[Sungguh mengejutkan apabila terdapat maklumat, Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Biar pun pengumuman rasmi belum dikeluarkan lagi, namun ramai pihak melihat ini sesuatu yang tidak masuk dek akal. Tambahan pula Jamaluddin (Datuk JJ) adalah orang kepercayaan Najib selama ini. Malah, Najib dikatakan telah melantik Setiausaha Politik (Setpol) beliau, Dato' Suffian Awang untuk menjadi "care taker" parlimen Rompin ketika ketiadaan JJ. Maknanya,. Najib amat perihatin menjaga rakyat di kawasan parlimen Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu agar dia tidak ditolak rakyatnya. Malah, JJ juga pernah dikhabarkan antara calon Menteri Besar Pahang yang baru andai BN terus berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini. JJ dikatakan akan bertanding di Muadzam Shah, bertukar dengan Maznah Mazlan yang ke Parlimen Rompin. Namun kini, segala maklumat itu ternyata meleset sama sekali apabila dikhabarkan JJ antara pemimpin UMNO yang digugurkan dari senarai calon BN pada kali ini. Soalnya, apakah JJ boleh menerima kenyataan ini atau beliau memang sudah bersedia untuk terus menjadu Duta agaknya. Sama-sama kita nantikan penguman rasmi calon BN esok. Pasti panas dan mendebarkan seluruh rakyat Malaysia apabila nama calon-calon popular tiba-tiba tiada dalam senarai BN pada PRU ini !].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
58 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan