script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Demo Isu Air Di Kuantan, Apakah Komen Najib

KUANTAN, 13 April - Ramai pihak kini tertanya-tanya apakah komen Dato' Seri Najib Tun Razak (foto) susulan demonstrasi aman berkaitan isu air di sini petang semalam. Lebih 500 orang rakyat yang mewakili seluruh warga Kuantan dari berbagai kaum telah hadir beramai-ramai untuk menyatakan bantahan terhadap masalah air yang semakin kritikal di ibu negeri Pahang ini. Demonstrasi aman yang didadakan selepas solat Jumaat di Padang MPK1 berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah itu bermula sekitar jam 2.00 petang.  Selain membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera suara bantahan, beberapa orang pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) dan ramai lagi. Mereka membantah dan meminta Kerajaan Negeri Pahang bertanggungjawab terhadap isu itu yang semakin menjadi-jadi sekarang. ia dipercayai berpunca daripada penggunaan air yang "luar biasa" oleh kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation yang sudah beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu. "Sebelum Lynas beroperasi, masalah air tidak berapa ketara di bandar ini.. namun selepas kilang itu beroperasi ia semakin serius dan kami rakyat semakin berisiko akibat kekerapan terputus bekalan air menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Kerajaan harsu bertanggung jawab kerana mereka yang luluskan lesen TOL Lynas.. Kami pernah pertikaikan kewujudan kilang itu.. dan pernah dedahkan betaap banyaknya ia menggunakan air untuk memproses bahan tersebut.. malah kami pernah mengatakan rakyat Kuantan akan berhadapan dengan masalah air bila Lynas beroperasi ... Kini segalanya menjadi kenyataan.. dan Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh berdolak dalih lagi untuk menyembunyikan kenyataan", kata seorang pesara kerajaan yang turut hadir. Sebenarnya, rakyat Kuantan kini memang senantiasa hidup dalam risiko akibat kekerapan masalah air yang melanda. Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sering memberi berbagai alasan apabila isu ini dilaporkan kepada mereka. Namun, hingga kini ia masih gagal di atasi dan bertambah parah sebenarnya. Kemungkinan BN akan kehilangan jumlah undi yang besar akibat masalah ini. Rakyat kini semakin bosan dan menyampah dengan janji-janji utnuk menyelesaikan isu air yang ditaburkan oleh PM di negeri lain. Sebaliknya rakyat di negeri sendiri iaitu Pahang Darul Makmur terus menderita dengan masalah yang bertimpa-timpa ini. Inilah namanya "kera dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan". Pahang mahu jual air ke Selangor untuk kejar keuntungan, tetapi rakyat sendiri dibiar menderita.


[Demo yang dilakukan ini mungkin satu permulaan untuk mendesak kerajaan menghentikan oerasi kilang Lynas. Soalnya, mahukah kerajaan mendengar suara mereka?. Difahamkan, tatkala semua kawasan di bandar Kuantan mengalami gangguan bekalan air hanya kawasan yang meletakkan rumah MB Pahang dan sekitarnya tidak terlibat. Kenapa boleh jadi seperti itu?. Kini difahamkan satu tender baru dikeluarkan untuk membina sebuah saluran paip bersaiz besar dari empangan ke Gebeng yang  menempatkan kilang Lynas itu. Ramai yang mengadu, kilang-kilang lain di kawasan industri terbabit juga kini mengalami masalah bekalan air gara-gara Lynas. Jika kerajaan masih tidak sedar dan berdolak dalih lagi dalam isu ini, sudah pasti rakyat akan terus bangkit menentang. Malah, mereka juga akan menentukannya di atas kertas undi pada Pilihanraya Umum ini nanti]
Share:

5 ulasan:

  1. Dimaklumkan pam kobat yg baru telah selamat dipasang dan beroperasi dgn baik doakan mudah-mudahan masalah air akan bertambah baik...utk makluman lynas x guna byk air tetapi dipolitikan menjelang pilihanraya syabas kepada wargakerja paip yg berkerja siang malam untuk pemasangan pam baru....juga dimaklumkan operator telefon paip jd phobia utk mengankat talipon kerana sikap masyarakat yang terus memaki hamun operator talipon sebelum sempat mereka memberi salam...sikap biadap ini tidak wajar bagi penduduk kuantan walaupun marah sabar itu sebahagian dari iman

    BalasPadam
  2. YB fuziah telah diberi taklimat dan faham masalah pemesangan pam kobat tp kerana sb tertentu beliau menjadikan isu politik,..sepatutya pendemo pergi sendiri ke empangan kobat dan lihat apa sebenarnya berlaku bukan membuat provokasi murahan macam org tak sekolah

    BalasPadam
  3. cuba anda lihat klip video penjelasan tentang isu air di kuantan oleh datuk nan acapkali dia pegang telinga dia, pasal apa haaa...cuba perhati betul2, heran tengok gelagat beliau.

    BalasPadam
  4. Kaki Pancing Kobat

    anon April 13, 2013 12.02pm ....
    ye ke apa u komenkan tu... aku org
    Kampong Padang yg hanya terletak 1km saja dr rumah aku dan menjadi pemancing tegar di Gate Kobat dan sekitar kawasannya spt pam padi JPS, Lubuk Kawah dan jambatan lama Pasir Kemudi sejak 8 tahun lalu selepas bersara.

    Tak de pun aku tengok jentera berat yg mengangkat pam besar serta kerja-kerja yg dijalankan di blok Pam Kobat sebelah Gate yg melintang Sungai Kuantan tu yg mana menjadi tempat kegilaan aku
    memancing udaang/ikan sehingga hari ini 15.4.13... semalam 14.4.13 - Ahad aku mancing smp petang dan sebelum ni pun tak de pun... macam mana boleh kata dah siap pasang? .. kamu bukan org Kuantan!

    BalasPadam
  5. Saje je nok sedap cerita..macam kes KL tempohari..mula2 kata air d empangan surut..tapi hujang bukan main lebat pulak pas tu kata enjen rosak, bila nak gi perekse tak bagi, jadual maintanen pun tadak..la ni kes baru pam pecah!!!! hampir 1/4 KL takdak air sabtu&ahad lepas..bila fikir2 balik iye ke benda ni terjadi,,kebetulan dekat pilihanraya pulak...camne yek..tapi di kawasan jengka dah lama dah jadi termasuk kg YB DUN JENGKA sendiri

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.