Calon Bebas DUN Semambu Mohd Shukri Mohd Ramli @ Blogger Cucumatkilau hari ini melancarkan secara blog khas PRU12 beliau iaitu www.calonprorakyat.blogspot.com bagi memudahkan para pengundi atas pagar terutamanya mereka yang berada di luar kawasan (merantau) untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Blog yang memaparkan bidoata serta sejarah perjuangannya selama ini itu turut memuatkan beberapa buah video dan keratan akhbar yang berkaitan. Dengan menggunakan platform ini katanya, diharap dapat memudahkan lagi rakyat terutamanya para pengundi di DUN Semambu mengenali beliau. "Saya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk berkempen seperti rakan-rakan yang lain. Maka, jalan terbaik saya menggunakan media baru dan selebihnya poster serta flyers yang berkaitan. Saya memang mengharapakan kemenangan walau pun sekadar satu undi. Namun ia bukanlah mustahil kerana sokongan rakyat terhadap kunjungan saya ke sana sini menampakkan mereka benar-benar mahu melihat perubahan kepimpinan di DUN ini. Tambahan pula saya adalah calon berbangsa Melayu yang bertanding di kerusi majoriti Melayu yang menjadi kuota bukan Melayu yang tertinggi di negeri Pahang sekarang ini. Maka, saya harap para pengundi dapat memberi isyarat yang jelas kepada rakyat agar kerusi ini dipecah tradisinya kepada yang hak" katanya hari ini.
[Dalam pada itu blogger terbabit juga berkata beliau akan berkempen secara sihat dan tidak akan menyerang mana-mana peribadi calon lain iaitu Pang Tsu Ming (BN) dan Lee Chean Chung (PKR). Moga dengan adanya blog ini, rakyat boleh menilai perjuangan saya selama ini dan mereka boleh membuat pilihan selepas itu. Jenteranya kini semuanya sedang bersiap sedia untuk menggempur dan mungkin dalam beberapa hari menjelang hari pencalonan ia akan perhebatkan atas nama perjuangan rakyat. Difahamkan, beliau juga akan menggunakan kemudahan media baru yang dimilikinya yang lain seperti facebook, twitter dan juga Radio Internet CMK FM untuk berkempen selepas ini. Radio internet beliau boleh dilayari di www.cmkradio.blogspot.com sekarang ini. Jika beliau berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini, maka ia merupakan satu kejutan yang sungguh hebat kerana beliau lebih banyak menggunakan media baru sebagai platformnya untuk berkempen daripada lain-lain calon yang bertanding. Apapun, PDO berharap rakyat memberi ruang kepada Suara Blogger agar dapat bergema dengan lebih lantang dan berani di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada kali ini].








