[PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan lima DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.
Kerusi Parlimen tersebut ialah Labuan, manakala enam kerusi DUN itu ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga lagi DUN di Terengganu - Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir.
Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad.
Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari UMNO. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari UMNO dengan majoriti yang besar. Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain.
Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit.
Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, bertanding kerusi DUN Bongowan di dalam Parlimen Kimanis].
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
-
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki
mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer
24.9, J...
58 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan