[Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam mengumumkan empat daripada enam calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi PKR negeri, Azam Ismail diletakkan sebagai calon di DUN Bandar.
Azan yang merupakan penyandang Parlimen Indera Mahkota akan bertemu calon tunggal MCA, Datuk Toh Chin Yow. Sebelum ini Azan dikhabarkan akan bertanding di Parlimen Kemaman, namun nampakanya tidak kesampaian. Azan seolah-olah calon PKR menang PRU12 yang diturunkan pangkat. Apapun ia lebih elok daripada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang menang dan terus tidak dicalonlan. Difahamkan kerusi Parlimen Kemaman akan ditandingi oleh seorang lagi calon PKR iaitu Kamaruddin Chik. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga seorang kontraktor, Mohd Shamsul Mat Amin, 28, akan bertanding di kerusi DUN Bukit Besi.
Mohd Shamsul berkata, dia tidak sabar untuk mengetengahkan isu-isu belia sebagai tambahan di dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Kerusi DUN Permaisuri pula akan ditandingi ahli jawatankuasa PKR Setiu, Wan Mokhtar Wan Ismail, 46, manakala Pengerusi PKR Ulu Terengganu, Narawi Embung, 48, akan bertanding di DUN Telemung.
Wan Azizah berkata calon untuk kerusi DUN Kota Putera dan Seberang Takir akan diumumkan kemudian.
Katanya, adalah menjadi kebiasaan bagi individu yang digugurkan berasa kecewa. Terdahulu, tiga wakil PAS menggesa PAS Terengganu untuk benarkan mereka bertanding di DUN Seberang Takir, Bandar dan juga Bukit Besi].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
59 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan