiada kata putus berkenaan hal itu maka kemungkinan besar DAP akan meletakkan calon bebas di kerusi itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Sebelum ini hangat dibicarakan DAP Pahang Timur menuntut semula kerusi DUN Teruntum yang dipinjamkan kepada PKR pada dua pilihanraya terdahulu (2004 & 2008). Namun, untuk pilihanraya umum ini PKR masih mahu kekal bertanding di situ. Malah, difahamkan PKR sudah awal-awal lagi menamakan calon mereka iaitu Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan iaitu Sim Chong Siang. Manakala DAP pula dipercayai ingin meletakkan calon mereka Lee Chin Chen, Setiausaha Organisasi DAP Pahang. 


[DAP sebelum ini mempertikai kewajaran PKR untuk kekal di situ kerana parlimen Kuantan sudah ditandingi oleh parti itu. Maka mereka menuntut semula kerusi berkenaan. Tambahan pula pada PRU-13 ini, DAP langsung tidak mempunyai satu kerusi pun di Pahang Timur, sedangkan PKR mempunyai empat kerusi parlimen (Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan) malah DUN seperti Semambu, Lepar, Bebar, Muadzam Shah dan Chini. Selebihnya semua kerusi DUN dimiliki oleh PAS. Justeru, mereka meminta semula kerusi tradisi mereka sejak 9 penggal lalu (Teruntum). Anehnya, Pakatan Rakyat Pahang tidak memberi perhatian langsung terhadap tuntutan tersebut dan hingga kini masih lagi belum diputuskan. Difahamkan juga kini hanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memutuskan kerusi tersebut sebelum ia diumumkan. Apapun, akhbar Sinar Harian Pahang hari ini melaporkan Sim Chong Siang (PKR) adalah calon Pakatan Rakyat di kerusi itu. Sebelum ini calon bebas Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK) awal-awal lagi telah  pun umumkan beliau akan bertanding di kerusi itu. Jika ini berlaku maka DUN Teruntum buat kali pertamanya dalam sejarah akan menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Apakah dengan krisis dalaman yang berlaku diantara PKR dan DAP juga MCA ini akan membolehkan calon bebas mencipta sejarah untuk menang pada PRU ini. Ia berdasarkan kepada undo majoriti kaum Cina yang akan berpecah empat dan beliau berjaya mendapat 40% undi keseluruhan jika ia berlaku. Apapun, ini hanyalah andaian semata-mata dan tiada kena mengena dengan hari pengundian sebenar Pilihanraya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini. Selamat berjuang buat semua !!].
Share:

1 ulasan:

  1. Salam bro, CMK ada pitis ka nok bertanding, kalau takat duit pung mintak derma..merata dan nak pecoh undi dok payahlah..jadi deyjey lagi baguh..apapun tahniah pada CMK kerana anda berani ..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.