script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: DAP Tetap Pertahan DUN Teruntum, Timbang Terpaksa Letak Calon Bebas Jika PKR Tidak Beralah!

KUANTAN, 10 April - DAP Pahang Timur yang menggabungkan semua cawangan parti, pemimpin dan ahli telah membuat protes besar-besaran untuk mempertahankan kerusi DUN Teruntum pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Kerusi itu kini menjadi rebutan bila mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal-awal lagi berkata mereka akan terus kekal bertanding di situ pada kali ini. Tindakan tersebut amat tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong DAP yang menganggap PKR "gila kuasa" kerana mereka sudah bertanding di Parlimen Kuantan (Fuziah Salleh) tiba-tiba mahu pun bertanding di DUN Teruntum lagi. Kain rentang "DAP Pahang Timur sanggup berkorban segala-gala demi nak pertahankan DUN Teruntum Secara Habis-Habisan" telah diletakkan di hadapan pejabat Pusat Khidmat DAP dekat sini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa DAP Parlimen Kuantan, Cheah Kim Hung (foto) berkata parti itu seudah bertanding di DUN Teruntum sejak sembilan penggal yang lalu (tahun 70an), tetapi dipinjamkan kepada PKR pada sejak dua pilihanraya sebelum ini. "Maknanya DUN Teruntum adalah milik tradisi DAP... maka kami nak ambil balik apa yang dimiliki adalah sangat munasabah sekali, PKR tidak perlu bertegas memeluk DUN Teruntum.. sampai tak nak lepas, ada pinjam ada bayar balik", katanya. Cheah menambah, mereka sanggup berkorban segala-gala demi pertahankan DUN Teruntum, contoh sepertinya mengisytiharkan calon "bebas" untuk bertanding jika PKR tetap bergeras. "Kami akan membantu 100% kpd PAS dalam kempen tetapi tidak akan bantu PKR", katanya. Sementara itu, Nga Kor Sun Pengerusi DAP  Cawangan Sri Jaya pula berkata mereka telah berpuluh-puluh tahun melaknsakan kerja parti di Pahang Timur. "Hairan, satu DUN pun tidak diberikan kepada DAP  untuk ditandingi pada kali ini, apa ertinya semangat Pakatan Rakyat??", kata beliau. Sementara itu Lau Guai Mun, Setiausaha Penerangan DAP Cawangan Teruntum pula berkata pada tahun 2004 dan 2008 Pengerusi DAP Teruntum telah memberi laluan kerusi itu kepada PKR kerana DAP tiada calon untuk bertanding ketika itu. "Oleh tu kami menggunakan Pinjam Parti Bendera iaitu satu sistem berkerjasama dengan calon PKR iaitu Siew Fook Chan, tetapi tak tahu kenapa Siew menjadi katak, bertukar menandatangani Sijil Pelantikan PKR bukanya DAP pula..  sebenarnya DAP Pusat pun telah keluarkan Sijil Pelantikan (Watikah) pada masa itu kepada beliau (siew)", katanya dengan kecewa.


[Ramai pihak sebenarnya terkejut dengan tindakan Pakatan rakyat yang langsung tidak memberikan satu kerusi pun kepada DAP di Pahang Timur. Sedangkan semua parti lain iaitu PKR dan DAP mendapat peluang bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Persoalannya, kenapa DAP Pahang Timur dianaktirikn dalam agihan kerusi kali ini. Bayangkan PKR sudah bertanding di Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar serta DUN Semambu dan Lepar itu pun masih mahu pertahankan DUN Teruntum untuk mereka. Sepattutnya berilah satu kerusi kepada DAP, dan yang paling terbaik ialah kerusi tradisi mereka di DUN Teruntum. Kenapa perlu bertanding di Parlimen Kuantan kemudian mahu lagi DUN Teruntum?. Sedangkan mereka sepatutnya tahu DAP langsung tidak mempunyai kerusi dalam kawasan Pahang Timur terutamanya di Kuantan sendiri. Tindakan ini amatlah tidak wajar dan perlu difikirkan semasak-masaknya. Jika DAP meletakkan calon bebas, maka sudah pasti akan berlaku pertembungan empat penjuru di DUN Teruntum kali ini antara MCA (BN), PKR, Bebas (DAP) dan Bebas (Pro Rakyat). Apapun, masa masih belum terlambat untuk mengubah pendirian. Lupakan sikap tamak dan pentingkan kesefahaman antara Pakatan Rakyat jika benar mahu merampas Putrajaya dan Wisma Sri Pahang. Jika tidak sudah pasti undi protes akan berlaku dan ia pasti lebih menyulitkan Pakatan Rakyat untuk menang nanti].
Share:

1 ulasan:

  1. Bagus d kuantan DAP baloh dengan PKR, di Wangsamaju MCA baloh dengan UMNO..payoh2 sangat pangkah PAS..je GE12 ni ke guane..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Perancangan Jangka Panjang Dan Pentadbiran Yang Bijaksana, Pastikan Pembangunan Negeri Dapat Dilaksanakan Secara Teratur

ROMPIN: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka p...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.