[Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Temerloh, Dato' Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Razak.
Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi UMNO seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada UMNO untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh.
Saifuddin dalam mesej di Twitter semalam mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang sah bertanding kerusi Temerloh.
Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi UMNO, namun oleh kerana UMNO mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.
Ahli majlis tertinggi UMNO itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Razak selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).
Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi oleh penduduk Temerloh].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
58 minit yang lalu







tahniah wat nasruddin tantawi... sebenonye ramai org2 BN dah mula memangkah PAS coz xpuas ati ngan DS Nan yg bengis tu... tambah pulak kaum cina pun ngundi PAS, walaupun org suka kat Saifuddin tp org x suka DS Nan... kalo x, xkan kalah?...
BalasPadam