[Tiga penduduk Kuantan hari ini gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dalam usaha terakhir mereka untuk menghentikan operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonan mereka bagi mendapat kebenaran merayu atas alasan permohonan itu tidak sesuai didengar pada peringkat ini.
Mahkamah berpendapat, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh penduduk tersebut sudah diputuskan oleh mahkamah terdahulu dan kini dibangkitkan semula di hadapan panel tersebut.
Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha turut memerintahkan pemohon-pemohon membayar kos RM20,000.
Mereka ialah Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44. Mereka menamakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Lynas Corporation Ltd. dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. sebagai responden-responden.
Pemohon-pemohon tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Disember tahun lalu yang menolak rayuan mereka untuk menggantung kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Malaysia jalankan operasi LAMP].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan