script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: PDO Di Serang, Gara-Gara Artikel Chegubard!

Susulan penyiaran artikel Panas: "Tanding DUN", PKR Hina Politik Chegubard !, PDO telah di serang dengan begitu hebat sekali oleh para penyokong pembangkang. Mereka membuat berbagai tuduhan konon PDO kini sudah hilang arah dan  menjadi tali barut pihak-pihak tertentu. Malah, ada yang mahu membuat kempen untuk memboikot PDO kononnya cuba membuat provokasi atas perkara itu. Persoalannya, adakah mereka ini sedar bahawa PDO bukanlah blog tajaan mana-mana pihak?. PDO bukan blog milik parti pembangkang atau pun  Barisan Nasional. PDO adalah sebuah blog yang neutral dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti atau agensi yang berkaitan. Soalnya, kenapa mereka ini melenting tidak tentu hala?. Kononnya PDO tiada integriti dan sebagainya. PDO hanya mengeluarkan pandangan dan analisa berdasarkan keupayaan Chegubard itu adalah lebih sesuai diletakkan bertanding di Parlimen dan bukannya DUN. Maka kenapa pembaca terbabit mengutuk dengan tidak tentu pasal, seolah-olah mereka terlalu hebat sangat. Jika anda tidak mahu membaca blog ini, bersepah lagi blog-blog lain yang terdapat di negara kita. Kenapa sikap neutral PDO dipertikaikan sedangkan Malaysiakini dan Sinar Harian juga adalah portal akhbar yang bersikap neutral sekarang. Ada berita dari kedua-dua belah pihak untuk dinilai oleh rakyat. Oleh itu, tidak perlu melatah kerana anda tidak boleh menerima kenyataan. Itu belum PDO huraikan pertelagahan yang berlaku antara SAMM (Chegubard) dengan Shamsul Iskandar (AMK) yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Nantikan ulasan seterusnya isu ini. Pasti ramai yang akan panas telinga apabila kebenaran di dedahkan. Jika anda tidak mahu berhadapan dengan risiko, jangan singgah ke sini!.
Share:

6 ulasan:

  1. apa apa pun... mana-mana laman pun bila membuat ulasan tolong jangan buka ruang utk SYAITAN masuk utk pecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat.. apa yg PDO ulas tu memang boleh melaga-lagakan PR... berhati hati dalam membuat ulasan... jgn sampai puak UMNO/BN dapat bola tanggung dari anda...

    BalasPadam
  2. pandangan saya

    u r not being neutral
    awak jd tukang melaga
    kalu nak tegur sila tegur nk baik
    nak bg pandangan bg dgn baik
    tgk tajuk pon dh nampak percubaan melagakan

    sila kaji maksud neutral..sila re check maksud integriti

    BalasPadam
  3. aku puji PDO.

    kalau baca betul2 artikel tu, takde apa yg tak kena pun. tapi puak2 pkr ni kadang2 mcm macai umno jugak, pantang ditegur :)

    aku tetap doakan BN tumbang dan aku harap PDO 'tak segan' untuk tegur 'kerajaan baru' kalau ada diorang buat silap.

    BalasPadam
  4. Betul.. tidak menjadi halangan untuk menjadi neutral. Masaalahnya, cara dan gaya bukannya menjadi neutralk tapi nak mendi pelaga orang, Cuba jadi kan diri neutral seneutralnya.. qnda perhatikan dan baca balik kenyatan nda tentang chegu bard dan AMK anda fajhami sendiri apa yang anda cuba perkatakn itu..itu jelas sekali akan cuba memperlagakan mereka berdua. Sepatutnyua perkara itu tidak perlu untuk anda perbesartkan, tyidak perlu untuk anda menambahkan lagi keruh, sedangkan ianya hanyalah panfangan dan pendapat orang. Kalyu ia pun berlaku tanpa berlaku didepan mata atau berlaku didepan mata sekali pun bukan kerjaaan kita untuk membuat keputusan atau menyuarakan kepada seluruh dunia apa yang berlaku diantara mereka berdua, sedangkan kamu sendiri pun tidak tahu 100% apa yang berlaku . cuma kamu dapati atau mendengar dari sumber-sumber yang kamu rasa kamu yakini adalh benar, itu saja.

    Sepatutnya, kamu ambil jalan yang terbaik, jaln yang boleh menyejukkan para peminat, para pendengar yang sememangnya tak tahu menahu tentang hal ini atau seboleh-bolehnya sorok dari diketahui umum. Sepatutnya kamu carilah jaln penyelesaian yang terbaik yang boelh meredakannya ini tidak, cuba sekali lagi imbas kembali keyatan kamu ten\tang hal mereka berdua yang kamu cuba sampaikan itu...saya tahu cara penyampaian dan nadanya membuktikan kamu dalam kemarahan dan tanpa kamu sedari kamu bukanlah berada dipihak yang neutral, entah kenapa saya tak tahu mungkin kamu sememangnya berada dipihak BN. So berhati-hatilah dalam mebuat ulasan Kecuali kamu MEMANG BERADA DIPIHAK bn.

    BalasPadam
  5. Huh... Ramai org tak stuju dengan pandangan PDO.. Ape pn Saya anggap PDO neutral... .BN buat silap Dan PKR pun ada buat silap. Bukan semua dlm PKR bagus2. Dan bukan semua dlm BN bagus2. Sokong PDO. Benar tetap Benar. Jon komen dgn nafsu Dan busuk hati. Komen dgn akal.

    BalasPadam
  6. Tuan admin PDO:

    1. Kalau ada 4 hingga 5 orang macai umno menjadi batu api, masakan kita juga ikut menjadi batu api??

    2. Quote / "Jika anda tidak mahu berhadapan dengan risiko, jangan singgah ke sinni!" - Dengan rasa kesedaran dan rendah diri, permintaan tuan saya sambut (kerana saya rasa blog tuan sudah ramai pengunjung dan tidak memerlukan PR)

    Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.



    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.