[Para pembeli projek perumahan Taman Gelanggi Perdana, di DUN Pulau Tawar Jerantut menggesa Kerajaan Negeri Pahang mendengar rintihan mereka sejak dua tahun lalu. Calun DUN Pulau Tawar dari PAS, Yohanes Ahmad Aneq dipercayai telah melawat ke lokasi tu semalam. Menurut sumber, bayaran bank sebanyak RM600 sebulan telah dijelaskan oleh pembeli, namun sehingga kini projek itu menjadi "gajah putih". Lebih memeritkan apabila para pembeli terpaksa membayar rumah itu dan rumah sewa yang lain. Manakala bagu guru-guru pula elaun kuarters mereka juga telah dipotong selepas membeli rumah tersebut. Kini segala bebanan ditanggung oleh para pembeli. Persoalannya, di manakah bekas Wakil Rakyat DUN Pulau Tawar, Dato' Dr.Ahmad Shukri Ismail?. Sejak menjalankan perniagaan hopsital swasta di Kuantan, beliau langsung tidak cakna dengan masalah para pembeli ini. Susulan itu, rakyat dan para pengundi di DUN Pulau Tawar digesa membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang ini. DUN itu pernah dimenangi oleh Partsi Semangat 46 (S46) satu ketika dulu dan apakah kali ini rakyat akan menghukum calon BN?. Sama-sama tunggu 5 Mei ini!].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan