[Berita panas yang baru diterima malam ini ialah berkenaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Rais Yatim digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Laporan mengenai info ini telah disiarkan oleh siaran beriita media arus perdana malam tadi. Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin melihat Rais bukanlah calon yang boleh menang lagi di kerusi Parlimen Jelebu, lantaran itulah namanya tidak disenaraikan kali ini. Apapun, berita ini pasti membuatkan Rais Yatim tidak tidur lena. Mungkin takdir ini berlaku selepas beliau memeprmain-mainkan kebebsan media di negara ini dengan menawarkan siaran selama 10 minit untuk parti-parti politik membentangkan manifesto masing-masing di RTM pada pilihanraya umum ini (khasnya parti pembangkang). Akibat tindakan yang jelas tidak adil ini, maka akhirnya beliau menjadi mangsa permainannya sendiri. Apapun, RTM perlu memberi slot selama 10 minit kepada beliau untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh rakyat Malaysia selepas ini. Pasti ramai yang gembira dengan tindakan Najib ini sebenarnya. Apapun, kita harapkan Rais Yatim tidak berkecil hati kerana tidak dicalonkan dan bertanding atas tiket bebas pula nanti. Terimalah segala yang berlaku ini dengan penuh keinsafan dan jangan pula "bakar jambatan" sekali lagi seperti mana yang berlaku ketika dia bersama Parti Semangat 46 dulu].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan