[Kerusi Parlimen Pandan bakal menjadi tumpuan hari penamaan calon ini meskipun Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan calon masing-masing. Namun tumpuan akan terarah kepada kemungkinan muncul pencabar ketiga iaitu penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi itu yang disandang selama dua penggal.
MCA semalam menamakan Garry Lim Chin Yee, 39, penasihat undang-undang bahagian itu untuk menentang Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pada pilihan raya 5 Mei ini di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu.
"Tunggu saja hari pencalonan," Tee Keat dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini.
Ketua Wanita MCA bahagian Pandan, Cindy Leong Siew Kam, yang mengenali Ong lebih 20 tahun, berkata Tee Keat tidak mungkin menamatkan kerjaya politiknya tanpa tentangan, dan beliau (Cindy) tidak terkejut jika Tee Keat bertanding sebagai calon Bebas.
Siew Kam berkata, sungguhpun Tee Keat gemar melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri, beliau seorang yang amat berdedikasi dan wakil rakyat berpengalaman yang sangat disukai pengundinya.
Lim berkata beliau juga ada mendengar Tee Keat akan bertanding sebagai calon bebas.
"Saya sudah berbulan-bulan tidak menghubunginya. Tapi saya dengar beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Kami tidak tahu, tunggu dan lihat sajalah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sungguhpun membuat penampilan sulung pada pilihan raya ini, Lim berkata beliau akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi BN, dengan menganggap peluangnya sebagai cerah.
Tee Keat menjadi ahli Parlimen selama enam penggal, empat penggal pertama di Ampang Jaya sebelum berpindah ke Pandan pada PRU11 2004 dan mengekalkannya pada PRU12 2008].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
59 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan